Assalamualaikum wm
Alhamdulillah sedikit peringatan bagi kita yang sering
terlupa..peristiwa di bawah ini sekali lagi mempaparkan bahawa manusia mudah
sangat di tipu oleh manusia penipu yang
menggunakan kaedah penipuan yang sama. Mengapakah kita ingin sangat untuk
mendapatkan wang cara mudah…? Mana ada manusia di dunia ini yang mahu
memberikan wang sebegitu banyak dengan begitu cepat…pun begitu manusia terutama
kaum wanita yang mudah tergoda…berjaga-jaga setiap tawaran daripada orang yang
tidak dikenali..terutama lelaki “buaya” yang sentiasa membuka mulut untuk
menangkap mangsa…semuanya boleh di makan oleh manusia yang berperangai buaya
ini….
Bagi mereka yang berugama Islam…kita sentiasa diajar
bagaimana untuk berhati-hati di dalam setiap aktiviti kita…mohon kepada
Allah sekiranya kita buntu kerana Allah
sentiasa bersama kita…
‘Rezeki terpijak’ bertukar malang
Oleh
Mohd Fadly Samsudin
Kuala
Lumpur: Impian seorang wanita untuk mendapat rezeki terpijak melalui perkenalan
dengan seorang lelaki warga Kanada di Facebook berakhir dengan kerugian apabila
dia terpedaya dengan sindiket penipuan didalangi warga Afrika.
Mangsa
yang berusia 20-an dikatakan terpedaya selepas lelaki yang dikenali selama
sebulan itu mendakwa mahu memberikan wang simpanannya iaitu £10,000 (RM50,000)
kepada mangsa sebagai hadiah.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten
Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek juga meminta nombor akaun
serta telefon mangsa dan berjanji membuat pemindahan wang dalam tempoh dua
hari.
“Selepas dua hari, mangsa dihubungi
seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai perunding lalu meminta dia
memasukkan wang RM1,350 sebagai yuran pelepasan urusan pemindahan wang ke dalam
akaun mangsa.
“Tanpa berfikir panjang, mangsa
memasukkan jumlah wang yang diminta ke dalam akaun tetapi menyedari ditipu
selepas tidak pernah menerima wang yang dijanjikan menyebabkan dia membuat
laporan polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, susulan laporan itu,
polis Bahagian Operasi dan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah
(IPD) Cheras melakukan operasi bagi mengesan suspek.
“Dalam operasi itu, kami ke sebuah
rumah di Bandar Mahkota Cheras pada jam 1 tengah hari semalam (kelmarin) dan
menahan lima lelaki warga Nigeria berusia antara 25 hingga 35 tahun.
“Hasil pemeriksaan, semua suspek
adalah pelajar di beberapa kolej swasta sekitar Lembah Klang.
Kami merampas enam komputer riba dan sembilan telefon bimbit,” katanya.
Kami merampas enam komputer riba dan sembilan telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek ditahan
reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan
(KK).
No comments:
Post a Comment