Tuesday, October 2, 2012

Sedikit peringatan dari Datuk Mohd Zawawi Yusof: Kekuatan iman mampu jadi ejen perubahan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, bertemu kita sekalilagi  di medan siber ini dan di doakan saudara dan saudari sentiasa   bersemangat untuk memahami dan meyakini segala perintah  Allah SWT keatas kita sebagai makluk ciptaanNya….

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Di sini saya ingin berkongsi catatan Ustaz Datuk Mohd Zawawi Yusof berkaitan dengan keimanan dan kaitannya dengan kehidupan kita. Input sebegini boleh kita murnikan dengan pendidikan hati kita…

 
IMAN mampu mengubah manusia untuk sentiasa merasai diri diperhati Allah. Mari kita renungi contoh iman meresap di dalam hati.

Ia berlaku ketika Khalifah Umar berdialog dengan remaja penjaga kambing untuk mengujinya. 

Pada satu hari, Umar berkata kepada si penjaga kambing, “Saya mahu beli kambing, bolehkah saya membuat bayaran kepada kamu tanpa berurusan dengan pemilik kambing ini?”

Jawab si penjaga kambing. “Tidak boleh, tuan perlu berurusan terus dengan pemiliknya.”

Khalifah Umar mendesak, terus menguji. “Jika kamu jual, pemilik kambing ini tidak tahu malah kambing beranak ke, mati ke, dia tidak kira. Kamu ambil duit jualan ini pun, pemilik kambing tidak tahu.”



Apakah jawapan penjaga kambing yang mendapat percikan keimanan itu? “Saya sebagai penjaga amanah tidak boleh khianat, walaupun tuan saya tidak lihat perbuatan saya tapi Tuhan tuan saya Maha Melihat?”

Ya Allah, Subhanallah, itulah jawapan keimanan yang membuatkan Umar menangis kerana terlalu gembira rakyatnya mempunyai akidah, tidak sanggup menipu dan tidak pecah amanah kerana dibentengi keimanan. 
Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Iman yang mendalam pasti mengutamakan Allah lebih daripada segala-galanya dan sanggup mengabaikan kemahuan sendiri. Apabila sesuatu perbuatan itu kelihatan mulia di matanya, tapi hina di sisi Allah, mereka tetap memandang perbuatan itu hina.

Jadi bagaimana cara hendak memupuk iman supaya mampu menjadi ejen perubahan?
Pertama, memupuk iman bermula dengan ilmu, sebab ilmu lebih tua daripada iman. Allah berfirman yang bermaksud: “Ketahuilah tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah”. Allah mulakan dengan perkataan ketahuilah, maknanya berilmulah, selepas itu barulah Allah sebut “tiada Tuhan yang berhak disembah selain Allah.” 

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Ilmu pertama mesti dipelajari adalah ilmu tauhid. Ilmu tauhid terbahagi kepada tauhid rububiyah dan tauhid uluhiyah. Tauhid rububiyah mengakui Allah sebagai pencipta, Allah sebagai pentadbir dan tiada suatu pun yang berlaku atas muka bumi ini melainkan dicipta Allah.

Sihat, sakit, hidup, mati, lapar, kenyang, dahaga, nikmat, malapetaka, semuanya adalah urusan Allah. Tauhid rububiyah mengajar manusia supaya tidak memandai-mandai mencipta peraturan.

Alam ini milik Allah, wajah, badan, aurat dan harta milik Allah, sampai masa dan ketika semuanya pulang ke pangkuan Allah.

Kedua, tauhid uluhiyah bermaksud menjadikan Allah sebagai Tuhan yang disembah, Tuhan tempat memohon, tempat bergantung dan segala-galanya.

Tauhid inilah yang menjadi penguat insan supaya menjadikan manusia patuh dan setia kepada Tuhan dan mengikut segala suruhan dan larangan-Nya.

Ia menjadi sebab kejadian manusia sebagaimana firman Allah yang bermaksud: “Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepada-Ku.” Dan ia juga menjadi sebab perutusan rasul.

Allah berfirman yang bermaksud, “Sesungguhnya Kami mengutuskan setiap umat itu rasul yang mengajak manusia supaya menyembah Allah dan menjauhkan taghut.”

Di samping ilmu tauhid, ilmu syariat mesti diperdalamkan sebagai pengikat kepada keperibadian Muslim. Ia mengandungi lima hukum iaitu wajib, sunat, makruh, harus, haram.

Wajib maknanya apabila dibuat dapat pahala, kalau ditinggalkan berdosa besar. Orang Islam mesti buat. Sunat pula, jika dibuat dapat pahala, ditinggalkan Allah tak suka. Maka umat Islam patut buat.

Harus pula maknanya buat tak apa, tak buat pun tidak berdosa. Terserah kepada kita, nak buat atau tidak. Makruh maknanya kalau buat Allah tak suka tapi tak berdosa, kalau tak buat dapat pahala.

Orang Islam patut tak buat. Haram maknanya kalau buat dosa besar, kalau tak buat pahala besar. Orang Islam mesti tak buat. Semua hukum itu bukannya untuk mengongkong orang Islam, tapi mereka perlu terikat dengan syariat, barulah ada peraturan.

Kalau tak terikat, terlalu bebas sama seperti orang Barat. Bebas hingga terbabas. Ingatlah, apabila sempurna hubungan dengan Allah, sempurnalah hidup kita.

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Sekian, semoga catatatan dan nasihat di atas dapat membantu kefahaman kita dan kaitkan keimanan dengan segala aktiviti harian kita…

Wassalam dan maaf di pinta..

Rujukan catatan Datuk Mohd  Zawawi Yusof HM

Tuesday, September 4, 2012

Renungan Alquran/hadith ...pakaian utk tabarruj

Bismillahirrahmanirrahim
Rasullullah SAW bersadda yang bermaksud...
"dua golongan yang tidak pernah ku lihat saperti mereka berdua , iaitu orang orang yang membawa cemeti saperti ekor ekor sapi.ereka mencambuki manusia dengan cemeti itu. Dan wanita yang berpakaian namun terlanjang ,berlenggak lengok dan menggoyangkan kepalanya saperti punuk unta yang bergoyang goyang. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya. Sesunguhnya bau syurga itu bisa di cium dari jarak perjalanan begini dan begini" (HR Muslim)

semoga membantu
wassalam

Tuesday, July 31, 2012

Pesanan Prof Yusuf Al Qardawi..di bulan Ramadhan

Assalamualaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Marilah kita memelihara diri kita, lidah kita, dua mata kita, dua tangan kita, dua kaki kita, semua anggota kita supaya tidak menyentuh perkara yang haram dan tidak melakukan perkara yang haram.

Cubalah kita membersihkan diri kita di bulan yang mulia ini. Sesungguhnya bulan ini merupakan bulan untuk mensucikan diri kita. Allah telalah memberikan kita peluang demi peluang untuk kita membersih diri....

Jadi mengapakan hati kita terlalu keras untuk menggunakan peluang yang diberikan oleh Pencipta kita..

Monday, July 30, 2012

Tazkirah Ramadhan...sedikit peringatan Prof Dr Yusof Al Qardawi

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Alhamdullillah, Allah SWT telah mengizinkan kita melalui 10 hari , fasa pertama di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Marilah kita muhasabah diri setelah  pusingan saringan 10 hari telah berlalu..mereka yang berjaya ke separuh akhir di ucapkan tahniah...antara tanda-tanda mereka yang berjaya ialah amalan mereka telah meningkat, ketakutan pada azab Allah juga meningkat, nafsu semakin terdidik dll. Sama-sama lah kita berdoa agar kita tergolong di dalam golongan yang berjaya ini kerana keputusan mereka yang berjaya hanya ada pada pengetahuan Allah SWT jua.

Untuk tazkirah ringkas ini, marilah kita merenungi sabda Rasullullah SAW yang bermaksud...
Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa nya yang terdahulu..Muttafakun 'alihi drp hadith Abu Hurairah

Sabda Rasullullah SAW  lagi yang bermaksud..

Barang siapa yang bangun mengerjakan sembahyang sunat di dalam bulan Ramadhan  dengan penuh keimanan dan keikhlasn mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa- dosanya yang terdahulu..Muttafakun 'alaihi hadith Abu Hurairah..

Jadi, dengan bulan Ramadhan yang masih berbaki 20 hari ini, marilah kita sama-sama memberi keutamaan kepada masa yang akan kita lalui, cubalah merancang dengan sebaik-mungkin dan bersedialah untuk memburu lailatulqadar...

Sekian, semoga tazkirah ini dapat membantu diri, keluarga dan kawan-kawan.. ..
Maaf dipinta, selamat menjalani ibadah puasa....

Wassalam

Sunday, April 22, 2012

Nasihat Ibnul Jauzi: Juallah duniamu dengan Akhiratmu...

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudari dan suadari yang dimuliakan
Syukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan kita kembali di alam siber ini..mudah mudahan Allah mudahkan kita untuk mendidik hati hati kita supaya sedar tentang tanggungjawab kita di dunia yang sementara ini..Marilah kita menjadikan dunia ini sebagai jambatan menuju Akhirat..InsyaAllah.

Ibnul Jauzi mengajak kita supaya selalu bertaubat dan menangisi dosa dosa kita. Mudah-mudahan hubungan kita dengan Allah kembali seperti sedia kala. Renungilah masa lampau kita, muhasabahlah diri kita..mungkin selama ini kita terlalu meletakkan matlamat dunia di dalam kehidupan kita. Marilah kita menilai diri  dan kembalilah kepada Pencipta kita.

Saudara dan saudari
Iman Hasan al Basri mengingatkan kita..
Wahai anak cucu Adam, engkau mempunyai dua pilihan iaitu dunia dan akhirat. Maka janganlah engkau mementingkan duniamu daripada akhiratmu. Demi Allah, aku telah melihat beberapa kaum yang lebih mementingkan dunia daripada akhirat mereka, lalu mereka binasa,hina dan hancur.

Wahai anak cucu Adam....
Juallah duniamu dengan akhiratmu, nescaya engkau akan memperoleh keuntungan dari keduanya. jangan menjual akhiratmu dengan dunia mu, kerana engkau akan rugi dari keduanya.

Wahai anak cucu Adam.....
janganlah kita bersedih kerana kehilangan dunia disaat telah siap sebuah tempat indah di akhirat buatmu. Apakah bergunanya kemewahan dunia itu apabila engkau di halangi dari kebaikan Akhirat?

Wahai anak cucu Adam....
Dunia ini adalah binatang tunggangan. Jika engkau menaikinya maka ia akan membawamu, tetapi jika engkau di naikinya maka ia akan membunuhmu.

Wahai anak cucu Adam......
Jangan engkau tambatkan hatimu pada dunia, sebab engkau akan di selimuti oleh keburukannya. Cukuplah bagimu dengan sedikit bahagian dunia itu yang dapat membawamu ketempat tujuanmu yang abadi...

Saudara dan saudari...
Semoga entri di atas dapat memberikan kita sedikit peringatan kepada hati hati yang lalai ini. Peringatan tentang Akhirat mengingatkan tentang kampung abadi yang kita pasti akan pulang kesana. Peringatan ini juga membuatkan kita lebih bersemangat untuk mencari bekalan secukupnya didunia..Disini kita beramal,  di akhirat sana kita dihisab dan diazab. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak dan mulailah dari sekarang......
Berdoalah kita  bersama sama dan memohon pertolongan Allah..

Sekian, maaf dipinta dan Wassalam

Rujukan
Kitab Ibnul Jauzi

Friday, March 16, 2012

Marilah tingkatkan kemampuan kita untuk ke masjid....

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm

Saudari dan saudari yang dimuliakan

Alhamdullillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nyawa dan segalanya untuk kita meneruskan kehidupan kita..kita renunglah dimana akhir akhir ini, kita dapati dari pelbagai berita tentang ramai kanak kanak yang masih terlalu muda usianya  Allah SWT telah ambil nyawa mereka...oleh itu hargailah kehidupan kita dan buatlah yang terbaik untuk menepati piawaian atau KPI Allah SWT...menjadi hamba dan sentiasa beribadah kepada Nya...tetapi disebabkan kelemahan kita ,buat kita hanya fokus kepada piawaian manusia...melayani hawa nafsu kita tak pernah puas...

Pada  kali ini saya ingin mengajak diri dan saudara terutama kaum lelaki untuk tingkatkan kemampuan untuk kita berusaha melaksanakan solah kita di masjid..
Ingatlah hadith Rasullullah SAW yang bermaksud...

Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf pertama  dan tidak akan mendapatnya melainkan dengan mencabut undi maka mereka akan mencabut undi untuk mendapatkan kelebihannya, dan sekiranya manusia mengetahui besarnya ganjaran solah zohor diawal waktu nescaya mereka akan berlumba lumba mendapatkannya dan jika mereka mengetahui ganjaran Isyak dan Subuh nescaya mereka akan mendatanginya walau pun dalam keadaan merangkak [HR Bukhari dan Muslim] 


Oleh itu mengapakah kita masih lagi merasai kehidupan kita dan ikatan hati kita dengan masjid macam biasa saja..tidak kita rasai sebagaimana hubungan kita di dalam mengejar habuan dunia...kita sanggup mengorbankan segala tenaga dan masa untuk ganjaran yang sementara..tetapi tidak menghiraukan langsung tawaran dari Allah SWT...

Saudara dan saudari

Ayuhlah kita bersegeralah melakukan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah...Renungkan juga pesanan Rasulullah SAW ...
"Mahukah kamu aku tunjukkan suatu amalan yang boleh menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat? Para sahabat bertanya" Ya wahai Rasulullah! Baginda memberitahu mereka antara amalan itu adalah banyak melangkah ke masjid [HR Muslim]


Oleh itu, dikala kita masih diberikan lagi kesihatan, boleh melihat, boleh bergerak, kaki dan lutut masih kuat....melangkahkan ke rumah Allah SWT...carilah alasan untuk boleh pergi dan elakan bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa hendak menghalang kita untuk membuat kebaikan...

Sekian, semoga sedikit peringatan ini dapat membantu kita untuk berusaha memperbaiki amalan kehidupan kita.  Maaf dipinta

Wasalam

Thursday, March 1, 2012

Renungi Asbabun Nuzul ayat 9 surah Al Hasyr.....sebab mengapa Allah turunkan ayat Alquran...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Syukur pada Allah kerana sekali lagi kita diberi kesempatan untuk bertemu di alam siber. Pada kali ini marilah kita sama sama merenungi asbabun Nuzul ayat 9..surah al Hasyr...iaitu kenapa diturun ayat yang bermaksud antara lain..
"...dan mereka mengutamakan (muhajirin) atas dirinya sendiri, meskipun mereka juga memerlukan........

Abu Hurairah berkata paada suatu hari, seaorang mendatangi Rasulullah SAW dan berkata " Rasulullah aku kelaparan, Rasul pun menanyakan persediaan makanan kepada para isteri beliau. Namun mereka memberitahu  bahawa  tak ada makanan sama sekali. Lalu Rasulullah berkata pada para shabatnya "semoga Allah merahmati siapa pun diantara kalian yang mahu menjamunya malam ini. " aku akn menjamunya ya Rasulullah" kata  seorang sahabat ansar. Ia pun pulang dan berkata pada isterinya Berikan makanan pada tamu Rasulullah ini" demi Alllah , makanan ini hanya cukup untuk anak anak kita, jawb isterinya. Jika anak kita lapar tidurkanlah mereka dan padamkan lampu. Biarlah kita menahan lapar pada malam ini" pesan shabat tadi. Siisteri pun melakukan pesan suaminya itu. Atas peristiwa ini lah Alah menurunkan ayat 9 ini. (HR Bukhairi)

jadi marilah kita merenung diri kita sejauhmana kita medahului kehendak Allah dan RasuNya lebih dari kita menyintai diri kita..itulah antara sebab yang mengiktiraf para shabat Rasullulah SAW sebagai umah yang terbaik.

Sekian,maaf dipiata.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...