Manusia insan lemah perlu di bimbing diperingkat mana pun usia kita…Kerana apa? Kerana selagi kita bernafas selagi itulah kita akan menghadapi masalah yang datang di dalam pelbagai bentuk termasuk peristiwa-peristiwa ngeri dan sedih yang kita tidak jangkakan….
Sebagai manusia yang lemah ini, kadang-kadang kita merasakan kegundahan di dalam diri kita seolah-olah kita terlibat di dalam perang Dunia, wal halnya kita sedang berada di tempat tidur…Tatkala, "peperangan" itu selesai, apa yang kita perolehi hanyalah luka didalam hati, perut, tekanan darah tinggi, rasa panas badan ,mata tak lelap walau pun di bilik air cond yang nyaman….Murung, sedih ....Kita selalu merasa terlibat secara langsung dengan semua peristiwa hidup yang berlaku terutama peristiwa yang kita tidak sukai..Maka pelbagai persoalan timbul di fikiran kita …Mengapa peristiwa ini berlaku pada kita…kenapa tidak orang lain…kenapa di usia sebigini berlaku…kenapa dan kenapa…akibatnya.kita selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tak berkesudahan..
Oleh itu, kita dinasihatkan janganlah meletakkan bola dunia di atas kepala kita sendiri. Biarlah semua peristiwa itu terjadi terutamanya peristiwa sedih dan menyakitkan terjadi dan jangan di simpan di dalam benak hati kita..Orang yang memiliki hati saperti bunga karang akan menyerap semua isu dan apa sahaja peristiwa hitam, pada hal semua ini akan hanya membuat hati kita dan perasaan KITA menjadi semakin tidak tenteram….Sikap ini sudah pasti akan mempengaruhi rutin dan aktiviti harian kita dalam mencari nafkah, bekerja atau belajar, berkeluarga….. yang akhirnya menggangu segala kegiatan kita yang lainnya..Mahukan kita merosakan kehidupan kita yang sementara ini...INGATlah AKAN HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH…
Marilah Kita berdoa supaya kita dapat menjiwai maksud kebenaran yang akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat pada hati untuk terus menguatkan keimanan kita..Sebalinya sekiranya kita gagal menguasai maksud kebenaran maka akibatnya akan bertambahlah goncangan ketakutan dalam diri kita. Sabenarnya, sekuatmana pun keberanian kita dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak bermanafaat sekiranya tanpa di iringi dengan KEIMANAN YANG KUKOH. Sesaorang pemberani yang sejati adalah orang yang memilik daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan..Inilah yang sukar sabenarnya tetapi pohon lah kekuatan dari Allah…Sedangkan sesaorang yang pengecut pula justeru akan menyembelihkan diri sendiri berulang-ulang kali, setiap hari dengan pedang ketidakpastian, kebimbangan , kesedihan, kemurungan, kemarahan, khayalan dan lain-lain lagi dengan bantuan nafsu dan syaitan…Oleh itu pohon dari Allah untuk dijauhi gangguan jin, syaitan , iblis dan manusia yang tidak pernah rihat untuk merosakan kehidupan kita….
Oleh yang dimikian buat lah pilihan sekarang , hendak sedih atau gembira , hendak kuat atau hendak lemah, hendak ikut nafsu ,syaitan atau IMAN, hendak jiwa tersiksa atau bahagia.. hendak gembira dengan keluarga atau hendak bersedih… hendak seronok berkawan atau bersahabat aatau hendak bermusuh ….ambillah neraca Allah…tanyalah Allah bukan logik akal atau nafsu semata-mata!
Ingatlah…sekitranya keimanan dan hati kita lemah kita tak dapat bertahan dengan goncangan hidup yang menimpa kita berkali-kali dalam kehidupan harian kita…Berdoalah semoga kita mendapat memiliki hati dan keimanan yang kuat yang sentiasa mendapat bantuan Allah dan yakin dengan janji Nya……
Gunalah penapis IMAN supaya hanya peristiswa yang dapat menyuburkan keimanan kita kepada ALLAH sahaja yang dapat masuk dan tersimpan di hati kita…
BERDOALAH...Ameen
Rujukan LA TAHZAN dan Suara pusat Islam Universiti….
No comments:
Post a Comment