Assalamu'alaikum wm
Laporan di bawah ini
membuat semua kita tersentak hati…apakah yang dikejar …pahala ke dosa apatah
lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan barakah….mengejar yang
sunat di buat yang haram…
Maka kembalilah kita semua kepada panduan syarie di dalam memilih
pasangan hidup anda…sekurang-kurang pasangan kita selesai kefahaman dan praktik
yang wajib….jangan pilih berdasarkan yang lain sahaja…rupa paras, kaya,
berpangkat dan lain-lain atas dasar kebendaan sahaja…akibatnya berlakulah
sebagaimana yang di laporkan dibawah…
Berdoalah seawal mungkin
untuk Allah kurniakan kita pasangan yang solleh…berdoalah siang dan malam…
Mengamuk tak sahur
Laporan oleh…Oleh Mohd Firdaus Ibrahim untuk
renungan hati kita…
Kuala Lumpur:
Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20
minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana
dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.
Dalam kejadian jam 8
pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan
badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran
rumahnya.
Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur
dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa,
lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.
“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.
Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan
tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu
menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.
“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek
kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang
kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik
saja ditinggalkan.
“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.
Sekian, selamat berpuasa dan
maaf zahir batin
No comments:
Post a Comment