Thursday, January 2, 2014

Maksiat di hujung usia: Ya Allah jauhilah daripada sifat begini….


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wm
saudara dan saudari yang dimuliakan

Berita dibawah ini amat mendukacitakan kita semua. Sepatutnya mereka yang berumur menunjukkan contoh yang baik tetapi apa yang berlaku amat memalukan kita..mengapa ini terjadi..tidak takut dosa, dimanakan maruah keluarga...inilah akibat bertuhankan nafsu..oleh itu pengajaran bagi kita..binalah iman...didikan lah iman supaya  iman itu dapat membimbing  diri kita dikala susah dan senang..

Oleh Zuliaty Zulkiffli HM
Alor Setar: Seorang nenek yang mempunyai empat cucu dikatakan sanggup meninggalkan suami dan anak-anaknya di Pulau Pinang semata-mata untuk meraikan sambutan malam Tahun Baru 2014 bersama kekasihnya yang berstatus datuk dua cucu untuk melepaskan kerinduan dengan bermalam di sebuah rumah tumpangan di Simpang Kuala, di sini.
Dalam serbuan kira-kira jam 2 pagi, nenek berusia 55 tahun itu dipercayai merancang bertemu dengan pasangannya berusia 53 tahun itu untuk bermalam di sebuah bilik rumah tumpangan itu pada malam sambutan berkenaan.
Bagaimanapun, tindakan yang dilakukan mereka terbongkar apabila ditahan sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK), dalam pemeriksaan di rumah tumpangan itu.
Dalam pemeriksaan itu, ketika diperiksa di dalam bilik berkenaan, pasangan itu berpakaian lengkap dan wanita warga emas itu mengaku yang dia adalah ibu tunggal, tetapi selepas disoal siasat didapati dia sudah mempunyai suami.
Penolong Pengarah Penguat kuasa Undang-undang Syariah JAIK Kedah Syeikh Mohd Roshidi Mahmud berkata, pihaknya menahan pasangan itu selepas mereka gagal menunjukkan sebarang dokumen membuktikan mereka adalah suami isteri atau mahram.
Beliau berkata, hasil siasatan mendapati pasangan itu dipercayai masih berstatus suami dan isteri orang mengambil kesempatan sempena sambutan tahun baru untuk berjumpa.
“Pasangan itu adalah antara empat pasangan yang dicekup kerana disyaki berkhalwat dalam operasi sempena Tahun Baru malam kelmarin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...