Saudara dan saudari yang dimuliakan
Sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah kerana dapat kita bersua di alam siber…mudah-mudahan Allah mudahkan kita untuk mendidik hati-hati kita yang sentiasa membolak-balik ini…Ingatlah satu dosa atau maksiat yang kita buat akan meletakkan titik hitam pada hati kita….bayangkan sekira banyak titik-titik hitam yang menyelubungi hati kita…akaibatnya susahlah hidayah Allah nak masuk…nasihat manusia pun tak akan hinggap dan akhirnya kita semakin jauh dari Allah ..Nauzubillah…bertaubat lah segera..Namun begitu jika hati ini masih suka kepada kebaikan, Allah akan membantu dan melindungi kita dari godaan Iblis dan Syaitan…..
Saudara dan saudari,
Saya rasa terpanggil untuk berbincang sedikit tentang masalah rumah tangga kita setelah terbaca paparan di bawah ini….Ia merupakan satu peristiwa diantara banyak lagi yang berlaku saban hari di dalam masyarakat kita….amat menyedihkan…
9 anak 'buang' ibu kuat makan
JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.
Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.
Saudara dan saudari
Pekerjaan kita untuk mencari rezeki di dunia ini sedikit sebanyak amat berkaitan rapat dengan kebahagiaan rumah tangga…Sabenarnya inilah yang diidam-idamkan oleh semua keluarga…Di dalam cerita di atas sekiranya ibu itu mengetahui inilah balasan yang ia akan daripada membesarkan anak-anak , maka sudah tentu ia tidak mahu langsung melahirkan anak-anak tersebut….tetapi suratan dan musibah ini siapa yang tahu akan berlaku kepada kita…Setiap musibah yang berlaku tentulah ada sebabnya….Allah berfirman didalam Surah Asy-Syura: 30 “ Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” Dalam banyak hal muhasabahlah diri kita sekiranya Allah menimpakan musibah dalam pelbagai bentuk ke atas diri kita….mungkin di sana sini ada sesuatu yang kita buat tidak menetapi kehendak Allah…
Saudara dan saudari
Untuk lebih produktif di tempat kerja atau tempat belajar kita, berusahalah bersungguh-sungguh untuk kita membina rumahtangga yang dikehendaki oleh Allah swt…
Islam datang untuk mendorong kita untuk membina keluarga dan rumah tangga yang baik. Islam menggambarkan rumah tangga sebagai nikmat dari Allah dan mengajak kita agar memberi komitmen pada rumah tangga kita.
Kita diingatkan bahawa kehidupan rumah tangga menjadi kehidupan yang sangat membahagiakan bila mana kita menjauhikan diri dari segala yang di murkai oleh Allah…jadi awasi lah punca-punca maksiat yang mungkin ada di dalam rumah tangga ….termasuklah alatan teknologi moden..
Islam mewajibkan kepada kaum lelaki untuk menjaga dan memelihara rumahtangga dan urusan ini merupakan tanggungjawabnya….ini amatlah berat pada kaum lelaki yang mana ini termasuklah mengajar akhlak dan agama kepada ahli keluarga mereka..Isteri perlu juga membantu apatah lagi dalam era moden yang mendidik anak, amatlah sukar sekali…punca maksiat dan mungkar datang masuk ke rumah kita… TV , komputer, talipon bimbit dan sebagainya…awasilah kita dan keluarga kita dari bencana ini…
Saudara dan saudari
Ingatlah akan Firman Allah di dalam surah At Tahrim: 6 “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakar nya adalah manusia dan batu”
Begitu juga dengan pesanan Rasullullah SAW kepada kita antaranya “ Perintah lah anak-anak kalian untuk mengerjakan solat apabila umur mereka 7 tahun dan pukul lah mereka (sekiranya mereka tidak mahu mengerjakannya) apabila mereka berumur 10 tahun…, …
Inilah sabenarnya yang perlu di ambil perhatian di dalam mendidik hati kita sebagai ibubapa dan juga bakal ibubapa…, cara-cara untuk mendidik akhlak anak-anak, pelajarilah ilmu yang berkaitan ini. Dengan usaha-usaha kita yang berterusan di samping sungguh-sungguh berdoa pada Allah..Allah akan elakkan kita daripada musibah yang berlaku berpunca dari ahli keluarga kita sendiri saperti yang dilaporkan di atas....
Sesungguhnya produktiviti di tempat kerja kita bergantung rapat dengan ketenangan di rumah tangga kita…semua orang sudah tentunya mempunyai pengalaman ini….Bersamalah kita berusaha sebaik mungkin dan kita masih belum terlambat..
Kebenaran itu dari Allah jua dan maaf di pinta diatas kesilapan…
Tangguh dengan tasbih kafarah dan suratul Ars
Wassalam…
No comments:
Post a Comment