Monday, December 23, 2013

Wahai ibubapa…didik dan awasi lah anak kita..Semoga peristiwa ini Allah jauhkan daripada kita kerana terlalu berat untuk di pikul…Akibat Cinta murtad


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari yang di muliakan
Peristiwa di bawah yang berlaku kepada saudara kita ini amat menyedihkan dan cukup memilukan hati mereka yang bergelar ibu dan ayah. Mengapa ia terjadi dan bagaimana nak mengelakkan daripada terjadi kepada kita semua. Masalah ini hanya dapat diatasi dengan kembali kepada apa yang diperintahkan Allah kepada kita..mengambil semua sistem atau hukum hukum Allah dalam semua aspek kehidupan kita. Pendidikan ugama yang tak menyeluruh, sistem bertuhankan nafsu di biarkan berluasluasa di muka bumi ini dll…maka berlakulah segala masalah yang dapat kita saksikan saban hari di muka akhbar saperti satu contoh di bawah ini..
Jadi, kita tidak ada pilihan kecuali kembali kepada ajaran Al Quran sepenuhnya dan ini telah di buktikan oleh Rasulullah SAW dengan mendidik para sahabat sehingga mendapat pengikhtirafan Allah SWT..

Berita yang menyedihkan….
Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya. 
Menceritakan kisah itu, ayah malang yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah murtad.

“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.

“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
Rujukan: Oleh Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling HM 231213

Wednesday, December 18, 2013

Kematian setiap hari...jadikan bahan didikan hati yang praktikal..


Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah dan pelbagai nikmat yang lain…malah kita masih di berikan nyawa oleh Allah SWT. Maka perlulah kita ingat bahawa semua ini adalah pinjaman belaka dan Allah akan ambil kembali pada bila-bila masa sahaja. Inilah hakikat kehidupan hatta nyawa yang Allah pinjamkan ini juga akan di ambil kembali dengan pelbagai sebab musabab saperti yang berlaku setiap hari dan dilaporkan oleh media massa. Petikan akhbar di bawah ini cukup sudah untuk menjadi bahan renungan dan didikan hati kita. 

Ingatlah Firman Allah SWT di dalam  Surah An-Nisa ayat ke 78…..
“Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan (kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (78)”
Semoga kita dapat mengambil pengajaran, InsyaAllah.
Maaf di pinta

PETIKAN AKHBAR….AlFatihah untuk mereka…..

Maut dihimpit dua kontena

Seberang Jaya: “Kejadian berlaku pantas dan sebaik berpaling selepas meletak kon sebagai pelapik kontena, saya lihat mangsa sudah tersepit,” kata Mohd Shafizul Yusof, 24, rakan Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, yang maut akibat dihimpit antara dua kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi ketika mangsa dan rakan yang bertugas sebagai ‘tally clerk’ secara kontrak sedang mencatat nombor pada kontena sepanjang tujuh meter yang baru diturunkan dengan kren sebelum diangkat semula untuk dimasukkan ke dalam kapal.

Mohd Shafizul berkata, dia berada bersebelahan mangsa sebelum beralih untuk meletak kon sebagai pelapik kontena dan kejadian berlaku selepas sejam mereka mula kerja syif pagi.
“Selepas beberapa saat, saya berpaling semula ke arah Shahidi dan terkejut apabila mendapati dia sudah tersepit antara dua kontena dengan kepalanya berlumuran darah.

“Saya bergegas memaklumkan kejadian kepada penyelia tetapi semuanya sudah terlewat kerana mangsa sudah tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ).

Difahamkan, pengendali kren perlu menunggu isyarat daripada mereka yang mencatat nombor kontena terlebih dulu sebelum menurunkan kontena, tetapi ia diturunkan lebih awal menyebabkan mangsa dihimpit.
Seorang lagi rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, kren berkenaan boleh mengangkat dua kontena sekali gus dan nombor dicatat terlebih dulu sebelum diletakkan semula ke dalam kapal.

“Pengendali kren tidak ikut prosedur menyebabkan kemalangan berlaku. Sebelum ini banyak kemalangan berlaku tetapi sepi begitu saja,” katanya.
Isteri mangsa, Mazni Mansor, 28, dari Permatang Berangan, Tasek Gelugor ketika ditemui di HSJ bersama anak mereka, Nor Syazwina Awatif yang berusia setahun enggan mengulas kerana terlalu sedih dengan kejadian itu.


Petikan 2: Maut langgar pembahagi jalan

Seremban: Seorang pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor maut selepas motosikal yang ditungganginya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer 265.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Rozaini Nordin, 18, yang menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di dada.

Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari FELDA Lepar Utara, Jerantut, Pahang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju arah utara.
“Bagaimanapun, sebaik tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh besi pembahagi jalan di kiri lorong kecemasan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18

Friday, December 13, 2013

Hai manusia mengapa sekejam ini: Bayi masih hidup dibuang belakang kedai…renungan


Assalamualaikum wm
·       

Saudara dan saudari yang di muliakan...

Peristiwa yang berlaku dan dilaporkan di bawah ini amat memilukan kita. Mengapakan manusia sekejam ini..bayi comel anugerah Allah yang tak berdosa ini di buang bagaikan sampah…binatang pun tak sekejam ini..kucing yang melahirkan anak tidak pernah membuang merata-rata anaknya dan meraung-raung jika di ganggu atau kehilangan…
Sedarlah betapa susahnya kejadian manusia yang Allah saja yang Maha Mengetahui…rujuk lah surah Al Mukminun..
Surah Al-Mumenoon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

….. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. (12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (13) Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (14) Kemudian, sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (15) Kemudian sesungguhnya kamu akan dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (16)

Inilah kejadian kita semua….Mungkinkah anak ini bukan anak yang sah..inilah akibat maksiat yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak langsung takut pada Allah SWT..jadi marilah sama-sama kita mengambil pengajaran ..berilah pendidikan pada anak-anak kita dan kawan-kawan..di samping mendidik anak kita perlulah juga kita berusaha untuk mengwujudlah sistem persekitaran yang patuh kepada hukum hakam Allah SWT..Semua pihak perlu bersama di dalam menengani masalah masyarakat yang semakin parah ini..Berdoalah kepada Allah agar di berikan kita kekuatan untuk melaksanakan amal ma’aruf nahi mungkar di dalam kemampuan kita masing-masing…
Sekian, semoga Allah membantu kita semua..kepada yang terlanjur pintu taubat masih terbuka luas…kembali lah kepada Allah..
Maaf di pinta.

Baca dan renungilah....

IPOH - Seorang juru kimpal terkejut selepas mendapati bunyi yang disangka kucing mengiau rupanya suara tangisan bayi.

Bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di lorong belakang deretan rumah kedai baharu di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi semalam.

Chong Lean Fatt, 48, berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di kawasan berkenaan.

“Kira-kira jam 10 pagi, saya bersama rakan sibuk melakukan kerja sebelum mendengar suara seperti bayi menangis di luar premis.

“Saya sempat bertanya kepada rakan sekerja, sama ada dia ada mendengar suara bayi tersebut, tetapi dia jawab mungkin bunyi itu datang dari kucing atau anjing yang lalu di situ.

“Bagaimanapun, pada jam kira-kira 11 pagi, saya terdengar jeritan penyelia yang kebetulan berada di luar premis memberitahu dia menemui bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Lean Fatt berkata, dia dan rakannya bergegas keluar dan melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan di tepi jalan tar kira-kira 20 meter dari premis tempat mereka bekerja.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi terbabit pada jam 11.10 pagi.

Menurutnya, bayi cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dipercayai baru lahir ditinggalkan tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap di lorong belakang premis kedai yang baru dibina.

“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya serta dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya semalam.

Ahmad Termizi berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
ROSDALILAH ZAHARI
10 Disember 2013

Harta kita hanya pinjaman: Tiga Lamborghini hangus di lebuh raya..renungan hati



Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari yang di muliakan
Peristiwa yang tercatat di bawah ini menunjukkan kepada kita bahawa harta dunia yang begitu canggih dan berharga pun amat lemah disisi Allah SWT.  Pembuatan yang mengambil masa, kepakaran, tenaga dan jutaan ringgit lenyap dengan pantas sekiranya ditakdirkan Allah berlaku ke atas kita. Orang susah di kampong menaiki basikal atau berjalan kaki tidak pernah berlaku sebegitu rupa di mana tidak pernah kita dengar basikal berlanggar basikal terus terbakar sekelip mata dsbnya. Pengajaran yang kita dapat di ambil daripada peristiwa ini ialah manusia walau begitu hebat sekalipun ciptaan nya tidak mampu melawan kehendak Allah SWT. Maka kita seharusnya sentiasa mengingati Allah di dalam keadaan mana pun hatta di dalam kereta mewah yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan sekali pun.  Bersyukur di atas pemberian rezeki dari Allah dan gunakan sebaik mungkin untuk mentaati perintah Nya . Mohon keberkatan dari Allah ke atas rezeki dunia yang sementara ini. Selalu berdoa kepada Allah agar dimudahkan kenderaan yang diberi pinjam oleh Allah dan dapat kita gunakan untuk jalan beribadah kepadaNya.
Sekian, sedikit bahan renungan hati dan sentiasa berhati-hati di jalan raya.
Maaf di pinta.
SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus) dekat Seremban, pagi tadi.

Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.

Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.

Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.



WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Disember 2013
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...