Saudara-saudari
yang di muliakan
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamu’alaikum
wm
Sedikit
kata-kata hikmah dari internet yang boleh kita fikirkan untuk mendidik hati
kita….cuba renungkan
• Menangisi perpisahan akibat gagal
bercinta adalah satu pembaziran mutiara jernih kita dan juga menguji sejauh
mana kebodohan kita tetapi dengan menangisi dan menyesali akan dosa kita lantas
meminta pengampunan dariNya akan lebih menjamin dunia dan akhirat
• Ajaran seorang ayah dan ibu seperti
karangan bunga yang indah bagi kepalamu dan suatu kalungan bagi lehermu
• Sesungguhnya hati orang yang bodoh itu
ada di mulutnya tetapi hati orang yang bijaksana ada di hatinya
• Setitik air boleh membelah batu bukan
kerana derasnya tetapi dengan seringnya ia menitik
• Semakin jauh kita cuba lari dari
menyelesaikan masalah, semakin dekat ianya datang menghampiri kita…
• Tingkahlaku adalah umpama cermin dalam
mana setiap orang mempamerkan imejnya
• Jangan berbangga dengan pujian teman
kerana sebalik pujian terdapat satu kejian
• Perkataan yang lemah lembut itu
melembutkan hati yang lebih keras dari batu batu dan perkataan yang kasar akan
mengasarkan hati yang lebih halus dari sutera
• Seandainya kita tidak dapat menjadi
garam yang dapat menahan daging daripada busuk, janganlah kita menjadi langau
yang membusukkan daging
• Kemuncak segala dosa ialah bohong. Dua
perkara yang sentiasa mengiringi bohong ialah banyak berjanji dan banyak
memberi alasan
• Jangan malu memberikan sedikit, kerana
pemberian sedemikian lebih baik daripada tidak memberi sama sekali
• Kegagalan pertama, tidak ianya terus gagal:
tetapi ianya kan membangkitkan cita cita yang bersemangat lagi teguh bagi
sesiapa yang pernah mengalaminya
• Orang sibuk sebenarnya tidak cekap,
orang yang cekap tidak sibuk
• Orang yang sibuk selalunya nampak
bising, orang bekerja diam diam sahaja
Rujukan
Tazkirah.wordpress
No comments:
Post a Comment