Tuesday, August 24, 2010

Mengapa meruntuhkan penghargaan kendiri (Self-Esteem) anda ?

Keimanan kita selalu turun naik, bila iman naik banyak lah kebaikan dan urusan hidup yang kita boleh laksanakan. Bila iman lemah macam-macam boleh terjadi.....hingga kadang marahkan diri dan takdir yang berlaku kepada kita atau keluarga kita......

Apabila kita sudah tak bersemangat untuk menjalani kehidupan ini baik sebagai pelajar,pekerja,bujang, berkahwin, muda tua.....renungkan semula nasihat ulamak, tok guru, pakar atau sahabat yang solleh..

Antaranya yang pernah di tulis oleh Dr Asmawati Desa di dalam nak membantu kita bersemangat semula  ialah

1. Kita perlu hormat diri dan keperluan diri kita sendiri, secara sedar fikirlah keadaan diri kita dan beri perhatian pada keperluan sendiri. Sebagai seorang muslim, kita mesti hubungkaitkan keperluan kita dengan hubungan dengan Allah...apa yang Allah mahu....Cuba kenalpasti perkara -perkara yang boleh memenuhi keperluan diri...dan bukan hanya memberi perhatian kepada kepuasan dan keseronokan segera.

2. Apa yang kita rancang hendak kita lakukan di dalam kehidupan kita ini mestilah berdasarkan kemampuan dan rasa betul untuk diri sendiri. Kitalah yang tahu tentang diri kita, kelemahan dan kekuatan kita. Walau pun di dalam satu keluarga tentu ada perbezaan, jangan banding diri kita dengan orang lain. Pendapat orang lain boleh diminta terutama ibubapa kita (mereka juga mengenali sikap anak-anak mereka)  tetapi kita yang perlu analisa dan hubungkaitkan dengan apa yang kita mahu dan apa yang baik untuk memenuhi potensi kita.

3.  Kita perlu mencari aspek positif yang ada pada diri kita dan dirasakan banyak (bandingkan dengan orang yang tak bernasib baik yang begitu ramai). Cuba elakkan daripada terlalu mengkritik diri sendiri. Imbangkan antara penerimaan diri dan penilaian diri.

Ada lagi beberapa points yang akan di bincang tetapi untuk kali ini renungkan tiga perkara diatas dan renungi tahap diri kita. Sabenarnya masalah "down" berlaku dan menyerang sesiapa saja. Kehidupan yang begitu singkat ini seharusnya kita bersemangat untuk memberi sumbangan kepada kehidupan di dunia apatah lagi kehidupan Akhirat.

Orang yang berbuat maksiat pun bersemangat walhalnya  mereka melaksanakan amalan -amalan ahli neraka, mereka mengenepikan Allah, tidak mengambil kira Allah di dalam keputusan, bertuhankan nafsu dan nafsulah segala-galanya boleh tersenyum ketawa, boleh berjaga malam dll. Jadi kita yang niat kita berbuat sesuatu kerana Allah,  nak beribadah kepada Allah (Ibadah di dalam pengertian yang luas, untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat)  perlu lebih bersunggoh-sungguh  tetapi mengikut kemampuan kita. Allah lah yang akan menilai kita bukan manusia. Manusia lemah, nyamuk atau semut atau sekecil kuman pun yang bernyawa dia tak boleh cipta, fikirannya terbatas apa yang dia nampak dan itu pun menggunakan mata yang Allah beri. Jadi kenapa harus takut pada manusia jika berbuat sesuatu untuk kebaikan.

Oleh itu berdoalah bersunggoh-sungguh  agar Allah bagi kekuatan untuk bangkitkan kembali penghargaan kendiri di dalam rangka untuk memberi sumbangan kepada Islam.

1 comment:

  1. salam ziarah....teruskan usaha ini
    semoga dapat keredaan Allah

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...