Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, syukur kehadrat
Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah
dan pelbagai nikmat yang lain…malah kita masih di berikan nyawa oleh Allah SWT.
Maka perlulah kita ingat bahawa semua ini adalah pinjaman belaka dan Allah akan
ambil kembali pada bila-bila masa sahaja. Inilah hakikat kehidupan hatta nyawa
yang Allah pinjamkan ini juga akan di ambil kembali dengan pelbagai sebab
musabab saperti yang berlaku setiap hari dan dilaporkan oleh media massa. Petikan
akhbar di bawah ini cukup sudah untuk menjadi bahan renungan dan didikan hati
kita.
Ingatlah Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat ke 78…..
“Di mana jua kamu
berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada
dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan
(kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula
mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang
ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana)
adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu
hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (78)”
Semoga kita dapat
mengambil pengajaran, InsyaAllah.
Maaf di pinta
PETIKAN AKHBAR….AlFatihah
untuk mereka…..
Maut
dihimpit dua kontena
Seberang Jaya:
“Kejadian berlaku pantas dan sebaik berpaling selepas meletak kon sebagai
pelapik kontena, saya lihat mangsa sudah tersepit,” kata Mohd Shafizul Yusof,
24, rakan Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, yang maut akibat dihimpit antara
dua kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi
ketika mangsa dan rakan yang bertugas sebagai ‘tally clerk’ secara kontrak
sedang mencatat nombor pada kontena sepanjang tujuh meter yang baru diturunkan
dengan kren sebelum diangkat semula untuk dimasukkan ke dalam kapal.
Mohd Shafizul berkata, dia berada bersebelahan mangsa sebelum beralih untuk meletak kon sebagai pelapik kontena dan kejadian berlaku selepas sejam mereka mula kerja syif pagi.
“Selepas beberapa saat, saya
berpaling semula ke arah Shahidi dan terkejut apabila mendapati dia sudah tersepit
antara dua kontena dengan kepalanya berlumuran darah.
“Saya bergegas memaklumkan kejadian kepada penyelia tetapi semuanya sudah terlewat kerana mangsa sudah tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Difahamkan, pengendali kren perlu menunggu isyarat daripada mereka yang mencatat nombor kontena terlebih dulu sebelum menurunkan kontena, tetapi ia diturunkan lebih awal menyebabkan mangsa dihimpit.
Seorang lagi rakan mangsa yang
enggan dikenali berkata, kren berkenaan boleh mengangkat dua kontena sekali gus
dan nombor dicatat terlebih dulu sebelum diletakkan semula ke dalam kapal.
“Pengendali kren tidak ikut prosedur menyebabkan kemalangan berlaku. Sebelum ini banyak kemalangan berlaku tetapi sepi begitu saja,” katanya.
Isteri mangsa, Mazni Mansor, 28,
dari Permatang Berangan, Tasek Gelugor ketika ditemui di HSJ bersama anak
mereka, Nor Syazwina Awatif yang berusia setahun enggan mengulas kerana terlalu
sedih dengan kejadian itu.
Petikan 2: Maut langgar pembahagi jalan
Seremban: Seorang
pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor maut selepas motosikal
yang ditungganginya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer
265.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Rozaini
Nordin, 18, yang menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian mati di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di dada.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari FELDA Lepar Utara, Jerantut, Pahang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju arah utara.
“Bagaimanapun, sebaik
tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum
merempuh besi pembahagi jalan di kiri lorong kecemasan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18
No comments:
Post a Comment