Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm
Saudari dan saudari yang dimuliakan
Alhamdullillah syukur kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nyawa dan segalanya untuk kita meneruskan kehidupan kita..kita renunglah dimana akhir akhir ini, kita dapati dari pelbagai berita tentang ramai kanak kanak yang masih terlalu muda usianya Allah SWT telah ambil nyawa mereka...oleh itu hargailah kehidupan kita dan buatlah yang terbaik untuk menepati piawaian atau KPI Allah SWT...menjadi hamba dan sentiasa beribadah kepada Nya...tetapi disebabkan kelemahan kita ,buat kita hanya fokus kepada piawaian manusia...melayani hawa nafsu kita tak pernah puas...
Pada kali ini saya ingin mengajak diri dan saudara terutama kaum lelaki untuk tingkatkan kemampuan untuk kita berusaha melaksanakan solah kita di masjid..
Ingatlah hadith Rasullullah SAW yang bermaksud...
Sekiranya manusia mengetahui betapa besarnya ganjaran yang terdapat pada seruan azan dan saf pertama dan tidak akan mendapatnya melainkan dengan mencabut undi maka mereka akan mencabut undi untuk mendapatkan kelebihannya, dan sekiranya manusia mengetahui besarnya ganjaran solah zohor diawal waktu nescaya mereka akan berlumba lumba mendapatkannya dan jika mereka mengetahui ganjaran Isyak dan Subuh nescaya mereka akan mendatanginya walau pun dalam keadaan merangkak [HR Bukhari dan Muslim]
Oleh itu mengapakah kita masih lagi merasai kehidupan kita dan ikatan hati kita dengan masjid macam biasa saja..tidak kita rasai sebagaimana hubungan kita di dalam mengejar habuan dunia...kita sanggup mengorbankan segala tenaga dan masa untuk ganjaran yang sementara..tetapi tidak menghiraukan langsung tawaran dari Allah SWT...
Saudara dan saudari
Ayuhlah kita bersegeralah melakukan sesuatu untuk mencari keredhaan Allah...Renungkan juga pesanan Rasulullah SAW ...
"Mahukah kamu aku tunjukkan suatu amalan yang boleh menghapuskan dosa dan meningkatkan darjat? Para sahabat bertanya" Ya wahai Rasulullah! Baginda memberitahu mereka antara amalan itu adalah banyak melangkah ke masjid [HR Muslim]
Oleh itu, dikala kita masih diberikan lagi kesihatan, boleh melihat, boleh bergerak, kaki dan lutut masih kuat....melangkahkan ke rumah Allah SWT...carilah alasan untuk boleh pergi dan elakan bisikan nafsu dan syaitan yang sentiasa hendak menghalang kita untuk membuat kebaikan...
Sekian, semoga sedikit peringatan ini dapat membantu kita untuk berusaha memperbaiki amalan kehidupan kita. Maaf dipinta
Wasalam

Asm
ReplyDeleteBerhati hati menjalani kehidupan yg sementara ini