Alhamdullilah, syukur kepada AllahSWT kerana mengizinkan kita bertemu di alam siber
ini. Mudah-mudahan Allah SWT beri kekuatan untuk kita memperbaiki diri kita
dari hari ke hari..hinggalah kita di jemput
pulang oleh allah SWT.
Saudara dan Saudari yang di muliakan
Saya terpanggil untuk berkongsi dengan saudara dan
saudari tentang peristiwa malang yang menimpa seorang insan yang bernama isteri
yang dilaporkan di dalam berita pada hari ini…ini lah hanya satu contoh yang dilaporkan diantara
ribuan masalah yang berlaku saban hari
pada seorang isteri..mengapa ini berlaku?
Peristiwa sebegini berlaku dan terus akan berlaku antara
lain sekiranya dasar perkahwinan yang tidak diasaskan dengan Islam dan keimanan
kepada Allah SWT …….Berkahwin mengikut nafsu tanpa ada Ilmu yang dapat
membimbing rumah tangga ke jalan Akhirat..Akibat nya rumah tangga porak poranda…
Hatta mereka yang pada asalnya cuba mengambil dasar Islam
sebagai asas perkahwinannya juga hancur kerana tidak menjaga amal dan iman
semasa menharungi kehidupan berumahtangga..
Berumahtangga memang nampak mudah tetapi membina baitul
muslim dengan penuh tanggung jawab hingga ke alam akhirat memang satu
tanggungjawab yang sukar…walau bagaimanapun kita tidak ada pilihan sekiranya
kita ingin dikumpulkan kembali di akhirat di dalam satu keluarga di syurga
Allah SWT, kita mesti mengikut kehendak Allah dari awal lagi di dalam menjalani
kehidupan berkeluarga. Sebelum, semasa
dan selepas perkahwinan dan kemudian semasa berkeluarga semuanya mesti mengikut syarak supaya kita mendapat barakah dari Allah
SWT dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.
Saudara dan saudari
Kepada mereka yang bergelar suami ingatkan tentang amanah
dan tanggungjawab yang di berikan Allah SWT. Kita akan di persoalkan tentang
apa yang kita laksanakan di dalam memikul tanggungjawab ini. Jangan jadi
saperti yang dilapurkan di bawah ini….
Kepada mereka yang bergelar isteri, peristiwa yang
berlaku di bawah ini jadilah pengajaran supaya berdoalah kepada Allah supaya
suami kita berubah di samping tindakan syarak yang boleh diambil kerana takdir
dipertemukan dengan suami yang tidak
berpegang kepada Ugama Islam….Kepada isteri yang mendapat suami yang berpegang
teguh kepada Ugama dan baik…bersyukurlah
kepada Allah SWT dan jagalah suami dengan sebaik mungkin dan terima lah
seadanya…Berdoalah kepada Allah SWT supaya Allah kekalkan pasangan kita dan anak-anak
hingga ke Akhirat …
Kepada mereka yang bergelar anak…berdoalah sentiasa
kepada Allah SWT supaya Allah SWT
tetapkan hubungan baik ayah dan ibu kita dan memberi perhatian pada anak-anak
di dalam berusaha menuju keredaan Allah SWT.
Semoga Kita semua dapat mengambil pengajaran daripada
peristiwa di bawah ini…
Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Ars
Wasalamualaikum wm
Marah
benar suami curang
Oleh
Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my 291110
SABAK
BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu
kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita
lain ke rumah untuk melakukan maksiat.
Lebih malang, ketika membawa pulang teman
wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat
tingkah laku lelaki terbabit.
Isteri
berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali,
malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya
itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung
kejadian dera itu.
Berikutan
tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung
meminta menasihati suaminya itu.
Bagaimanapun,
tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia
menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.
“Kejadian
berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang
anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa
adik angkatnya.
“Saya
sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan
‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.
“Isteri
mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu
hancur luluh hati saya.
“Malah,
anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di
rumahnya di sini, baru-baru ini.
Kes
cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka
disahkan bercerai pada 10 November lalu.
Menurutnya,
pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan
akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.
“Saya
akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali
menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.
“Bukan
saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib
sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika
menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11
tahun lalu.
Menurutnya,
disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini
trauma.
“Kerana
tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak,
saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah
dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.
Hasil
perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia
dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.
Katanya,
walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada
menjadi mangsa belasahan suami.
“Walaupun
suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah
RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari
suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan
along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.
Siti
berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka
menjadi insan yang berguna.
Selain
itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya
menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga
rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung
Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.
Beliau
yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati
terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian
012-9433226.