Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum wm
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Sekali lagi marilah sama-sama kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya jua dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan dari masa kesemasa dapat kita tingkatkan hubungan kita dengan pencipta kita …Kita tidak akan lemah sekiranya kita mempunyai hubungan yang kuat dengan Allah yang Maha Kuasa …Berusaha dan berdoalah..Berdoalah juga supaya kita dapat bertemu dengan Ramadhan Al Mubarak yang kurang lebih 2 minggu lagi, InsyaAllah….
Saudara dan saudari
Pada kali ini marilah kita sama-sama meneliti pesan Ustaz Fathi Yakan mengenai satu tajuk berkaitan dengan hamba Allah yang suka beribadah kepada Allah SWT. Menurut beliau, manusia-manusia yang ‘abid ini adalah mereka-mereka yang beribadah kepada Allah dalam setiap gerak-geri dan tindak-tanduk, begitu juga dengan perkataan dan perbuatan mereka supaya dengan itu mereka dapat memenuhi tujuan utama hidupnya segaimana Allah berfirman yang bermaksud…
“Dan Aku tidak menjadikan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu” [AzZariat: 56]
Apabila Allah SWT telah menjadi matlamat kita, sasaran ibadah kita , arah dan matlamat hidup kita, maka kita akan berpegang teguh dengan segala perintahnya dalam setiap urusan hidup kita. Dengan tindak tanduk kita saperti ini, maka ia memenuhi dan mengisi pengertian untuk menjadikan keseluruhan hidup kita sebagai ibadah kepada Allah SWT. Ini sesuai dengan firman Allah yang bermaksud…
“ Katakanlah : Sesungguhnya solahku, ibadahku, hidup ku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan semesta Alam” [Al An’am: 162]
Walau pun perkara di atas sukar untuk kita laksanakan tetapi kita wajib cuba berusaha semaksima mungkin untuk memenuhi tuntutan Allah itu. Teruslah mendidik jiwa kita……
Saudara dan saudari
Apabila kita berhadapan dengan keterangan yang pasti dan jelas dari nas Al Quran umpamanya, maka tidak ada ruang untuk kita berijtihad lagi. Di hadapan ketentuan syariaat yang pasti, tidak ada tempat untuk hawanafsu kita. Sesuatu hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tidak wajar untuk kita berdolakdalik menghadapinya. Firman Allah SWT yang bermaksud…
“Sesungguhnya jawapan orang-orang mukmin bila mereka dipanggil kepada Allah dan RasulNya agar Rasul menghukum (mengadili) di antara mereka ialah ucapan, “Kami mendengar dan kami patuh.” Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung” [ AnNur: 51]
Jadi, apa yang dimaksudkan disini ialah sesuatu perkara atau perbuatan kita itu hendaklah Islam. Segala sesuatu itu hendaklah kita mengikut neraca syarak, syariat Islamiah.
Ini juga bererti bahawa segala tindak tanduk dalam kehidupan kita samada dalam kontek individu atau dalam hubungan kita dengan orang lain hendaklah mengikut syariat yang telah ditetapkan Allah ke atas hambaNya.
Saudara dan saudari
Dengan kefahaman yang menyeluruh ini Ustaz Fathi Yakan mengingatkan kita supaya menjadikan seluruh urusan hidup kita sebagai beribadah kepada Allah. Dengan pengertian ini bermakna tidur kita menjadi ibadah, bekerja menjadi ibadah, berumahtangga menjadi ibadah, berjalan ,mengajar, dan apa saja yang kita akn lakukan menjadi ibadah. Jadi, kita wajib berusaha supaya amalan kita itu sentiasa mengikut peraturan yang di redhai oleh Allah SWT.
Sempena bulan yang mulia ini tingkatkanlah iman, ilmu dan amal kita. Sekiranya kita terlalu sibuk dengan urusan duniawi, ambillah masa sejenak untuk muhasabah, menilai kehidupan harian kita…adakah cukup amalan baik kita untuk kita bawa bila kita bertemu Allah nanti…atau adakah kita sibuk dengan perkara-perkara yang tidak pasti dapat membantu kita di padang mahsyar kelak…berdepan bersendirian dengan Allah SWT.
Ayuh…bangun lah segera kerana masa berbaki hanya sedikit yang tinggal….
“Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah tiap-tiap DIRI itu melihat serta memerhatikan apa yang telah disediakan (dari amalan-amalannya) untuk untuk hari esuk (Kiamat) [ Al Hasyr:18]
Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil peringatan, InsyaAllah…..
SELAMAT MEMBUAT PERSEDIAAN UNTUK MASUK KE BULAN RAMADHAN.
Maaf di pinta.
Wasalam
Rujukan Ustaz Fathi Yakan dan Sheikh Said Hawa
ASSALAMUALAIKUM.
ReplyDeleteSaya dari Arau.Perlis.Saya ingin bertanya pendapat tentang fasakh kepada ustaz.
*Saya sudah pohon fasakh.Pada 2.11.2011 baru mula bicara..Adakakah kami kena berasingan tempat tinggal.....
Assalamualaikum wm
ReplyDeleteTerima kasih kerana bertanya, untuk pengetahuan saudari saya bukan lah ustaz (rujuk profile saya) saya saperti saudara2 kita yang lain yang ingin kembali menghayati Islam di dalam kehidupan yang sementara ini. Tulisan saya saya tujukan dulu kepada diri dan keluarga saya. Mengenai hukumhakam eloklah refer kepada Ustaz atau tok Kadhi setempat dengan pergi bersemuka meminta nasihat. Cuma di dalam post saya (prof Dr Yusuf Qardhawi) ada sedikit panduan bila kita berhubung dengan manusia...termasuk suami atau isteri kita...kita berhubung dengan manusia di dalam rangka untuk berhubung dan mentaati Allah SWT..