Tuesday, January 25, 2011

Akhlak kita sesama manusia......

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim



Perkara yang paling utama sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini ialah kita menjaga akhlak kita dengan Allah SWT..Di sini,  kita tidak ada pilihan langsung kerana Allah SWT lah yang menciptakan kita dan memberi segala kemudahan untuk kita hidup di dunia di dalam waktu yang di tetapkan. Sampai masa nya kita akan di jemput pulang untuk di hisab dan diazab.....


Namun begitu atas dasar kita berakhlak dengan Allah ini  jualah kita wajib berusaha untuk menjaga akhlak kita sesama manusia.
Secara ringkas antaranya.....

  • Mengasihinya sebagaimana kita mengasihi diri kita sendiri
  • Merasa gembira di atas kegembiraannya dan tumpang berdukacita kerana kedukacitaannya
  • Menginginkan kebahagiaan untuknya disamping berharap agar kecelakaan menjauhinya
  • Benci kepada kejahatannya tetapi kesihan pada dirinya hingga timbul perasaan untuk menasihatinya.  Pemurah padanya dan bertolak ansur dengannya.
  • Mengenang jasanya dan berusaha membalasinya kerana Allah
  • Memaafkan kesalahannya dan sanggup meminta maaf atas kesalahan padanya
  • Kebaikan disanjung dan diikut, kejahatannya dinasihati dan dirahsiakan. Lapang dada berdepan dengan ragam manusia.
  • Baik sangka dengan orang Islam dan tawaduk dengan manusia
Inilah antara bentuk-bentuk  akhlak kita sesama manusia.  Sudah semestinya akhlak di atas patut kita praktikan dahulu terhadap anggota keluarga kita yang terdekat...terhadap ibubapa, kita, isteri atau suami kita , anak-anak kita, saudara mara kita, kaum kerabat , sahabat ,rakan sepejabat dan sebagainya.

Namun begitu bukan lah mudah untuk mempraktikannya di dalam kehidupan kita tapi mintalah bantuan Allah SWT.
Ingatlah akan firman Allah yang bermaksud....

 "Mintalah bantuan dalam urusan mu dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang dimikian itu adalah sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang khusuk"

Sekian, semoga Allah SWT memudahkan urusan kebaikan kita.

Wasalam

Rujukan Tips menjadi insan yang tabah.......










2 comments:

  1. sabda Rasulullah: zikir yang paling digenari Allah yang akan memberatkan timbangan mizan di akhirat:
    Subhanallah wabihamdih. paling mudah dan boleh dilakukan bila2 masa sahaja.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum wm

    Terima kasih di atas cadangan yang simple dan memang tak ada alasan untuk kita buang masa dengan sia-sia...cthnya Istighfar.. Rasulullah SAW buat 70 atau 100 kali sehari...kita yang banyak dosa ini...selalu lupa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...