Assalamu’alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdullillah bertemu
sekali lagi di alam siber dan mudah-mudahan Allah berikan keberkatan kepada
kita di dalam usaha kita mendidik hati kita untuk kembali mengambil Islam
sebagai cara hidup kita.
Di dalam renungan hadith
kali ini marilah sama-sama kita mendekati satu hadith ringkas yang dirasakan penting
untuk penekanan di dalam perkara asas untuk melakukan amalan harian kita.
“Setiap
pekerjaan itu bergantung pada niat” [HR Al Buhkairi dan Muslim]
Saudara dan saudari yang
dimuliakan
Hadith di atas mengingatkan
kita tentang nilai setiap amalan dan pekerjaan kita disisi Allah SWT adalah bergantung
kepada niat pelakunya.
Islam amat menitikberatkan
tentang niat di hati dan ia menjadi kayu
pengukur dalam setiap amalan yang kita dilakukan . Apa pun amal yang kita lakukan sabenarnya
bergantung pada niat dan keikhlasan kita. Maka sudah sepatutnya kita melakukan
sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik, dengan penuh redha dan lahir dari hati
yang bersih, bukan sebab-sebab lain saperti riya’ atau menunjuk-nunjuk pada orang lain .
Hadith ini ada kaitan dengan peristiwa Hijrah
dari kota Makkah ke kota Madinah Al
Munawarrah di mana Rasulullah SAW mandapat tahu ada seorang sahabat yang
berhijrah untuk tujuan berkahwin. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap
pekerjaan itu bermula daripada niatnya”
Walaubagaimana pun kita
mesti ingat bahawa setiap amalan kita mestilah mengikut hukumnya dari segi
halal, haram dan makruh yang ditetapkan oleh hukum syarak. Oleh itu kita dilarang untuk melakukan
pekerjaan yang bertentangan dengan suruhan Allah SWT dengan alasan niat yang
baik sahaja.
Kadang-kadang kita melakukan sesuatu amalan saperti kutipan derma dengan niat ikhlas untuk beramal tetapi melalui cara-cara yang tidak halal saperti konsert nyanyian yang melalaikan , tidak menutup aurat dan pergaulan bebas. Begitu juga kita tidak boleh
melaksanakan sesuatu amalan atau pekerjaan baik dengan niat yang buruk
saperti solah untuk menunjuk-nunjuk, bersedekah untuk tujuan riya, berceramah
atau menulis buku atau blog untuk tujuan sanjungan ramai dan lain-lain
lagi.
Apa saja amalan yang di buat tanpa
ikhlas kerana Allah, ia tertolak dan tidak akan mendapat balasan baik dan keredaan Allah
SWT….Maka sia-sialah pekerjaan kita. Malah
kita takut ia akan membawa kita kepada kemurkaan dan siksaan Allah SWT..............
Oleh itu sentiasalah kita
mengingati diri kita ini tentang perkara paling asas iaitu mengenai urusan niat dan keikhlasan kita di
dalam kita melakukan apa saja perkerjaan atau amalan kita.
Bagi kita yang
bekerja makan gaji ini pun perlu sangat berhati-hati tentang niat kita…............Sekiranya
niat kita baik, pastikan juga segala aktiviti semasa kita bekerja di kawal mengikut
acuan Allah… janganlah kita menipu, malas, curi tulang, banyak bersembang
dari buat kerja, tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, tidak menggunakan masa dengan baik semasa kita bekerja makan gaji ini……..Takut-takut rezeki yang kita bawa balik untuk keluarga kita tidak berkat disebabkan kita tidak betul-betul bekerja kerana Allah.............!.
Sekian, semoga hadith pendek
ini dapat mendidik hati kita insyaAllah……….
Wassalam
Rujukan Permata hadis 40,
Pedoman
Hidup Muslim
hadith pertama dalam kitab Hadith 40 merujuk kepada setiap amalan bermula dengan niat..ia menunjukkan perkara yang sgt penting di dalam Islam iaitu NIAT..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteasm
ReplyDeleteTerima kasih, saudara.
Memang benar untuk keterangan lengkap mengenai niat rujuk kitab Hadith 40....
ustaz saya tolong bantu saya...
ReplyDeletebila saya berada dirumah lebih banyak perkara tak elok berlaku seperti sembahyang lewat waktu, kurang berzikir, menderhakai ibubapadan yang teruk saya akan melakukan perkara yang membatasi hukum syarak...
tp jika saya berada di luar daripada rumah, saya akan berasa diri saya lebih berhati-hati seperti sentiasa ingat tuhan, ibubapa, dan kata lain lebih sedikit lakukan perkara baik makna nya saya dapat control diri saya....
apakah pandang ustaz tentang diri saya....
boleh ustaz jelaskan....
ni no tel saya 0145377828