Assalamualaikum wm
Saudara dan saudari yang di muliakan
Peristiwa yang tercatat di bawah ini menunjukkan kepada kita
bahawa harta dunia yang begitu canggih dan berharga pun amat lemah disisi Allah
SWT. Pembuatan yang mengambil masa, kepakaran,
tenaga dan jutaan ringgit lenyap dengan pantas sekiranya ditakdirkan Allah
berlaku ke atas kita. Orang susah di kampong menaiki basikal atau berjalan kaki
tidak pernah berlaku sebegitu rupa di mana tidak pernah kita dengar basikal
berlanggar basikal terus terbakar sekelip mata dsbnya. Pengajaran yang kita
dapat di ambil daripada peristiwa ini ialah manusia walau begitu hebat sekalipun
ciptaan nya tidak mampu melawan kehendak Allah SWT. Maka kita seharusnya
sentiasa mengingati Allah di dalam keadaan mana pun hatta di dalam kereta mewah
yang penuh dengan ciri-ciri keselamatan sekali pun. Bersyukur di atas pemberian rezeki dari Allah
dan gunakan sebaik mungkin untuk mentaati perintah Nya . Mohon keberkatan dari
Allah ke atas rezeki dunia yang sementara ini. Selalu berdoa kepada Allah agar
dimudahkan kenderaan yang diberi pinjam oleh Allah dan dapat kita gunakan untuk
jalan beribadah kepadaNya.
Sekian, sedikit bahan renungan hati dan sentiasa berhati-hati di
jalan raya.
Maaf di pinta.
SEREMBAN - Tiga kereta Lamborghini hangus
terbakar dalam kemalangan di Kilometer 259 Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus)
dekat Seremban, pagi tadi.
Menurut sumber, kemalangan melibatkan kereta milik warga Singapura yang sedang berkonvoi dari negara itu ke Kuala Lumpur.
Dalam kejadian kira-kira jam 9.57 pagi itu, kereta ketiga daripada lima kenderaan itu dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan di lebuh raya sehingga menyebabkan dua kereta di belakang merempuh kereta itu.
Akibat rempuhan itu, berlaku kebakaran melibatkan ketiga-tiga kereta itu.
Sementara itu, memetik laporan portal tempatan, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, dua jentera bersama 14 anggota tiba kira-kira tujuh minit kemudian, tetapi tiga kenderaan terbabit hangus terbakar.
Bagaimanapun, katanya semua pemandu dan penumpang sempat menyelamatkan diri.

WARTAWAN SINAR HARIAN
6 Disember 2013
No comments:
Post a Comment