Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang dimuliakan
Alhamdullillah, Allah SWT telah mengizinkan kita melalui 10 hari , fasa pertama di bulan Ramadhan Al Mubarak ini. Marilah kita muhasabah diri setelah pusingan saringan 10 hari telah berlalu..mereka yang berjaya ke separuh akhir di ucapkan tahniah...antara tanda-tanda mereka yang berjaya ialah amalan mereka telah meningkat, ketakutan pada azab Allah juga meningkat, nafsu semakin terdidik dll. Sama-sama lah kita berdoa agar kita tergolong di dalam golongan yang berjaya ini kerana keputusan mereka yang berjaya hanya ada pada pengetahuan Allah SWT jua.
Untuk tazkirah ringkas ini, marilah kita merenungi sabda Rasullullah SAW yang bermaksud...
Barangsiapa yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa-dosa nya yang terdahulu..Muttafakun 'alihi drp hadith Abu Hurairah
Sabda Rasullullah SAW lagi yang bermaksud..
Barang siapa yang bangun mengerjakan sembahyang sunat di dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasn mengharapkan keredhaan Allah, maka Allah akan mengampunkan dosa- dosanya yang terdahulu..Muttafakun 'alaihi hadith Abu Hurairah..
Jadi, dengan bulan Ramadhan yang masih berbaki 20 hari ini, marilah kita sama-sama memberi keutamaan kepada masa yang akan kita lalui, cubalah merancang dengan sebaik-mungkin dan bersedialah untuk memburu lailatulqadar...
Sekian, semoga tazkirah ini dapat membantu diri, keluarga dan kawan-kawan.. ..
Maaf dipinta, selamat menjalani ibadah puasa....
Wassalam
No comments:
Post a Comment