Assalamualaikum wm
·
Saudara
dan saudari yang di muliakan...
Peristiwa
yang berlaku dan dilaporkan di bawah ini amat memilukan kita. Mengapakan manusia
sekejam ini..bayi comel anugerah Allah yang tak berdosa ini di buang bagaikan
sampah…binatang pun tak sekejam
ini..kucing yang melahirkan anak tidak pernah membuang merata-rata anaknya dan
meraung-raung jika di ganggu atau kehilangan…
Sedarlah
betapa susahnya kejadian manusia yang Allah saja yang Maha Mengetahui…rujuk lah
surah Al Mukminun..
Surah Al-Mumenoon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

….. Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati
(yang berasal) dari tanah. (12) Kemudian Kami jadikan "pati" itu
(setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. (13) Kemudian Kami ciptakan air
benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi
seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang;
kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian
itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah
kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. (14) Kemudian,
sesungguhnya kamu sesudah itu akan mati. (15) Kemudian sesungguhnya kamu akan
dibangkitkan hidup semula pada hari kiamat. (16)
Inilah
kejadian kita semua….Mungkinkah anak ini bukan anak yang sah..inilah akibat
maksiat yang dilakukan oleh seorang lelaki dan seorang perempuan yang tidak
langsung takut pada Allah SWT..jadi marilah sama-sama kita mengambil pengajaran
..berilah pendidikan pada anak-anak kita dan kawan-kawan..di samping mendidik
anak kita perlulah juga kita berusaha untuk mengwujudlah sistem persekitaran
yang patuh kepada hukum hakam Allah SWT..Semua pihak perlu bersama di dalam
menengani masalah masyarakat yang semakin parah ini..Berdoalah kepada Allah
agar di berikan kita kekuatan untuk melaksanakan amal ma’aruf nahi mungkar di
dalam kemampuan kita masing-masing…
Sekian,
semoga Allah membantu kita semua..kepada yang terlanjur pintu taubat masih
terbuka luas…kembali lah kepada Allah..
Maaf
di pinta.
Baca dan renungilah....
IPOH - Seorang juru kimpal terkejut selepas
mendapati bunyi yang disangka kucing mengiau rupanya suara tangisan bayi.
Bayi perempuan cukup sifat yang baru dilahirkan itu ditemui dalam keadaan tidak berpakaian di lorong belakang deretan rumah kedai baharu di Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia , di sini pagi semalam.
Chong Lean Fatt, 48, berkata, ketika kejadian, dia sedang melakukan kerja-kerja memasang jeriji besi bersama rakannya di sebuah kedai di kawasan berkenaan.
“Kira-kira jam 10 pagi, saya bersama rakan sibuk melakukan kerja sebelum mendengar suara seperti bayi menangis di luar premis.
“Saya sempat bertanya kepada rakan sekerja, sama ada dia ada mendengar suara bayi tersebut, tetapi dia jawab mungkin bunyi itu datang dari kucing atau anjing yang lalu di situ.
“Bagaimanapun, pada jam kira-kira 11 pagi, saya terdengar jeritan penyelia yang kebetulan berada di luar premis memberitahu dia menemui bayi,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.
Lean Fatt berkata, dia dan rakannya bergegas keluar dan melihat seorang bayi perempuan ditinggalkan di tepi jalan tar kira-kira 20 meter dari premis tempat mereka bekerja.
Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintendan Ahmad Termizi Abdul Haq berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam berhubung penemuan bayi terbabit pada jam 11.10 pagi.
Menurutnya, bayi cukup sifat dan masih bertali pusat ditemui dipercayai baru lahir ditinggalkan tidak berpakaian dalam keadaan tertiarap di lorong belakang premis kedai yang baru dibina.
“Bayi itu ditemui dalam keadaan sihat dan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuhnya serta dibawa ke Hospital Raja Pemaisuri Bainun (HRPB) untuk pemeriksaan lanjut,” katanya semalam.
Ahmad Termizi berkata, orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat mengenai kes itu diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

ROSDALILAH ZAHARI
10 Disember 2013
No comments:
Post a Comment