Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, syukur kehadrat
Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah
dan pelbagai nikmat yang lain…masih boleh bangun, berjalan , bercakap, melihat,
makan minum, solah, pergi mesjid, jumpa kawan, bermesra dengan keluarga dan
beribu-ribu lagi nikmat yang Allah berikan..
Namun begitu kita perlu ingat kita
perlu berusaha dan menjaga nikmat yang Allah bagi kepada kita ini ..contoh pada
kali ini ialah nikmat berkeluarga..nikmat berumahtangga, nikmat bersuami isteri…
Tiga berita yang saya bawakan ini
menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya kita tidak melengkapkan diri untuk
memasuki alam berumahtangga dengan kefahaman Islam yang betul maka akan
berlakulah saperti yang tercatat di dalam berita yang menyedih ini…Suami
sepatutnya tempat berlindung tetapi menjadi alat penyiksa fizikal dan batin..
Oleh itu para suami ..renungilah
diri, perbaiki diri..dapatkan panduan yang baik dari sahabat, guru, kawan serta pebacaan yang baik saperti
tercatat di bawah ini dari pelbagai blog yang ada di alam siber….antaranya
rujukan:
1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik.Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Hadiah penghargaan.
Tidak salah sekiranya suami menghadiahkan isteri hadiah penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup bersama.
7. Membantu isteri di rumah.
Sebagai seorang suami, apa kata sekiranya turut membantu isteri anda memasak dan mengemas rumah dihujung minggu. Apabila bersalin, turut membantu memasak dan menyuapkan makanan kepada isteri dan menyusukan anak yang baru dilahirkan.
TIGA SEDUTAN BERITA YANG MENYEDIHKAN KITA….
Berita 1: Libas pedang samurai, terajang isteri
ROSALWANI
CHE SOH
KOTA
BHARU - Gara-gara berang dengan permintaan isterinya yang meminta kebenaran
untuk pulang ke rumah keluarga, awal pagi Rabu lalu, seorang peniaga sanggup
melibas pedang samurai dan menerajang isterinya sehingga cedera di Kampung
China, di sini.
Akibat tindakannya itu, isterinya mengalami kecederaan di tangan kanan, lebam di bahagian perut dan cedera di wajah selepas diperlakukan sedemikian oleh suaminya.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang pada mulanya bertengkar mulut dengan suaminya meminta untuk pulang ke rumah ibunya di Kubang Kerian, namun suaminya secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang samurai yang diletak di bahagian kaunter kedainya dan melibas pedang itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tindakan suami mangsa akhirnya menyebabkan tangan kanan mangsa terkena pedang dan takut dengan tindakan suaminya itu, dia cuba mencapai telefon bimbit untuk meminta pertolongan.
“Belum sempat mangsa membuat panggilan, dia kemudiannya disepak dan dipukul bertalu-talu dengan sarung pedang terbabit dan tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu, wanita itu bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta dan menuju ke rumah keluarganya di Kubang Kerian.
“Mangsa yang trauma dengan tindakan suaminya itu, dia kemudiannya dibawa bapanya ke rumah bekas adik ipar di Kuala Krai, bagi mengelakkan suspek datang ke rumah dan mencari mangsa,” katanya.
Azham berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, suaminya sering memukulnya sejak selepas setahun berkahwin namun tidak melaporkan kepada polis ekoran diugut suspek yang menyatakan mempunyai rangkaian kumpulan (geng) di luar.
“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek hanya diamkan diri kerana suspek sebelum ini pernah bertindak untuk mencederakan mangsa dengan pedang terbabit dan akan menembak ibu mangsa jika membuat laporan polis.
“Isteri suspek syaki suaminya terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah dari perlakuannya,” katanya.
Menurut Azham, mangsa dilaporkan stabil setelah terima rawatan di Hospital Kuala Krai dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.

Berita 2: Penganggur mengaku kelar isteri
Wartawan
Sinar Harian
EREMBAN – Seorang penganggur mengaku bersalah
di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bertindak kejam mengelar
isterinya menggunakan pisau lipat dalam kejadian November lalu.
Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, yang memakai pakaian lokap oren kelihatan tenang semasa membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Anita Harun selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Bagaimanapun, keputusan hukuman ditangguhkan sehingga 13 Januari ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan fakta kes.
Mengikut kertas pertuduhan, dalam kejadian kira-kira 7 malam di Blok A Ampangan, Seremban, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nor Haffazalina Mohd, 30, menggunakan pisau.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat selepas isterinya dikatakan meminta cerai.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap suaminya yang kerap keluar masuk penjara.
Nor Haffazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan menyebabkannya menerima 80 jahitan ekoran perlakuan.

Berita 3: Padah ingkar suami
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
Kuala Lumpur: Berang isterinya keluar rumah tanpa izin, seorang
lelaki bertindak kejam dengan menoreh muka wanita terbabit menggunakan pisau
lipat di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun menerima lapan jahitan di muka
dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin
suaminya berusia 30 tahun untuk pulang ke rumah ibunya di Batu Caves, namun
permintaan itu ditolak.
“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.

“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit pulang sebelum mendapati isterinya tiada lalu bergegas mencarinya,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika berlegar-legar mencari, lelaki itu menemui isterinya di dalam sebuah teksi di Jalan Munshi Abdullah sebelum menahan kenderaan terbabit.