Tuesday, August 24, 2010

Mengapa meruntuhkan penghargaan kendiri (Self-Esteem) anda ?

Keimanan kita selalu turun naik, bila iman naik banyak lah kebaikan dan urusan hidup yang kita boleh laksanakan. Bila iman lemah macam-macam boleh terjadi.....hingga kadang marahkan diri dan takdir yang berlaku kepada kita atau keluarga kita......

Apabila kita sudah tak bersemangat untuk menjalani kehidupan ini baik sebagai pelajar,pekerja,bujang, berkahwin, muda tua.....renungkan semula nasihat ulamak, tok guru, pakar atau sahabat yang solleh..

Antaranya yang pernah di tulis oleh Dr Asmawati Desa di dalam nak membantu kita bersemangat semula  ialah

1. Kita perlu hormat diri dan keperluan diri kita sendiri, secara sedar fikirlah keadaan diri kita dan beri perhatian pada keperluan sendiri. Sebagai seorang muslim, kita mesti hubungkaitkan keperluan kita dengan hubungan dengan Allah...apa yang Allah mahu....Cuba kenalpasti perkara -perkara yang boleh memenuhi keperluan diri...dan bukan hanya memberi perhatian kepada kepuasan dan keseronokan segera.

2. Apa yang kita rancang hendak kita lakukan di dalam kehidupan kita ini mestilah berdasarkan kemampuan dan rasa betul untuk diri sendiri. Kitalah yang tahu tentang diri kita, kelemahan dan kekuatan kita. Walau pun di dalam satu keluarga tentu ada perbezaan, jangan banding diri kita dengan orang lain. Pendapat orang lain boleh diminta terutama ibubapa kita (mereka juga mengenali sikap anak-anak mereka)  tetapi kita yang perlu analisa dan hubungkaitkan dengan apa yang kita mahu dan apa yang baik untuk memenuhi potensi kita.

3.  Kita perlu mencari aspek positif yang ada pada diri kita dan dirasakan banyak (bandingkan dengan orang yang tak bernasib baik yang begitu ramai). Cuba elakkan daripada terlalu mengkritik diri sendiri. Imbangkan antara penerimaan diri dan penilaian diri.

Ada lagi beberapa points yang akan di bincang tetapi untuk kali ini renungkan tiga perkara diatas dan renungi tahap diri kita. Sabenarnya masalah "down" berlaku dan menyerang sesiapa saja. Kehidupan yang begitu singkat ini seharusnya kita bersemangat untuk memberi sumbangan kepada kehidupan di dunia apatah lagi kehidupan Akhirat.

Orang yang berbuat maksiat pun bersemangat walhalnya  mereka melaksanakan amalan -amalan ahli neraka, mereka mengenepikan Allah, tidak mengambil kira Allah di dalam keputusan, bertuhankan nafsu dan nafsulah segala-galanya boleh tersenyum ketawa, boleh berjaga malam dll. Jadi kita yang niat kita berbuat sesuatu kerana Allah,  nak beribadah kepada Allah (Ibadah di dalam pengertian yang luas, untuk kebahagiaan dunia dan Akhirat)  perlu lebih bersunggoh-sungguh  tetapi mengikut kemampuan kita. Allah lah yang akan menilai kita bukan manusia. Manusia lemah, nyamuk atau semut atau sekecil kuman pun yang bernyawa dia tak boleh cipta, fikirannya terbatas apa yang dia nampak dan itu pun menggunakan mata yang Allah beri. Jadi kenapa harus takut pada manusia jika berbuat sesuatu untuk kebaikan.

Oleh itu berdoalah bersunggoh-sungguh  agar Allah bagi kekuatan untuk bangkitkan kembali penghargaan kendiri di dalam rangka untuk memberi sumbangan kepada Islam.

Friday, August 20, 2010

Tekanan oh tekanan....

Menurut pakar motivasi, Dr Azhar , apabila kita terlalu memikirkan sesuatu masalah atau masalah itu datang kembali di fikiran kita maka bebanan perasaan akan bertambah dan secara tidak langsung kualiti kesihatan akan merudum.Ini jelas sekali akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dan kemudaratan yang akhirnya akan menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan wang ringgit dan memberi banyak masa untuk merawat penyakit yang kita seru sendiri tanpa sedar.


Kita perlu tahu bahawa 80% hingga 90% penyakit itu datang dari gejala tekanan Keluhan,ratapan atau apa juga yang kita istilahkan tidak lebih dari menanam afirmasi negatif dalam minda kita untuk mencipta persepsi yang negatif terhadap perjalanan hidup.

Kita sebenarnya tidak boleh terus menjadi negatif dan merungut kerana kita akan mengumpulkan semua perasaan dan fikiran negatif untuk disimpan dalam kotak memori yang akan melihat hidup sebagai suatu yang membebankan.

Mulai hari ini,kita tukarkanlah mindset kepada yang berteraskan Allah SWT bukannya mindset masala-masalah  yang sering berubah. selagi kita hidup tentu masalah akan sentiasa datang. tapi ingat masalah selepas mati lebih kita takuti, tak ada  orang yang dapat membantu kecuali amal kita. .
Islam adalah agama cinta mencintai dan apabila cinta Ilahi dijadikan asas kehidupan segala permasalahan mudah diungkai. Ungkapan ini mudah di cakap kerana kita manusia biasa yang keimananan kita sentiasa turunnaik. Marilah kita mendidik hati kita hidup ini bukan bergantung dengan manusia atau akibat perbuatan manusia tetapi kita hidup bergantung dengan rahmat Allah SWT.

Allah jadikan masalah untuk tingkatkan keimanan. Kita mengadu hal lah pada Allah. Mohon ampun dan taubat kepada . Berdoa lah bersungguh.....Ya Allah kami lemah yang Allah , bantulah kami.....

Renungi lah hadith ini
“ Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaan nya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang yang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau di timpa bahaya, dia sabar (berhati teguh) dan itu membaikkan pula kepadanya.

Jika kita bergantung dengan sepenuh jiwa kepada-Nya pasti akan ditunjukkan jalan untuk keluar dari kemelut masalah yang kita hadapi. Mungkin ia mengambil masa dan ingat lah sayang masa juga merupakan sebahagian dari rawatan. Membincangkan kegeraman terhadap masalah tidak mampu menyelesaikan masalah tetapi kita akan terus terbakar dengan emosi.Emosi yang terbakar itu bukan sahaja membakar kemarahan tetapi ianya turut membakar masa hadapan.Setiap keputusan yang berlandaskan emosi itu amat merugikan.

Tuesday, August 17, 2010

Bahagia atau tenangkah hidup kita?.........

Apabila di tanya kepada kita apakah yang kita kehendaki di dalam kehidupan yang singkat ini, tentu kita akan menjawab bahawa yang kita ingin kan adalah kebahagiaan dan ketenangan , baik pada kehidupan individu, kehidupan berkeluarga atau kehidupan bermasyarakat. Tetapi pada realitunya kita lihat kebanyakan manusia tidak bahagia dan tidak tenang, selalu saja keluh kesah. Mengapa ya?.......

Dr Ysf Qardawi mengingatkan kita bahawa orang beriman itu memperoleh ketenangan ialah kerana dia menempuh jalan hidup yang sesuai dengan fitrah manusia yang di tanamkan Tuhan dalam jiwa manusia. Fitrah manusia itu kosong, tidak dapat dipenuhi oleh ilmu, peradaban dan filsafat dan hanya dapat di penuhi oelh KEIMANAN kepada Allah. Fitrah manusia merasa lapar dan dahaga, dan hanya dapat dipuaskan dengan mengetahui Allah, beriman dan menghadapkan tujuan lepada Nya. Ketika itu baru kemanusiaan merasa berhenti dari kelelahan, puas dari dahaga, kenyang dari lapar dan aman dari ketakutan. Baru dia tahu dan nampak jalan raya kehidupan yang perlu ditempuh, dalam menuju tujuan yang terang. Di situ baru dia mengenal akan dirinya, mengetahui tujuan perjalanan hidupnya, mengetahui tugas dan kewajiban terhadap Tuhan yang menciptakannya.

Tidak dapat merasakan kebahagian dan ketenangan apabila seseorang tidak dapat mengenal akan Tuhannya dan diri mengetahui akan dirinya sendiri atau lupa akan dirinya sebagaimana yang disebut dalam Firman Allah surat Al Hasyr ayat 19 yang bermaksud “ Orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah melupakan mereka terhadap dirinya sendiri”

Jadi, marilah kita sama-sama mengambil perhatian ingatan ulamak di atas yang ketenangan hidup hanya dapat bila kita yakin dan beriman dengan Allah. Orang beriman memperkenankan panggilan fitrah. Jadi Alhamdullillah sekiranya kita faham tujuan hidup kita sebagaimana yang Allah kehendaki, itulah fitrah kita dan perjalanan hidup akan selesa, InsyaAllah. Marilah kita sama-sama bantu membantu dalam merasai hakikat ini dan laksana kan dalam tindakan kita.

”Ya Allah, mudahkan urusan hidup kami,Ameen

Wednesday, August 11, 2010

Madrasah Ramadhan

Penulisan ini ditujukan untuk mendidik hati sendiri  yang lemah dan untuk pendidikan hati  ahli keluarga


Allah swt. menjadikan bulan ramadhan ini sebagai bulan yang agung,memberikan keistimewaan yang banyak sekali kepadanya,serta menjadikannya sebagai salah satu fasa kehidupan yang paling berharga dan salah satu stesen perjalanan di atas jalan hidup yang lurus.Pada bulan itu.seorang muslim seaptutnya mencurahkan sebagian besar perhatiannya kepada Allah,akhirat,dan peningkatan rohani sebelum peningkatan material. Ia adalah bulan rohani,bulan kebersihan jiwa,bulan munajat,serta waktu untuk menghadap kepada Allah,memohon pertolongan dari-Nya,dan menjalin hubungan dengan Al-Mala'ul A'la. Ia adalah bulan yang mempunyai keistimewaan."(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah)bulan Ramadhan,bulan yang didalamnya diturunkan Al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan bagi petunjuk itu dan pembeda(antara yang haq dan yang batil).Kerana itu,barangsiapa antara kalian hadir(di negeri tempat tinggalnya)di bulan itu,maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu,dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan(lalu ia berbuka),maka(wajiblah baginya berpuasa)sebanyak hari yang ditinggalkannya itu,pada hari-hari yang lain.Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tidak menhendaki kesukaran bagimu.Dan hendaklah kalian mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepada kalian,supaya kalian bersyukur."(Al-Baqarah:185).

Inilah pesanan Imam Hasan Al-Banna kepada kita. Semoga kita cuba laksanakan pesanan inidi dalam kehidupan ramadhan yang kita lalui ini. Berdoalah banyak-banyak pada Allah agar di berikan kekuatan untuk kita manafaat detik-detik masa di bulan Ramadhan. Allah dekat pada kita " Dan apabila hamba-hamba Ku bertanya kepada mu tentang Aku, maka (jawablah) bahawasanya Aku ada lah dekat.......(Al Baqarah 186)

Doa dan doa dengan mengikhlas kan diri dan bertaubatlah bersungguh-sungguh di bulan yang barakah ini.

Ya Allah ampunlah dosa-dosa kami samada kami sedari atau tidak kami sedari. Ameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...