Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
wm
Saudara
dan saudari yang dimuliakan
Berita
hari ini antaranya berkaitan dengan rumahtangga pasangan muda sekarang ini amat
menyedihkan. Peristiwa sebegini merupakan bahan didikan hati yang praktikal
untuk kita muhasabah diri kita dan ahli keluarga. Bagi mereka yang telah berumahtangga dan
bahagia bersyukurlah kepada Allah dengan meningkatkan lagi ibadah kita kepada Allah SWT…inilah jalan untuk
mengekalkan kita untuk mendapat hidayah dan pertolongan dari Allah untuk
meneruskan kehidupan yang penuh ujian ini.
Gangguan di perjalanan kehidupan yang berterusan juga oleh syaitan,
iblis dan nafsu juga perlukan pertolongan dan kekuatan dari Allah SWT…Sekiranya
berlaku juga sebagaimana yang terdapat di dalam berita semasa ini…cepat-cepatlah
muhasabah diri tentang kesalahan-kesalahan kita yang lalu yang tidak syarak
yang telah kita lakukan dan bertaubatlah dengan sabenar benar taubat…Allah sangat suka dan sayang kepada
kita lebih dari manusia yang kita sayangi di dunia ini…yakinlah dengan pertolongan
Allah dengan kembali menyerah diri secara total kepada Allah SWT dan bukannya
kepada makhluk yang lemah….
Marilah
kita renungan ingatan Allah SWT di dalam surah Fathir ayat 5 yang bermaksud…
“ Wahai umat manusia, sesungguhnya janji
Allah(membalas amal kamu) adalah benar; maka janganlah kamu diperdayakan oleh
kemewahan hidup di dunia dan janganlah syaitan yang menjadi sabesar-besar
penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah (lalu
kamu lalai dan menderhaka)…..
Semoga
peristiwa di bawah yang dilaporkan oleh Harian Metro pada 121212 ini….menjadi ikhtibar
bagi kita…carilah pasangan dan jagalah pasangan kita supaya terikat dengan
Allah di dalam apa jua tindakan kita…
1.
Pokai judi sepak isteri
GOMBAK: Seorang lelaki tergamak menendang perut
isterinya yang sedang tidur di kediaman mereka di Aman Puri, di sini
semata-mata untuk meminta wang bagi membolehkannya berjudi selain mengugut akan
membunuh mangsa jika enggan memenuhi permintaannya, kelmarin.
Dalam kejadian jam 5 pagi itu, wanita berusia 19
tahun yang sedang tidur mengerang kesakitan selepas ditendang suaminya berusia
20-an yang baru pulang ke rumah.
Menurut sumber, mangsa yang kesakitan
mempersoalkan tindakan suaminya itu yang tiba-tiba mengamuk dan memukulnya
sebelum lelaki terbabit meminta mangsa menyerahkan wang kepadanya.
“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang pada masa sekarang menyebabkan suaminya itu terus mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.
“Mangsa bagaimanapun memberitahu tidak mempunyai wang pada masa sekarang menyebabkan suaminya itu terus mengamuk dan menghamburkan kata-kata kesat.
“Suami mangsa juga turut memukul dan memaksa mangsa menyerahkan wang selepas duit yang diberikan sebelum ini habis digunakan di meja judi,” katanya.
2.
Suami lewat balik naik
hantu
KUALA LUMPUR: Angkara menegur suami, seorang
wanita berusia 29 tahun cedera di badan dan kepala selepas disepak terajang
lelaki terbabit dalam kejadian di rumah mereka di Cheras, di sini, kelmarin.
Dalam kejadian jam 11 malam itu, mangsa dipukul
suaminya berusia 29 tahun selepas menegur lelaki terbabit yang sering pulang
lewat ke rumah.
Menurut sumber, mangsa yang menunggu kepulangan suaminya sejak jam 8 malam berang selepas lelaki terbabit tidak pulang ke rumah.
“Sebaik suaminya tiba di rumah jam 11 malam,
mangsa menegur suaminya yang sering pulang lewat malam dan mula mempersoalkan
aktiviti luar lelaki terbabit.
“Tindakan mangsa menimbulkan kemarahan suaminya menyebabkan berlaku pertengkaran,” katanya.
Katanya, suami mangsa yang gagal mengawal kemarahan mula bertindak agresif dengan memukul mangsa. “Lebih malang, suami mangsa yang bagaikan dirasuk terus menyepak terajang mangsa hampir 10 minit,” katanya.
Sumber berkata, ketika disepak terajang itu,
mangsa hanya mampu menutup kepalanya menggunakan tangan.
“Suami mangsa hanya berhenti memukul mangsa selepas mendengar tangisan anak lelaki mereka berusia dua tahun sebelum lelaki terbabit keluar daripada rumah,” katanya.
Tidak berpuas hati dengan tindakan suaminya, mangsa
tampil membuat laporan di Balai Polis Cheras, di sini, menuntut siasatan dan
tindakan lanjut diambil terhadap lelaki terbabit.
Sekian, Wassalam dan maaf
di pinta…
No comments:
Post a Comment