Merenung alam dan makhluk ciptaan Allah disamping peristiwa semasa yang dapat meningkatkan keimanan kepada Allah dan mengingatkan dan mendidik hati dan diri tentang kehidupan dunia yang sementara ini.
Wednesday, March 19, 2014
Wednesday, February 5, 2014
PESAN NABI AKAN EMPAT HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN SEBOK DENGAN TUGAS HARIAN : Nasihat dari email kawanku…
PESAN NABI AKAN EMPAT
HAL SEBELUM TIDUR WALAUPUN SEBOK DENGAN TUGAS HARIAN : Nasihat dari email
kawanku…
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm...
Di doakan semoga kita semua di rahmati Allah...sedikit pesanan dan elok dijadikan panduan hati kita ...
Rasulullah berpesan
kepada siti Aisyah ra.
“ Ya, Aisyah! Jangan
engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :
1. Sebelum khatam
al-Quran
2. Sebelum menjadikan
para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin
meridhai engkau
4. Sebelum engkau
melaksanakan haji dan umrah
“Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah !
bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “
Rasulallah tersenyum dan
bersabda :
1. “Jika engkau akan
tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah
meng-khatamkan Al-Quran
” Bismillaahirrahmaa
nirrahiim,
‘Qul huallaahu ahad’
Allaah hussamad’
lam yalid walam yuulad’
walam yakul lahuu
kufuwan ahad’ ( 3x ) “
2. "Membacalah
shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan
memberimu syafaat di hari kiamat
“ Bismillaahirrahmaa
nirrrahiim, Allaahumma
shallii ‘alaa saiyyidina Muhammad wa’alaa aalii saiyyidina Muhammad ( 3x ) “
3. “Beristighfarlah”
untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau
“ Astaghfirullaah hal
'adziim al lazhii laa ilaaha illaa huwal hayyul qayyuum wa atuubu ilaih ( 3x )
4. Dan perbanyaklah
“bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah
melaksanakan ibadah haji dan umrah
“ Bismillaahirrahmaanirrahiim,
Subhanallaah Walhamdulillaah Walaa ilaaha illallaah hu wallah hu akbar ( 3x )
Sampaikanlah kepada
orang lain,
maka ini akan menjadi
Shadaqah Jariah pada setiap orang yang anda kirimkan pesan ini, dan apabila
kemudian dia mengamalkannya, maka kamu juga akan ikut mendapat pahalanya sampai
hari kiamat.... آمِيّنْ...
Sunday, January 19, 2014
Tiga sedutan berita yang menyedihkan kita..Isteri tersiksa dek perbuatan suami....
Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, syukur kehadrat
Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah
dan pelbagai nikmat yang lain…masih boleh bangun, berjalan , bercakap, melihat,
makan minum, solah, pergi mesjid, jumpa kawan, bermesra dengan keluarga dan
beribu-ribu lagi nikmat yang Allah berikan..
Namun begitu kita perlu ingat kita
perlu berusaha dan menjaga nikmat yang Allah bagi kepada kita ini ..contoh pada
kali ini ialah nikmat berkeluarga..nikmat berumahtangga, nikmat bersuami isteri…
Tiga berita yang saya bawakan ini
menunjukkan kepada kita bahawa sekiranya kita tidak melengkapkan diri untuk
memasuki alam berumahtangga dengan kefahaman Islam yang betul maka akan
berlakulah saperti yang tercatat di dalam berita yang menyedih ini…Suami
sepatutnya tempat berlindung tetapi menjadi alat penyiksa fizikal dan batin..
Oleh itu para suami ..renungilah
diri, perbaiki diri..dapatkan panduan yang baik dari sahabat, guru, kawan serta pebacaan yang baik saperti
tercatat di bawah ini dari pelbagai blog yang ada di alam siber….antaranya
rujukan:
1. Pasang niat dan berdoa menjadi suami terbaik.Tanpa berniat dan berdoa anda tidak mungkin jadi suami yang cemerlang. Ramai suami terlupa mengenai hal ini.
2. Jika sudah mendirikan rumah tangga, bersyukur kerana mempunyai pasangan.
Yakinlah isteri anda pasangan terbaik yang Tuhan tentukan bagi anda. Ketentuan Tuhan adalah yang terbaik.
3. Suami mithali menjadi kebanggaan isteri.
Pastikan anda membentuk sifat positif dan istimewa. Cuba tanya diri apakah sifat atau amalan yang boleh dibanggakan oleh isteri anda.
4. Pastikan anda ada masa berbual dengan isteri setiap hari.
Semua isteri bahagia apabila dapat berbual dengan suami. Berapa minit yang anda luangkan untuk berbual dengan isteri setiap hari?
5. Setiap hari pulang dengan senyuman dan bersemangat.
Apabila suami tersenyum, isteri dan anak-anak akan bahagia dan rahmat Tuhan akan turun. Senyumlah apabila sampai ke rumah.
6. Hadiah penghargaan.
Tidak salah sekiranya suami menghadiahkan isteri hadiah penghargaan di atas pengorbanan yang telah dilakukan sepanjang hidup bersama.
7. Membantu isteri di rumah.
Sebagai seorang suami, apa kata sekiranya turut membantu isteri anda memasak dan mengemas rumah dihujung minggu. Apabila bersalin, turut membantu memasak dan menyuapkan makanan kepada isteri dan menyusukan anak yang baru dilahirkan.
TIGA SEDUTAN BERITA YANG MENYEDIHKAN KITA….
Berita 1: Libas pedang samurai, terajang isteri
ROSALWANI
CHE SOH
KOTA
BHARU - Gara-gara berang dengan permintaan isterinya yang meminta kebenaran
untuk pulang ke rumah keluarga, awal pagi Rabu lalu, seorang peniaga sanggup
melibas pedang samurai dan menerajang isterinya sehingga cedera di Kampung
China, di sini.
Akibat tindakannya itu, isterinya mengalami kecederaan di tangan kanan, lebam di bahagian perut dan cedera di wajah selepas diperlakukan sedemikian oleh suaminya.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang pada mulanya bertengkar mulut dengan suaminya meminta untuk pulang ke rumah ibunya di Kubang Kerian, namun suaminya secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang samurai yang diletak di bahagian kaunter kedainya dan melibas pedang itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tindakan suami mangsa akhirnya menyebabkan tangan kanan mangsa terkena pedang dan takut dengan tindakan suaminya itu, dia cuba mencapai telefon bimbit untuk meminta pertolongan.
“Belum sempat mangsa membuat panggilan, dia kemudiannya disepak dan dipukul bertalu-talu dengan sarung pedang terbabit dan tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu, wanita itu bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta dan menuju ke rumah keluarganya di Kubang Kerian.
“Mangsa yang trauma dengan tindakan suaminya itu, dia kemudiannya dibawa bapanya ke rumah bekas adik ipar di Kuala Krai, bagi mengelakkan suspek datang ke rumah dan mencari mangsa,” katanya.
Azham berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, suaminya sering memukulnya sejak selepas setahun berkahwin namun tidak melaporkan kepada polis ekoran diugut suspek yang menyatakan mempunyai rangkaian kumpulan (geng) di luar.
“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek hanya diamkan diri kerana suspek sebelum ini pernah bertindak untuk mencederakan mangsa dengan pedang terbabit dan akan menembak ibu mangsa jika membuat laporan polis.
“Isteri suspek syaki suaminya terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah dari perlakuannya,” katanya.
Menurut Azham, mangsa dilaporkan stabil setelah terima rawatan di Hospital Kuala Krai dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
Akibat tindakannya itu, isterinya mengalami kecederaan di tangan kanan, lebam di bahagian perut dan cedera di wajah selepas diperlakukan sedemikian oleh suaminya.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, mangsa yang pada mulanya bertengkar mulut dengan suaminya meminta untuk pulang ke rumah ibunya di Kubang Kerian, namun suaminya secara tiba-tiba mengeluarkan sebilah pedang samurai yang diletak di bahagian kaunter kedainya dan melibas pedang itu.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, tindakan suami mangsa akhirnya menyebabkan tangan kanan mangsa terkena pedang dan takut dengan tindakan suaminya itu, dia cuba mencapai telefon bimbit untuk meminta pertolongan.
“Belum sempat mangsa membuat panggilan, dia kemudiannya disepak dan dipukul bertalu-talu dengan sarung pedang terbabit dan tidak tahan dengan kelakuan suaminya itu, wanita itu bertindak melarikan diri dengan menaiki kereta dan menuju ke rumah keluarganya di Kubang Kerian.
“Mangsa yang trauma dengan tindakan suaminya itu, dia kemudiannya dibawa bapanya ke rumah bekas adik ipar di Kuala Krai, bagi mengelakkan suspek datang ke rumah dan mencari mangsa,” katanya.
Azham berkata, hasil siasatan terhadap mangsa, suaminya sering memukulnya sejak selepas setahun berkahwin namun tidak melaporkan kepada polis ekoran diugut suspek yang menyatakan mempunyai rangkaian kumpulan (geng) di luar.
“Mangsa yang takut dengan ugutan suspek hanya diamkan diri kerana suspek sebelum ini pernah bertindak untuk mencederakan mangsa dengan pedang terbabit dan akan menembak ibu mangsa jika membuat laporan polis.
“Isteri suspek syaki suaminya terlibat dalam pengedaran dan penagihan dadah dari perlakuannya,” katanya.
Menurut Azham, mangsa dilaporkan stabil setelah terima rawatan di Hospital Kuala Krai dan dibenarkan pulang selepas menerima rawatan.
Berita 2: Penganggur mengaku kelar isteri
Wartawan
Sinar Harian
EREMBAN – Seorang penganggur mengaku bersalah
di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas tuduhan bertindak kejam mengelar
isterinya menggunakan pisau lipat dalam kejadian November lalu.
Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, yang memakai pakaian lokap oren kelihatan tenang semasa membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Anita Harun selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Bagaimanapun, keputusan hukuman ditangguhkan sehingga 13 Januari ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan fakta kes.
Mengikut kertas pertuduhan, dalam kejadian kira-kira 7 malam di Blok A Ampangan, Seremban, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nor Haffazalina Mohd, 30, menggunakan pisau.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat selepas isterinya dikatakan meminta cerai.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap suaminya yang kerap keluar masuk penjara.
Nor Haffazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan menyebabkannya menerima 80 jahitan ekoran perlakuan.
Mas Nurazslan Abdoll Mulop, 30, yang memakai pakaian lokap oren kelihatan tenang semasa membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Datin Anita Harun selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya.
Bagaimanapun, keputusan hukuman ditangguhkan sehingga 13 Januari ini bagi menunggu laporan perubatan mangsa dan fakta kes.
Mengikut kertas pertuduhan, dalam kejadian kira-kira 7 malam di Blok A Ampangan, Seremban, tertuduh dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Nor Haffazalina Mohd, 30, menggunakan pisau.
Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dikenakan hukuman penjara 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebat.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Kaiyisah Shukri, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang suami bertindak kejam dengan mengelar isterinya dengan menggunakan pisau lipat selepas isterinya dikatakan meminta cerai.
Mangsa dikatakan meminta cerai selepas tidak tahan dengan sikap suaminya yang kerap keluar masuk penjara.
Nor Haffazalina ditoreh di pipi, dahi, bibir dan tangan menyebabkannya menerima 80 jahitan ekoran perlakuan.
Berita 3: Padah ingkar suami
Oleh MOHD FIRDAUS IBRAHIM
Kuala Lumpur: Berang isterinya keluar rumah tanpa izin, seorang
lelaki bertindak kejam dengan menoreh muka wanita terbabit menggunakan pisau
lipat di Jalan Munshi Abdullah, di sini, kelmarin.
Dalam
kejadian jam 11.30 pagi, mangsa berusia 25 tahun menerima lapan jahitan di muka
dan kini masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Menurut sumber, kejadian bermula apabila mangsa meminta izin
suaminya berusia 30 tahun untuk pulang ke rumah ibunya di Batu Caves, namun
permintaan itu ditolak.
“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.
“Biarpun tidak diizinkan, si isteri nekad pulang ke rumah ibunya. Selepas suaminya keluar dari rumah, dia menghubungi teksi dan bergegas pulang ke rumah ibunya.
“Tidak lama kemudian, lelaki terbabit pulang sebelum mendapati isterinya tiada lalu bergegas mencarinya,” katanya.
Sumber itu berkata, ketika berlegar-legar mencari, lelaki itu menemui isterinya di dalam sebuah teksi di Jalan Munshi Abdullah sebelum menahan kenderaan terbabit.
Thursday, January 16, 2014
Marilah bertaubat kepada Allah SWT selagi masa masih ada……
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
wm
Saudara
dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah bertemu lagi kita di alam siber
ini..samada kita sedari atau tidak masa begitu pantas berlalu…kini kita telah
pun memasuki tahun baru hijrah 1435 dan masihi 2014…oh masa oh masa….
Dikesempatan yang terbatas ini mari lah sama-sama kita
muhasabah diri tentang apakah yang telah kita lakukan setahun yang lepas…sekiranya
ada amal kebajikan yang dapat kita laksanakan maka bersyukur dan berdoalah
semoga Allah terima amalan kita itu…kita hanya mampu mengharapkan rahmat Allah..TETAPI
sekiranya kita berbuat amalan-amalan yang dilarang oleh Allah ke atas kita maka…jangan
bertangguh lagi …cepat-cepatlah bertaubat, memohon keampunan daripada Allah
SWT dan meminta maaf kepada manusia selagi masa masih diberikan Allah kepada
kita…renungi lah hadith di bawah ini…
HADITS KEEMPATPULUH DUA
عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللهُ
عَنْهُ قَالَ : سَمِعْتُ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى الله عليه وسلم يَقُوْلُ : قَالَ
اللهُ تَعَالَى : يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ مَا دَعَوْتَنِي وَرَجَوْتَنِي
غَفَرْتُ لَكَ عَلَى مَاكَانَ مِنْكَ وَلاَ أُبَالِي، يَا ابْنَ آدَمَ لَوْ
بَلَغَتْ ذُنُوْبُكَ عَنَانَ السَّماَءِ ثُمَّ اسْتَغْفَرْتَنِي غَفَرْتُ لَكَ،
يَا ابْنَ آدَمَ، إِنَّكَ لَوْ أَتَيْتَنِي بِقُرَابِ اْلأَرْضِ خَطاَياَ ثُمَّ
لَقِيْتَنِي لاَ تُشْرِكْ بِي شَيْئاً لأَتَيْتُكَ بِقُرَابِهَا مَغْفِرَةً
[رواه الترمذي وقال حديث حسن صحيح ]
Terjemah Hadits / ترجمة الحديث :
Dari
Anas Radhiallahuanhu dia berkata: Saya mendengar Rasulullah Shallallahu’alaihi
wasallam bersabda: Allah Ta’ala berfirman: “Wahai anak Adam, sesungguhnya
Engkau berdoa kepada-Ku dan memohon kepada-Ku, maka akan aku ampuni engkau, Aku
tidak peduli (berapapun banyaknya dan besarnya dosamu). Wahai anak Adam
seandainya dosa-dosamu (sebanyak) awan di langit kemudian engkau minta ampun
kepada-Ku niscaya akan Aku ampuni engkau. Wahai anak Adam sesungguhnya jika
engkau datang kepadaku dengan kesalahan sepenuh bumi kemudian engkau menemuiku
dengan tidak menyekutukan Aku sedikitpun maka akan Aku temui engkau dengan
sepenuh itu pula ampunan “
(Riwayat
Turmuzi dan dia berkata : haditsnya hasan shahih).
Ya yakin
lah yang Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha penerima taubat malah sangat
suka kepada mereka yang cepat-cepat bertaubat dan berusaha supaya tidak
mengulangi lagi kesilapan yang lepas dengan penyesalan yang teramat sangat…
Sama-sama
lah berusaha kearah kebaikan….
Sekian..
Wassalam
Thursday, January 2, 2014
Maksiat di hujung usia: Ya Allah jauhilah daripada sifat begini….
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm
saudara dan saudari yang dimuliakan
Berita dibawah ini amat mendukacitakan kita semua. Sepatutnya mereka yang berumur menunjukkan contoh yang baik tetapi apa yang berlaku amat memalukan kita..mengapa ini terjadi..tidak takut dosa, dimanakan maruah keluarga...inilah akibat bertuhankan nafsu..oleh itu pengajaran bagi kita..binalah iman...didikan lah iman supaya iman itu dapat membimbing diri kita dikala susah dan senang..
Oleh Zuliaty Zulkiffli HM
Alor Setar: Seorang nenek yang mempunyai empat cucu dikatakan
sanggup meninggalkan suami dan anak-anaknya di Pulau Pinang semata-mata untuk
meraikan sambutan malam Tahun Baru 2014 bersama kekasihnya yang berstatus datuk
dua cucu untuk melepaskan kerinduan dengan bermalam di sebuah rumah tumpangan
di Simpang Kuala, di sini.
Dalam
serbuan kira-kira jam 2 pagi, nenek berusia 55 tahun itu dipercayai merancang
bertemu dengan pasangannya berusia 53 tahun itu untuk bermalam di sebuah bilik
rumah tumpangan itu pada malam sambutan berkenaan.
Bagaimanapun,
tindakan yang dilakukan mereka terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota
penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), dalam pemeriksaan di rumah
tumpangan itu.
Dalam
pemeriksaan itu, ketika diperiksa di dalam bilik berkenaan, pasangan itu
berpakaian lengkap dan wanita warga emas itu mengaku yang dia adalah ibu
tunggal, tetapi selepas disoal siasat didapati dia sudah mempunyai suami.
Penolong
Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi
Mahmud berkata, pihaknya menahan pasangan itu selepas mereka gagal menunjukkan
sebarang dokumen membuktikan mereka adalah suami isteri atau mahram.
Beliau
berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu dipercayai masih berstatus suami
dan isteri orang mengambil kesempatan sempena sambutan tahun baru untuk
berjumpa.
“Pasangan
itu adalah antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam
operasi sempena Tahun Baru malam kelmarin.
Monday, December 23, 2013
Wahai ibubapa…didik dan awasi lah anak kita..Semoga peristiwa ini Allah jauhkan daripada kita kerana terlalu berat untuk di pikul…Akibat Cinta murtad
Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum
wm
Saudara
dan saudari yang di muliakan
Peristiwa di bawah yang berlaku kepada saudara kita ini amat menyedihkan
dan cukup memilukan hati mereka yang bergelar ibu dan ayah. Mengapa ia terjadi
dan bagaimana nak mengelakkan daripada terjadi kepada kita semua. Masalah ini
hanya dapat diatasi dengan kembali kepada apa yang diperintahkan Allah kepada
kita..mengambil semua sistem atau hukum hukum Allah dalam semua aspek kehidupan
kita. Pendidikan ugama yang tak menyeluruh, sistem bertuhankan nafsu di biarkan
berluasluasa di muka bumi ini dll…maka berlakulah segala masalah yang dapat
kita saksikan saban hari di muka akhbar saperti satu contoh di bawah ini..
Jadi, kita tidak ada pilihan kecuali kembali kepada ajaran Al
Quran sepenuhnya dan ini telah di buktikan oleh Rasulullah SAW dengan mendidik
para sahabat sehingga mendapat pengikhtirafan Allah SWT..
Berita yang menyedihkan….
Kuala Lumpur: Hanya disebabkan mencintai
kekasih berlainan agama, seorang wanita berusia 24 tahun tergamak membiarkan
ayah kandung dicekik abang teman lelakinya ketika si bapa cuba membawanya
pulang dari rumah kekasih, di sini.
Lebih menyedihkan, si anak
tidak menghiraukan rayuan ayah dan ibu kandungnya yang datang menjemputnya
pulang, sebaliknya menyuruh kedua-dua orang tuanya itu membiarkannya tinggal di
kawasan rumah panjang itu bersama teman lelakinya.
Menceritakan kisah itu, ayah malang
yang hanya mahu dikenali Omar, 53, berkata, dugaan diterimanya amat berat
apabila anak perempuan disayanginya terjebak dengan cinta menjurus ke arah
murtad.
“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
“Walaupun saya kurang berpelajaran, namun didikan agama terhadap anak tak pernah saya abaikan. Malah, kami sekeluarga selalu berkumpul dan bertazkirah selepas Maghrib.
“Tiba-tiba seorang daripada anak yang selama ini mendengar cakap, rajin mengaji al-Quran dan menutup aurat berubah sikap sebaliknya.
Rujukan: Oleh
Amir Abd Hamid dan Yusmizal Dolah Aling HM 231213
Wednesday, December 18, 2013
Kematian setiap hari...jadikan bahan didikan hati yang praktikal..
Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdulillah, syukur kehadrat
Illahi kerana kita masih lagi diberikan kesempatan untuk menghirup udara Allah
dan pelbagai nikmat yang lain…malah kita masih di berikan nyawa oleh Allah SWT.
Maka perlulah kita ingat bahawa semua ini adalah pinjaman belaka dan Allah akan
ambil kembali pada bila-bila masa sahaja. Inilah hakikat kehidupan hatta nyawa
yang Allah pinjamkan ini juga akan di ambil kembali dengan pelbagai sebab
musabab saperti yang berlaku setiap hari dan dilaporkan oleh media massa. Petikan
akhbar di bawah ini cukup sudah untuk menjadi bahan renungan dan didikan hati
kita.
Ingatlah Firman Allah SWT di dalam Surah An-Nisa ayat ke 78…..
“Di mana jua kamu
berada, maut akan mendapatkan kamu (bila sampai ajal), sekalipun kamu berada
dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh dan kalau mereka beroleh kebaikan
(kemewahan hidup), mereka berkata: Ini adalah dari sisi Allah dan kalau pula
mereka ditimpa bencana, mereka berkata: Ini adalah dari (sesuatu nahas) yang
ada padamu. Katakanlah (wahai Muhammad): Semuanya itu (kebaikan dan bencana)
adalah (berpunca) dari sisi Allah. Maka apakah yang menyebabkan kaum itu
hampir-hampir tidak memahami perkataan (nasihat dan pengajaran)? (78)”
Semoga kita dapat
mengambil pengajaran, InsyaAllah.
Maaf di pinta
PETIKAN AKHBAR….AlFatihah
untuk mereka…..
Maut
dihimpit dua kontena
Seberang Jaya:
“Kejadian berlaku pantas dan sebaik berpaling selepas meletak kon sebagai
pelapik kontena, saya lihat mangsa sudah tersepit,” kata Mohd Shafizul Yusof,
24, rakan Shahidi Asyraf Zainal Abidin, 27, yang maut akibat dihimpit antara
dua kontena di Terminal Kontena Butterworth Utara (NBCT), di sini, semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 pagi
ketika mangsa dan rakan yang bertugas sebagai ‘tally clerk’ secara kontrak
sedang mencatat nombor pada kontena sepanjang tujuh meter yang baru diturunkan
dengan kren sebelum diangkat semula untuk dimasukkan ke dalam kapal.
Mohd Shafizul berkata, dia berada bersebelahan mangsa sebelum beralih untuk meletak kon sebagai pelapik kontena dan kejadian berlaku selepas sejam mereka mula kerja syif pagi.
“Selepas beberapa saat, saya
berpaling semula ke arah Shahidi dan terkejut apabila mendapati dia sudah tersepit
antara dua kontena dengan kepalanya berlumuran darah.
“Saya bergegas memaklumkan kejadian kepada penyelia tetapi semuanya sudah terlewat kerana mangsa sudah tidak bergerak,” katanya ketika ditemui di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Difahamkan, pengendali kren perlu menunggu isyarat daripada mereka yang mencatat nombor kontena terlebih dulu sebelum menurunkan kontena, tetapi ia diturunkan lebih awal menyebabkan mangsa dihimpit.
Seorang lagi rakan mangsa yang
enggan dikenali berkata, kren berkenaan boleh mengangkat dua kontena sekali gus
dan nombor dicatat terlebih dulu sebelum diletakkan semula ke dalam kapal.
“Pengendali kren tidak ikut prosedur menyebabkan kemalangan berlaku. Sebelum ini banyak kemalangan berlaku tetapi sepi begitu saja,” katanya.
Isteri mangsa, Mazni Mansor, 28,
dari Permatang Berangan, Tasek Gelugor ketika ditemui di HSJ bersama anak
mereka, Nor Syazwina Awatif yang berusia setahun enggan mengulas kerana terlalu
sedih dengan kejadian itu.
Petikan 2: Maut langgar pembahagi jalan
Seremban: Seorang
pelajar Politeknik Ibrahim Sultan, Pasir Gudang, Johor maut selepas motosikal
yang ditungganginya terbabas sebelum melanggar pembahagi jalan di Kilometer
265.5 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, Rozaini
Nordin, 18, yang menunggang motosikal Honda EX5 bersendirian mati di tempat kejadian
akibat kecederaan parah di dada.
Jurucakap polis berkata, mangsa yang berasal dari FELDA Lepar Utara, Jerantut, Pahang dalam perjalanan dari Pasir Gudang menuju arah utara.
“Bagaimanapun, sebaik
tiba di lokasi kejadian, motosikal mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum
merempuh besi pembahagi jalan di kiri lorong kecemasan,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/12/18
Subscribe to:
Posts (Atom)