Thursday, July 25, 2013

Pilihlah bakal suami yang dapat menjadi pelindung kepada keluarga...berita semasa



Assalamualaikum wm
saudara dan saudari yang di kasihi..
Ramadhan Al Mubarak saya ucapkan pada semua, dan saya doakan moga Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.Sedikit berita semasa yang boleh saya kongsikan bersama untuk dijadikan bahan didikan hati kita semua. InsyAllah..

Kepada wanita carilah lelaki yang ada kefahaman ugama untuk dijadikan pasangan hidup. Kepada Ayah dan Ibu pilihlah lelaki yang juga berugama untuk menjadi pelindung kepada anak kita yang akan kita serahkan…usah sesal kemudian….


Berita 1: Ayah macam binatang!
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.
Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.
“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun.



Berita 2: Ayah berhati setan
Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa. 
Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan sama-sama membantu menyelesaikan masalah masyarakat yang semakin meruncing….


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...