Sunday, April 7, 2013

Marilah kita tingkatkan persaudaraan sesama kita......


Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Pertama kali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin dan limpah kurniaNya dapat kita bersua di alam maya ini..
Alhamdullilah semoga kita terus di berikan kekuatan untuk terus berusaha untuk meningkatkan diri untuk melaksanakna amalan yang diredhai Allah..Ingatlah musuh kita yang tak pernah diam untuk menghalang kita dari melaksanakan amalan kebajikan ialah syaitan dan hawa nafsu liar kita….berusahalah untuk berperang  dan mujahadah  untuk melawan musuh yang kita tak nampak ini.

Saudara dan saudari

Pada kali ini saya ingin mengajak diri saya dan saudara saudari untuk melihat hubngan kita sesama manusia dalam rangka hendak berdakwah dan metaati  Allah SWT. Persaudaraan atau ukhwah yang selalu di perkatakan sekarang ini yang semakin hilang disebabkan oleh kelalaian kita atau kesungguhan kita untuk menjaga ukhwah di antara kita. Ia seharusnya bermula daripada diri kita, kemudian di antara suami isteri, anak-anak , sahabat-sababat dan akhirnya masyarakat…

Di dalam buku “Saat mukmin merasakan kelazatan iman karangan Dr Abdullah Nashih Ulwan…beliau menekan tentang beberapa perkara yang boleh kita ambil pengajaran  untuk memperkuatkan lagi ukhwah di antara kita..
Antaranya adalah
1.  Apabila sesaorang diantara kita mencintai saudara kita kerana Allah hendaklah kita memberitahunya bahawa kita mencintainya..Rasullullah SAW bersabda
“ Apabila sesaorang mencintai saudaranya ,hendaklah memberitahukan bahawa ia mencintainya (saudarnya  itu)” [HR Abu Daud dan Tarmizi]

2.  Apabila kita berpisah atau tak akan berjumpa dengan saudara kita, mintalah ia memdoakan kita..Di dalam satu seerah..Sayidina Umar RA berkata, ‘Dalam umrah saya mohon izin kepada Rasulullah SAW, lalu Rasulullah pun mengizinkan saya dan bersabda
“ Wahai saudara ku, janganlah kau lupa kami dari doamu..Kata Umar ‘Rasulullah telah mengucapkan suatu amanat yang mengembirakanku”[HR Abu Daud dan Tarmizi]

3.  Apabila kita berjumpa dengan saudara kita berilah muka yang manis…apatah lagi diantara ahli keluarga kita..
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“Dari Abu Dzar RA …Jangan kau pandang ringan perbuatan baik sakalipun kecil. Walau pun hanya dengan menunjukkan muka manis ketika engkau bertemu dengan saudaramu”
Di dalm riwayat lain…”Senyum mu saat berjumpa dengan saudaramu adalah sedekah”

4.  Apabila kita bertemu dengan saudara kita segeralah berjabat tangan dengannya. Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud
“Tidaklah dua orang berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya berpisah.[HR Abu Daud]

5.  Pernbanyakkanlah menziarahi atau mengunjungi saudara kita. Rasulullah SAW bersabda
“Sesiapa saja yang mengunjungi orang sakit atau orang mengunjungi saudaranya kerana Allah, maka berserulah malaikat’Semoga engkau diharumkam dan diharumkan pula perjalanan mu serta disediakan pula sebuah tempat untukmu disyurga”[HR Abu Daud]
6.  Hendaklah kita berusaha untuk membahagiakan atau menggembirakan saudara kita apatah lagi disaat ia sangat memerlukan…Rasullullah SAW bersabda yang bermaksud
“ Dari Anas bin Malik RA, ia berkata bahawa Nabi bersabda, “Siapa saja yang bertemu dengan saudaranya kerana perkara yang dicintainya demi kebahgiaannya maka Allah memberi  kebahgiaan baginya pada hari Kiamat.”[HR At Tabarani]
7.  Hendaklah kita membiasakan diri kita supaya memberikan hadiah kepada saudaranya.  Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud…
“ Mestinya kalian memberikan hadiah, kerana hadiah itu mewariskan kasih sayang menghapuskan kedengkian dan sifat-sifat iri hati”. Dan di dalam riwayat yang lain, Rasulullah SAW bersabda “Saling memberi hadiahlah kalian. Niscaya kalian akan saling mencintai”[HR At Tabarani].
8.  Hendaklah kita cuba melaksanakan hak-hak persaudaraan secara sempurna. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
“ Siapa saja yang menghilangkan kesusahan seorang mukmin dari beberapa kesusahan dunia, maka Allah hilangkan kesusahannya dari beberapa kesusahan pada Hari Kiamat. Siapa saja yang memudahkan kesulitan akan Allah mudahkan ia di dunia dan Akhirat. Siapa saja yang menutupi seorang mukmin dari keaibannya, akan Allah tutupi ia di dunia dan akhirat. Dan Allah menolong hambaNya selama hamba itu menolong saudaranya [HR Muslim]

Saudara dan saudari

Peringatan oleh Ulamak Muktabar di atas mengajak kita sama-sama menilai diri kita.  Apakah sumbangan yang dapat kita berikan untuk tingkatkan ukhwah antara kita..Bina lah ia atas dasar keikhlasan, keimanan dan ketaqwaan.  Mulalah dengan diri kita dan pohonlah pertolongan dari Allah….Yakinlah Allah lah akan memberi ketenangan dan mempertautkan hati-hati kita..Tautan hati ini tidak akan berlaku atas dasar yang lain walau pun kita membelanjakan jutaan ringgit…Persaudaraan yang hakiki telahn pun terbukti di kalangan para sahabat yang di didik oleh Rasulullah SAW……

Sekian, maaf di pinta.





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...