Thursday, October 14, 2010

Gunakan waktu luang dengan melakukan kegiatan manafaat


Rasullullah SAW  berpesan kepada kita supaya menjaga dua nikmat yang sering kita lupa di dalam kehidupan ini….”Ada dua nikmat dan ramai orang rugi di dalamnya. Yaitu nikmat sihat dan nikmat waktu lapang”.... Kebanyakan kita selalu terlalai disebabkan oleh nikmat di atas..kita selalu lupa Allah dikala kita sihat atau lapang...akibatnya kadang-kadang merosakkan diri kita dan juga orang lain...

Kita di peringatkan bahawa saat akal kita berada pada keadaan yang paling bahaya adalah  ketika kita memiliki waktu kosong. Ia di ibaratkan saperti kenderaan yang memecut dengan kelajuan tinggi tapi tanpa memiliki pengemudi..Kadang-kadang kenderaan itu terbabas di kiri dan kanan jalan dan akhirnya........ 

Ketika kita memiliki waktu kosong inilah maka kegundahan,kesedihan,kegelisahan, kekuatiran dan segala fikiran negatif akan selalu datang dan menakut-nakutkan diri dan perasaan kita. Ini kerana waktu kosong inilah akan mengembalikan ingatan kita pada waktu lalu dan menjadikan kita sering mengkhayalkan apa yang akan terjadi pada masa yang akan datang..Syaitan akan menghampiri kita dan membisikkan pelbagai peristiwa pahit, manis, marah dan lain-lain yang akhirnya membawa akhiran yang merosakan jiwa kita..Ia biasanya tidak membawa jiwa kita kepada dekat dengan Allah atau meningkatkan amalan ahli syurga tetapi membawa kepada maksiat dan  amalan ahli neraka.  Jika ini berlaku kita sudah berasa dalam keaadaan yang berbahaya.

Waktu luang ibarat siksaan yang datang perlahan-lahan pada kehidupan kita.  Jangan kita memandang ringan terhadap ujian ini. Samalah  dengan tahanan yang diletakkan dibawah tong air dan kemudian setiap detik air akan menitis ke atas kepala tahanan. Dalam penantian titisan demi titisan tersebut boleh menjadikan dia gila..Biar pun perlahan tetapi dalam jangka masa lama titisan tersebut akan menberikan kesan buruk dan menghancurkan.

Waktu santai adalah kelalaian sedangkan waktu kosong pula adalah pencuri kegiatan. Jika kita memiliki waktu kosong, fikiran kita ibarat pemimpin perang yang kalah di dalam peperangan yang tidak pasti.

Oleh itu  apabila waktu lapang menyerang kita, cepat-cepat lah bangun, solahlah, bertasbihlah, membacalah, menulislah, susunlah, kemaskan, temukan sesuatu yang baru, bergeraklah dan berikanlah kebaikan dan manafaat kepada orrang lain sehingga tidak ada waktu yang terluang....

Sebelihlah waktu luang dengan pisau kegiatan yang bermanafaat , banyak sekali yang kita boleh lakukan.....bangunlah dan sedarlah....Membiarkan waktu kosong tanpa aktiviti umpama menelan pil penenang diri yang akhirnya akan membunoh diri.... 

Janganlah kita sering terbaring ditempat tidur dengan linangan air mata...Diri kita terasa tertekan seolah-olah kita terperosok didalam sebuah lubang. Dikala itu hidup kita amat menyakitkan. Setiap detik yang berlalu terasa saperti sedang menghempaskan beban yang amat berat ke atas kepala kita.Segalanya terasa tidak bermakna, melainkan penyeksaan jua yang terasa mencucuk-cucuk segenap penjuru kehidupan. Adakah ini pilihan kehidupan kita...kita masih diperlukan oleh suami, isteri,  anak-anak, keluarga malah ummah...mereka memerlukan kita, kita, kita.... 

Oleh itu isikan masa luang kita itu dengan aktiviti manafaat yang selaras dengan syarak, InsyaAllah , Allah akan bersama kita , membantu kita, berdoalah bersunggoh-sunggoh  supaya Allah berikan kekuatan disaat -saat sebegini... agar tiada lagi waktu luang yang boleh membuahkan penyeksaan buat diri kita. KITA LAH YANG MEMBUAT PILIHAN UNTUK KUAT ATAU UNTUK LEMAH......

Antara ingatan Dr Ibrahim Fiqhy

Wednesday, October 13, 2010

Usah lah bimbang berlebihan: Biarlah masa depan datang sendiri


Sebagai seorang manusia kita sering kali berfikiran bermacam-macam tentang masa depan kita. Kita selalu risau tentang perkara-perkara yang negatif akan berlaku pada kita atau keluarga...Apa jadi kalau..kalau…kalau….pelbagai soalan timbul di pemikiran kita Janganlah kita mendahului apa yang akan terjadi,.

,Apakah kita ingin melahirkan anak sebelum waktunya? atau memetik buah sebelum matangnya... masa depan adalah sesuatu yang samar-samar dan belum pasti wajahnya.....Ia tidak memiliki bentuk, rasa ,warna dan aroma.....jika dimikian mengapa harus kita menghabiskan waktu untuk memikirnya...resah terhadap musibah yang belum pasti dan berfikiran musibah akan menimpanya…Kadang –kadang sudah merancang untuk membalas terhadap tindakan manusia lain sekiranya  dia......Pada hal kita tidak tahu adakah kita diberi kesempatan oleh Allah untuk bertemu dengan nya.

Walaupun  ia sebuah kebahagiaan, keindahan dan ketenteraman tapi ia masih berada di alam ghaib,  belum menyentuh dunia dan belum kita rasakan dalam kehidupan kita sehari-hari. Oleh itu janganlah kita membuat jambatan untuk sampai kepada sesuatu yang ghaib..

Sebagai manusia kita adalah lemah, malah apa yang berlaku di sebelah dinding bilik pun kita tak ketahui, apatah lagi sesuatu yang ghaib….hanya Allah yang mengetahui..Sesiapa yang boleh merancang apa yang akan berlaku pada 10.10.10 contohnya , sesiapa yang boleh jangkakan pada hari itu, sebuah bas akan terbabas  dan melepasi tembuk dan melanggar kereta di seberang jalan...Allah lah yang maha mengetahui dan bila Allah kata berlaku maka berlaku saperti yang terpapar diberita..manusia biasa yang lemah ini sentiasa mencari sebab musabab kenapa ia berlaku tapi hakikat sabenarnya  Allah lah yang menyusun...Jadi kenapa perlu terlalu bimbang……

Manusia yang lemah ini sentiasa membayangkan dan meramalkan akan terjadi kelaparan, kesedihan, kesusahan, musibah yang akan menimpa dan sebagainya...Pada hal ini sabenarnya bisikan syaitan, tipu daya iblis yang selalu ia bisikan pada manusia...Amal kan membaca doa untuk mengelak dari gangguan syaitan…

Akibatnya jiwa kita sentiasa khuatir dan bimbang ini akan menyebabkan kita putus semangat, lemah jiwa, hilang keyakinan diri, gundah, risau dan sebagainya...Akibat nya lagi hidup kita menjadi tidak tenteram...

Oleh itu kita biarlah hari esuk hingga ia datang sendirinya kepada kita..Jangan tanya keadaannya dan jangan membuang waktu kita untuk menunggunya….Kita harus sibuk dengan hari yang kita hadapi sekarang,,,,,,


Oleh sebab itu , nikmatilah hidup ini dengan kebahagiaan agar hidup kita lebih bermakna, Lakukan  amalan-amalan yang dapat memberikan kebahagiaan di dunia dan kita pungut pahala kebajikan di akhirat. Tukarkan segala sumber dan peluang kepada pahala disisi Allah.  Sesungguhnya banyak amalan kebajikan yang kita mampu lakukan……dan lakukan lah sekarang  dan usah bertangguh lagi…..walau pun sekadar membuang duri di jalan, melemparkan senyuman, berzikir dengan hati, memaafkan orang, istighfar dan pelbagai lagi yang tidak memerlukan modal, masa dan tenaga yang banyak……

Rujukan : Dr Ibrahim Fiqhy

Tuesday, October 12, 2010

Panjang angan-angan dan suka menunda ibadah…..

Di antara  sebab lain yang menyebabkan masa kita terbuang secara sia-sia ialah panjang angan-angan dan suka menunda ibadah. Kita sentiasa berfikir bermacam-macam perkara yang kita nak lakukan, sibuk merancang seolah-olah kita kan hidup selama-lamanya…tapi lihat lah apa yang berlaku disekeliling kita..Tiap-tiap hari penuh dengan berita kematian, tidak mengira samada yang muda atau yang tua , segala lapisan umur..Allah ambil nyawa mereka..Jutawan yang kaya terbunoh, dan bas yang  terbabas melanggar kereta di seberang jalan…dan pelbagai lagi…Inilah bahan tarbiyah yang  praktikal untuk kita didik hati kita tentang masa yang terhad yang ada pada kita…...

Mengenai masalah panjang angan-angan ini, Kita di peringatkan oleh Imam Al Ghazali….Jauhi lah panjang angan-angan, sebab jika angan –angan panjang, maka ia akan memghasilkan empat  keadaan….
1.   Manusia menjadi tidak taat dan malas untuk taat kepada Allah. Ia akan berkata yang ia masih mempunyai hari atau masa untuk melakukan kebajikan….
2.   Manusia akan enggan bertaubat dan menundanya. Ia akan mengatakan ia akan bertaubat di kemudian hari kerana ia masih muda…
3.   Manusia akan ghairah untuk mengumpulkan harta dan sibuk dengan dunia daripada dengan Akhirat….
4.   Hati akan menjadi keras dan lupa akhirat. Jika kita mengimpikan kehidupan panjang,kita tidak ingat  KEMATIAN DAN KUBURAN…

Sekiranya keaadaan ini berlaku pada kita maka kita sibuk membuang masa kepada sesuatu yang tidak  memberikan jaminan kebahagiaan di Akhirat…Ulamak Hasan al Basri  juga berkata sesiapa lebih cinta dunia dari Akhirat,  Allah menghukumnya dengan enam hukuman…tiga di dunia dan tiga lainnya di Akhirat. Hukuman di dunia ialah angan-angan nya yang tidak berujung, keinginan menggebu-gebu tanpa batas, dandi cabut darinya  manisnya ibadah, sedang tiga lagi hukuman di akhirat ialah dasyatnya di padang masyar, hisab yang sulit, dan kesedihan berpanjangan…

Beliau juga mengingatkan kita……jangan suka menunda amal-amal solleh, sebabnya anda hanya berada di hari ini dan belum tentu sampai besok pagi , jika anda hidup sampai besuk,…..  Kita mungkin tidak aman dari segala rintangan, atau sakit mendadak, kesibukan baru atau musibah…Orang berakal dan bertekad kuat harus segera menafaatkan semua kesempatan, mengerjakan kebaikan, menunaikan kewajiban dan semua bentuk ketidakberdayaan harus ditunda…

Menangguhkan ketaatan (ibadah) dan menunda kebaikan membuat jiwa kita terbiasa tidak mengerjakan ketaatan, jika  kebiasaan sudah mengakar, maka ia akan  berubah menjadi sesuatu yang sebati dengan sesaorang  dan sulit melepaskannya….

Oleh itu selagi kita Allah bagi peluang untuk hidup, buat lah terbaik dengan masa yang terhad ini….Bersungguh-sungguhlah mencari kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di Akhirat… Berdoalah supaya Allah beri kita kekuatan….

Wednesday, October 6, 2010

IMAN punca kebahagiaan dan ketenangan


Tidak di ragui lagi, bahawa ketenangan jiwa menjadi sumber utama untuk memperolehi hidup bahagia samada seorang itu bujang, suami isteri atau berkeluarga. Tetapi bagaimanakah jalan untuk mendapat ketenangan , kalau dia bukan sesuatu yang dapat di hasilkan oleh kecerdasan dan pengetahuan, bukan oleh kesehatan  dan kekuatan, bukan oleh harta dan kekayaan, bukan dengan tuah dan kemasyuran dan bukan pula oleh berbagai-bagai kesenangan kebendaan? Dr Yusuf Al-Qardawi  menjawab dengan tegas, bahawa ketenangan jiwa itu hanya satu sumbernya, dan tidak ada duanya, iaitu IMAN dengan Allah dan hari akhirat, dengan keimanan yang benar dan mendalam, tidak di campuri ragu-ragu dan kepalsuan.

Jiwa kita yang kering daripada keimanan tidak akan pernah merasa bahagia, tidak akan bersih dan suci, tidak akan merasa kesenangan, tidak akan merasa kegembiraan dan selalu di lilit kesedihan.  Sabenarnya Tidak ada apa yang  akan dapat membenteng kita daripada dirasuk perasaan sedemikian kecuali dengan keimanan kepada Allah. Tuhan alam semesta.  Hidup ini tidak akan dapat merasa nikamat kecuali dengan iman.
Apabila iman tiada maka lenyap lah kehidupan. Tidak ada kehidupan bagi sesiapa yang tidak menhidupkan agama. Sesiapa yang rela hidup tanpa ugama sessungguhnya kebinasaan lah merupakan temannya.
Maka kita tidak ada pilihan lagi, sudah sampai waktunya bagi  kita yang mengaku beriman kepada Allah untuk  merasa cukup dengan pemberiaanNya.

Sesungguhnya Allah berkuasa di atas segala-galanya.  Walau pun  pekara keimanan ini bukan mudah dimana keimanan dalam diri ada pasang surutnya, dapat menebal dan dapat juga menipis, dapat dingin dan dapat juga hangat, tetapi ia merupakan punca kebahagiaan, ketenangan dan ketenteraman kita. Keimanan itulah yang mampu menghadirkan rasa ketenangan dan ketenteraman untuk bertamu dan mengisi  di ruang jiwa kita. Tanpa keimanan nescaya segala ketenangan dan ketenteraman yang kita harapkan tidak dapat hadir menghiasi kamar jiwa kita. Maka serahlah hati kita untuk dididik dengan keimanan dan carilah suasana yang baik untuk sentiasa menyuburkan keimanan kita. Iman ini lah yang memampukan kita berhubung dengan Allah, mengadu hal dengan Allah , mengharap dengan Allah di dalam semua keadaan  terutama bila berhadapan dengan musibah…Dunia moden yang serba canggih ini sentiasa menguji keimanan kita..Sedikit ruang yang kita berikan kepada syaitan , sedikit ruang kita melakukan maksiat…ia akan melemahkan iman kita dan akan menghilangkan ketenangan dan kebahagiaan di dalam kehidupan kita….
Ingatlah akan  Firman Allah di dalam surah “ An Nahl : 97
“Barang siapa yang mengerjakan amal soleh baik lelaki atau perempuan dalam keadaan beriman maka sesungguhnya Kami akan berikan kepada nya kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang mereka telah kerjakan.”

Kehidupan yang baik adalah merasa tenang dengan apa yang dijanjikan oleh Allah, tetap hati untuk mencintaiNya, bersih fikiran dari daripada keinginan untuk untuk berpaling atau membelot dari ajaran Nya, bersikap tenang di atas  segala bencana yang menimpa, reda denga keputusan Allah dan rela dengan apa yang ditentuNya. 

Ketenangan jiwa itu adalah hembusan dari langit, diturunkan kedalam hati orang yang beriman dari penduduk bumi, supaya mereka berhati teguh dikala orang banyak mengalami kegoncangan, mereka yakin ketika orang banyak penuh keraguan-raguan, mreeka sabar ketika orang orang banyak telah berkeluh kesah dan mereka berlapang dada ketika orang banyak telah panik.

Jadi marilah kita sama-sama mengambil perhatian ingatan ulamak di atas memperingatkan kita bahawa ketenangan hidup hanya dapat bila kita yakin  dan beriman dengan Allah. Marilah kita sama-sama bantu membantu dalam merasai hakikat ini dan laksana kan dalam tindakan kita.  Peroses lah diri kita supaya IMAN lah yang mengawal kehidupan kita dikala susah dan senang....

Rujukan : Dr Ibrahim Fiqhy, Dr Yusuf Al Qardawi

Tuesday, October 5, 2010

I AM TOO BUSY



Everyday as I woke up at dawn
My mind started working the moment I yawned
There were many things to do, o dear!
That's why I hastily did my Subuh prayer

I didn't have the time to sit longer to praise the  Lord
To me rushing out after prayer is nothing odd...
 Since school, I had been busy every minute
 Completing my tutorials and handlining in it

 My thesis took up most of my time always
 No time did I have to Allah I praise
Too many things to do and dhzikr is rare
 For Allah, I really had no time to spare..

 When i've grown up, I started my career
Working all day to secure my future
When I reached home, I prefer to have fun
I chatted on the phone but I didn't read the Quran

Spent too much time surfing the Internet
 Sad to say, my faith was falling flat...
 The only time I have left is weekends
 During which I prefer window shopping with friends

I couldn't spare time to go to the mosque
I'm too busy, that's the BIG CAUSE...
I did my five prayers but did so quickly
 After prayer, I didn't sit longer or reflect quietly

 I didn't have time to help the needy ones
 I was loaded with work as my precious time runs
 No time at all to visit a sick Muslim friend
 To orphans and elderly, I hardly lent a hand

 I'm too busy to do community service
 When there were gatherings, I helped the least
My life was already full of stress
 So i didn't counsel a Muslim in distress

 I didn't spend much time with my family
 B'coz i thought, doing so is silly...
 No time to share with non-Muslim about Islam
 Even though I know, inviting causes no harm


No time to do Sunnah prayers at all
All these contribute to my imaan's fall..
I'm busy here and busy there
I've no time at all, that's all I care

 I went for religious lessons, just once in awhile
 Coz I'm too busy making a pile...
I worked all day and i slept all night
 Too tired for Tahajjud and it seemed not right

To me, earning a living was already tough
So  I only did basic deeds but that's not enough..
No time at all, to admire God's creation
 No time to praise Allah and seek His Compassion

Although I know how short is my life
For Islam, I really didn't strive..
 Finally the day comes, when the Lord calls for me
 And I stood before Him with my Life's History

I feel so guilty b'coz I should have prayed more
 Isn't that what a Muslim lives for?
To thank Allah and do more good deeds
 And the Quran is for us all to read..


Extracted from Internet...

Monday, October 4, 2010

PENAPIS IMAN: jangan masukkan setiap peristiwa ke dalam hati






Manusia insan lemah perlu di bimbing diperingkat mana pun usia kita…Kerana apa? Kerana selagi kita bernafas selagi itulah kita  akan menghadapi masalah yang datang di dalam pelbagai bentuk termasuk peristiwa-peristiwa ngeri dan sedih yang kita tidak jangkakan….

Sebagai manusia yang lemah ini, kadang-kadang kita merasakan kegundahan di dalam diri kita seolah-olah kita terlibat di dalam perang Dunia, wal halnya kita sedang berada di tempat tidur…Tatkala, "peperangan"  itu selesai, apa yang kita perolehi hanyalah luka didalam hati, perut, tekanan darah tinggi, rasa panas badan ,mata tak lelap walau pun di bilik air cond yang nyaman….Murung, sedih ....Kita selalu merasa terlibat secara langsung dengan semua peristiwa hidup yang berlaku terutama peristiwa yang kita tidak sukai..Maka pelbagai persoalan timbul di fikiran kita …Mengapa peristiwa ini berlaku pada kita…kenapa tidak orang lain…kenapa di usia sebigini  berlaku…kenapa  dan kenapa…akibatnya.kita selalu berada dalam kegelisahan dan kesedihan yang tak berkesudahan..

Oleh itu, kita dinasihatkan janganlah  meletakkan bola dunia di atas kepala kita sendiri. Biarlah semua peristiwa itu terjadi terutamanya peristiwa sedih dan menyakitkan  terjadi dan jangan di simpan di dalam benak hati kita..Orang yang memiliki hati saperti bunga karang  akan menyerap semua isu dan apa sahaja peristiwa hitam, pada hal semua ini akan  hanya membuat hati kita dan perasaan KITA menjadi semakin tidak tenteram….Sikap ini sudah pasti akan mempengaruhi rutin dan aktiviti harian kita dalam mencari nafkah, bekerja atau belajar, berkeluarga….. yang akhirnya menggangu segala kegiatan kita yang lainnya..Mahukan kita merosakan kehidupan kita yang sementara ini...INGATlah  AKAN HIKMAH DI SEBALIK MUSIBAH…  

Marilah Kita berdoa supaya kita dapat menjiwai maksud kebenaran yang akan sentiasa menambah pelajaran hidup dan nasihat pada hati untuk terus menguatkan keimanan kita..Sebalinya sekiranya kita gagal menguasai maksud kebenaran maka akibatnya akan bertambahlah goncangan ketakutan dalam diri kita. Sabenarnya, sekuatmana pun keberanian kita dalam menghadapi dugaan, semua itu tidak bermanafaat sekiranya tanpa di iringi dengan  KEIMANAN YANG KUKOH. Sesaorang pemberani yang sejati adalah orang yang memilik daya tahan yang tinggi, tabah, mempunyai keyakinan yang kuat, tenang dan berlapang dada dalam menghadapi dugaan..Inilah yang sukar sabenarnya   tetapi pohon lah kekuatan dari Allah…Sedangkan sesaorang yang pengecut pula justeru akan menyembelihkan diri  sendiri berulang-ulang kali, setiap hari dengan pedang ketidakpastian, kebimbangan , kesedihan, kemurungan, kemarahan, khayalan dan lain-lain lagi dengan bantuan nafsu dan syaitan…Oleh itu pohon dari Allah untuk dijauhi gangguan jin, syaitan , iblis dan manusia yang tidak pernah rihat untuk  merosakan kehidupan kita….

Oleh yang dimikian buat lah pilihan sekarang , hendak sedih atau gembira , hendak kuat atau  hendak  lemah, hendak ikut nafsu ,syaitan atau IMAN, hendak jiwa tersiksa atau bahagia.. hendak gembira dengan keluarga atau hendak bersedih… hendak  seronok berkawan atau bersahabat aatau hendak bermusuh ….ambillah neraca Allah…tanyalah  Allah bukan logik akal atau nafsu semata-mata!

Ingatlah…sekitranya keimanan dan hati kita lemah kita tak dapat bertahan dengan goncangan hidup yang menimpa kita berkali-kali dalam kehidupan harian kita…Berdoalah semoga kita mendapat memiliki hati dan keimanan yang kuat yang sentiasa mendapat bantuan Allah dan yakin dengan janji Nya……

Gunalah penapis IMAN supaya hanya peristiswa yang dapat menyuburkan keimanan kita kepada ALLAH sahaja yang  dapat masuk dan tersimpan di hati kita…

BERDOALAH...Ameen
Rujukan LA TAHZAN dan Suara pusat Islam Universiti….

Friday, October 1, 2010

Cinta Dunia -antara punca kehilangan waktu secara sia-sia

Tidak dapat dinafikan godaan dunia amat mencabar sekali...Masyarakat menjadi sibuk, malah kadang-kadang hilang hala tuju kehidupan....maka berlakulah apa yang sentiasa dilaporkan berita...rasuah, pembunuhan, rompakan dan pelbagai lagi....Manusia yang tidak beriman yang tak diperoses terlalu cintakan dunia, dunialah segala-galanya..

Walau bagaimana pun bagi kita yang beriman perlulah berhati-hati melayari kehidupan di duania yang sementara ini....
Renunglah firman Allah di dalam surah Yunus 7-8

" Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan Kami dan merasa puas dengan KEHIDUPAN DUNIA serta merasa tenteram dengan kehidupan dan orang-orang yang  melalaikan ayat-ayat Kami, mereka tempatnya ialah neraka, disebabkan oleh apa yang mereka kerjakan".....

Rasullullah SAW juga mengingatkan tentang mereka yang terlalu mencintai dunia sehingga mengabaikan akhirat...walhal kita ketahui kehidupan di Akhirat tiada penghujungnya jika dibandingkan dengan dunia yang ada penghujung dan terlalu sementara ini....

"Sesiapa mencintai dunianya, ia merugikan akhiratnya,Dan siapa mencintai Akhirat nya, ia merugikan dunianya. Pilihlah yang abadi (akhirat ) dari yang fana (dunia)..Hadith Sohih riwayah Ahmad.

Oleh itu sama-samalah kita mentarbiah  hati-hati kita ini untuk mencintai Akhirat lebih dari mencintai dunia..ambillah bekalan cukup sebagai pengembara yang berhenti sekejap di dalam menuju perjalanan yang jauh...

Ya Allah walaupun sukar kami tidak ada pilihan, bantulah kami yang lemah ini ya Allah   Ameen
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...