Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudari dan suadari yang dimuliakan
Syukur kepada Allah SWT kerana mempertemukan kita kembali di alam siber ini..mudah mudahan Allah mudahkan kita untuk mendidik hati hati kita supaya sedar tentang tanggungjawab kita di dunia yang sementara ini..Marilah kita menjadikan dunia ini sebagai jambatan menuju Akhirat..InsyaAllah.
Ibnul Jauzi mengajak kita supaya selalu bertaubat dan menangisi dosa dosa kita. Mudah-mudahan hubungan kita dengan Allah kembali seperti sedia kala. Renungilah masa lampau kita, muhasabahlah diri kita..mungkin selama ini kita terlalu meletakkan matlamat dunia di dalam kehidupan kita. Marilah kita menilai diri dan kembalilah kepada Pencipta kita.
Saudara dan saudari
Iman Hasan al Basri mengingatkan kita..
Wahai anak cucu Adam, engkau mempunyai dua pilihan iaitu dunia dan akhirat. Maka janganlah engkau mementingkan duniamu daripada akhiratmu. Demi Allah, aku telah melihat beberapa kaum yang lebih mementingkan dunia daripada akhirat mereka, lalu mereka binasa,hina dan hancur.
Wahai anak cucu Adam....
Juallah duniamu dengan akhiratmu, nescaya engkau akan memperoleh keuntungan dari keduanya. jangan menjual akhiratmu dengan dunia mu, kerana engkau akan rugi dari keduanya.
Wahai anak cucu Adam.....
janganlah kita bersedih kerana kehilangan dunia disaat telah siap sebuah tempat indah di akhirat buatmu. Apakah bergunanya kemewahan dunia itu apabila engkau di halangi dari kebaikan Akhirat?
Wahai anak cucu Adam....
Dunia ini adalah binatang tunggangan. Jika engkau menaikinya maka ia akan membawamu, tetapi jika engkau di naikinya maka ia akan membunuhmu.
Wahai anak cucu Adam......
Jangan engkau tambatkan hatimu pada dunia, sebab engkau akan di selimuti oleh keburukannya. Cukuplah bagimu dengan sedikit bahagian dunia itu yang dapat membawamu ketempat tujuanmu yang abadi...
Saudara dan saudari...
Semoga entri di atas dapat memberikan kita sedikit peringatan kepada hati hati yang lalai ini. Peringatan tentang Akhirat mengingatkan tentang kampung abadi yang kita pasti akan pulang kesana. Peringatan ini juga membuatkan kita lebih bersemangat untuk mencari bekalan secukupnya didunia..Disini kita beramal, di akhirat sana kita dihisab dan diazab. Oleh itu buatlah pilihan yang bijak dan mulailah dari sekarang......
Berdoalah kita bersama sama dan memohon pertolongan Allah..
Sekian, maaf dipinta dan Wassalam
Rujukan
Kitab Ibnul Jauzi

No comments:
Post a Comment