Thursday, June 23, 2011

Hadith Qudsi: Kurniaan dan Pinjaman Allah SWT terhadap kita…

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Sepotong  hadith Qudsi untuk kita renungi....
Firman Allah SWT dalam hadith qudsi yang bermaksud....

"Wahai hamba-hambaKu! Aku telah berikan kurnia kepada kamu dan Aku telah meminta hutang, pinjaman daripada kamu.  Barangsiapa yang telah memberikan sesuatu kepadaKu dari apa yang Aku kurniakan dengan taat, nescaya Aku membalasnya dalam waktu yang singkat (di dunia) dan Aku simpan baginya bagi waktu yang akan datang (Akhirat).  Tetapi barang siapa yang Aku ambil daripadanya sesuatu yang telah Aku berikan secara paksa, namun ia bersabar dan berusaha dengan ikhlas kerana Allah, nescaya Aku wajibkan pemberian hadiah dan rahmatKu baginya, dan Aku catatkan bahawa dia termasuk orang yang mendapat petunjuk, dan Aku berikan dia menikmati nikmat memandang kepadaKu."
[HR Rafi'i dari Abu Hurairah RA)

Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan memperbaiki lagi amalan harian kita.

Maaf dipinta dan Wasalam




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...