Saudara dan saudari yang dimuliakan...
Pertama sekali, marilah kita sama-sama memgucapkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih lagi dizinkan Nya untuk kita bersama di alam motivasi siber…Masih lagi kita dapat bernafas, menghirup oksijen dan udara yang percuma diberi Allah ini, masih dapat bergerak, belajar dan bekerja…jadi bersyukurlah bersungguh-sungguh dengan menunaikan suruhan Allah….kalau kita perhatikan disekeliling kita, ramai lagi saudara kitayang tak dapat bangun, terlantar di hospital dan tak dapat bekerja mencari rezeki dll..Alhamdullillah..Selawat dan Salam kepada junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan sahabat-sahabat…
Sekali lagi marilah kita bersama-sama merendahkan hati kita untuk di didik dengan Islam, dengan ayat-ayat Allah, hadith dan saranan Ulamak…mudah-mudahan platform blog ini dapat kita gunakan sedikit sebanyak mendidik hati kita yang sama-sama lemah ini…
Saudara dan saudari yang di muliakan....
Pada kali ini saya masih hendak mengingatkan saya dan kita semua tentang kaitan dengan usaha kita mencari rezeki atau bekerja di bumi Allah ini. Sepatutnya kita yang mengaku sebagai orang Islam ini mesti lah menunjukkan contoh yang terbaik kepada manusia lain…Ini lah yang hilang sekarang ini, contoh amali yang boleh di ikuti oleh orang yang bukan Islam..Atas sebab inilah kita cuba betulkan kaedah kita mencari rezeki di muka bumi ini.
Inilah yang perlu kita usaha untuk mendidik hati ini supaya apa yang kita lakukan bukan didorong oleh faktur-faktur luaran semata-mata…Orang beriman menurut Prof Dr Yusuf Al Qardawi itu bekerja kerana kehendak jiwanya dan dorongan hatinya, kerana seruan dan perintah sepatutnya datang dari dalam diri nya bukan di sebabkan oleh paksaan dari luar. Sekiranya kita melakukan kerja atas dasar terpaksa, kesan nya tidak lama dan tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sudah tentunya, manusia atau ketua kita tidak dapat memerhatikan kita sepanjang masa..
Saya mengajak diri saya dan kita semua cuba bersungguh-sungguh untuk berkerja…melakukan apa saja dengan dorongan dari dalam , iaitu kita mepercayai Allah dan risalahNya….Kita cuba kaitkan amalan pekerjaan kita dengan kewajiban kepada Allah dan Ingat Allah sentiasa memerhati kita dan Malaikat juga sentiasa di samping kita…Ini termasuklah di bawah ihsan seperimana yang diterangkan Rasullullah SAW di dalam sabdanya
“Ihsan (bekerja dengan baik) ertinya Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. [riwayat Bukhari dan Muslim]
Oleh itu, betulkan niat kita ini hanya sanya kerana Allah dan tujuan kita melakukan apa saja pekerjaan adalah untuk memakmurkan bumi dan menguasai alam ini…
Kita juga harus meyakini bahawa kebahagiaan kita di hari Akhirat dan kejayaan kita di dunia ini, bergantung kepada amal kita..Syurga di Akhirat bukanlah diberikan kepada orang-orang yang malas dan menganggur, melainkan bagi mereka yang rajin bekerja dengan sempurna,
Allah berfirman di dalam Surah Az Zukhruf : 72 yang bermaksud “ Taman syurga yang dipusakakan kepada kamu, disebabkan perbuatan baik yang telah kamu kerjakan”
Saudara dan saudari,
Ingatlah bahawa Dunia pada dasarnya tidak tercela, sebab dunia adalah satu nikmat yang di berikan Allah kepada kita, sesuatu yang di jadikan untuk kesejahteraan kita, kemudahan untuk mencari ilmu, mencari rezeki dan beribadah kepada Nya. Tetapi yang tercela ialah mengambil dunia dari sesuatu tidak dari sumber yang hak , tidak dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syariat atau menggunakan nya secara berlebihan. Jadi, selalulah kita mengingatkan hati kita bahawa berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencari rezeki yang halal dengan cara-cara yang dibolehkan oleh Islam. Apabila kita melakukan sesuatu, buat lah yang terbaik kerana Allah..berfikirlah terlebih dulu, apa yang kita akan lakukan sekecil manapun mestilah berlandaskan syarak….kaitkan dengan balasan Allah di Akhirat nanti….
Sesungguhnya orang yang berakal menjadikan dunia sebagai kenderaan menuju akhirat…Berdoalah supaya Allah masukan kita ke dalam golongan ini dan Allah menerima usaha kita yang sedikit di dunia ini sebagai amal solleh.
Kebenaran itu dari Allah, kelemahan yang ada maaf jua dipinta.
Tangguh dengan tasbih kafarah dan suratul Ars
Wassalam