Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Pertama kali marilah kita sama-sama
memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah
kurniaNya dapat kita bersua di alam maya ini..
Alhamdullilah semoga kita terus di
berikan kekuatan untuk terus berusaha untuk meningkatkan diri untuk
melaksanakna amalan yang diredhai Allah..Ingatlah musuh kita yang tak pernah diam
untuk menghalang kita dari melaksanakan amalan kebajikan ialah syaitan dan hawa
nafsu liar kita….berusahalah untuk berperang dan mujahadah untuk melawan musuh yang
kita tak nampak ini.
Saudara dan saudari
Pada kali ini saya ingin mengajak diri
saya dan saudara saudari untuk melihat hubngan kita sesama manusia dalam rangka
hendak berdakwah dan metaati Allah SWT.
Persaudaraan atau ukhwah yang selalu di perkatakan sekarang ini yang semakin
hilang disebabkan oleh kelalaian kita atau kesungguhan kita untuk menjaga
ukhwah di antara kita. Ia seharusnya bermula daripada diri kita, kemudian di
antara suami isteri, anak-anak , sahabat-sababat dan akhirnya masyarakat…
Di dalam buku “Saat mukmin merasakan kelazatan
iman karangan Dr Abdullah Nashih Ulwan…beliau menekan tentang beberapa perkara
yang boleh kita ambil pengajaran untuk
memperkuatkan lagi ukhwah di antara kita..
Antaranya adalah
1. Apabila sesaorang diantara kita mencintai
saudara kita kerana Allah hendaklah kita memberitahunya bahawa kita
mencintainya..Rasullullah SAW bersabda
“ Apabila sesaorang
mencintai saudaranya ,hendaklah memberitahukan bahawa ia mencintainya (saudarnya
itu)” [HR Abu Daud dan Tarmizi]
2. Apabila kita berpisah atau tak akan
berjumpa dengan saudara kita, mintalah ia memdoakan kita..Di dalam satu
seerah..Sayidina Umar RA berkata, ‘Dalam umrah saya mohon izin kepada
Rasulullah SAW, lalu Rasulullah pun mengizinkan saya dan bersabda
“ Wahai saudara ku,
janganlah kau lupa kami dari doamu..Kata Umar ‘Rasulullah telah mengucapkan
suatu amanat yang mengembirakanku”[HR Abu Daud dan Tarmizi]
3. Apabila kita berjumpa dengan saudara kita
berilah muka yang manis…apatah lagi diantara ahli keluarga kita..
Rasulullah SAW bersabda
yang bermaksud
“Dari Abu Dzar RA
…Jangan kau pandang ringan perbuatan baik sakalipun kecil. Walau pun hanya
dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu”
Di dalm riwayat
lain…”Senyum mu saat berjumpa dengan saudaramu adalah sedekah”
4. Apabila kita bertemu dengan saudara kita
segeralah berjabat tangan dengannya. Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud
“Tidaklah dua orang
berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum
keduanya berpisah.[HR Abu Daud]
5. Pernbanyakkanlah menziarahi atau
mengunjungi saudara kita. Rasulullah SAW bersabda
“Sesiapa saja yang
mengunjungi orang sakit atau orang mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka
berserulah malaikat’Semoga engkau diharumkam dan diharumkan pula perjalanan mu
serta disediakan pula sebuah tempat untukmu disyurga”[HR Abu Daud]
6. Hendaklah kita berusaha untuk
membahagiakan atau menggembirakan saudara kita apatah lagi disaat ia sangat
memerlukan…Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud
“ Dari Anas bin
Malik RA, ia berkata bahawa Nabi bersabda, “Siapa saja yang bertemu dengan
saudaranya kerana perkara yang dicintainya demi kebahgiaannya maka Allah
memberi kebahgiaan baginya pada hari
Kiamat.”[HR At Tabarani]
7. Hendaklah kita membiasakan diri kita
supaya memberikan hadiah kepada saudaranya.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud…
“ Mestinya kalian
memberikan hadiah, kerana hadiah itu mewariskan kasih sayang menghapuskan
kedengkian dan sifat-sifat iri hati”. Dan di dalam riwayat yang lain,
Rasulullah SAW bersabda “Saling memberi hadiahlah kalian. Niscaya kalian akan
saling mencintai”[HR At Tabarani].
8. Hendaklah kita cuba melaksanakan hak-hak
persaudaraan secara sempurna. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“ Siapa saja yang menghilangkan
kesusahan seorang mukmin dari beberapa kesusahan dunia, maka Allah hilangkan
kesusahannya dari beberapa kesusahan pada Hari Kiamat. Siapa saja yang
memudahkan kesulitan akan Allah mudahkan ia di dunia dan Akhirat. Siapa saja
yang menutupi seorang mukmin dari keaibannya, akan Allah tutupi ia di dunia dan
akhirat. Dan Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya [HR
Muslim]
Saudara dan saudari
Peringatan oleh
Ulamak Muktabar di atas mengajak kita sama-sama menilai diri kita. Apakah sumbangan yang dapat kita berikan
untuk tingkatkan ukhwah antara kita..Bina lah ia atas dasar keikhlasan,
keimanan dan ketaqwaan. Mulalah dengan
diri kita dan pohonlah pertolongan dari Allah….Yakinlah Allah lah akan memberi
ketenangan dan mempertautkan hati-hati kita..Tautan hati ini tidak akan berlaku
atas dasar yang lain walau pun kita membelanjakan jutaan ringgit…Persaudaraan
yang hakiki telahn pun terbukti di kalangan para sahabat yang di didik oleh
Rasulullah SAW……
Sekian, maaf di
pinta.
No comments:
Post a Comment