Tuesday, October 26, 2010

Motivasi: Dorongan bekerja dari dalam


Assalamualaikumwarahmatullah...

Saudara dan saudari yang dimuliakan...

Pertama sekali, marilah kita sama-sama memgucapkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana masih lagi dizinkan Nya untuk kita bersama di alam motivasi siber…Masih lagi kita dapat bernafas, menghirup oksijen dan udara yang percuma diberi Allah ini, masih dapat bergerak, belajar dan  bekerja…jadi bersyukurlah bersungguh-sungguh dengan menunaikan suruhan Allah….kalau kita perhatikan disekeliling kita, ramai lagi saudara kitayang  tak dapat bangun, terlantar di hospital dan tak dapat bekerja mencari rezeki dll..Alhamdullillah..Selawat dan Salam kepada junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda dan sahabat-sahabat…

Sekali lagi marilah kita bersama-sama merendahkan hati kita untuk di didik dengan Islam, dengan ayat-ayat Allah, hadith dan saranan Ulamak…mudah-mudahan platform blog ini dapat kita gunakan sedikit sebanyak mendidik hati kita yang sama-sama lemah ini…

Saudara dan saudari yang di muliakan....

Pada kali ini saya masih  hendak mengingatkan saya dan kita semua tentang kaitan dengan usaha kita mencari rezeki  atau bekerja di bumi Allah ini.  Sepatutnya kita yang mengaku sebagai orang Islam ini mesti lah menunjukkan contoh yang terbaik kepada manusia lain…Ini lah yang hilang sekarang ini, contoh amali yang boleh di ikuti oleh orang yang bukan Islam..Atas sebab inilah kita cuba betulkan kaedah kita mencari rezeki di muka bumi ini.

Inilah yang perlu kita usaha untuk mendidik hati ini supaya apa yang kita lakukan bukan didorong oleh faktur-faktur luaran semata-mata…Orang beriman menurut Prof Dr Yusuf Al Qardawi itu bekerja kerana kehendak jiwanya dan dorongan hatinya, kerana seruan dan perintah sepatutnya datang dari dalam diri nya bukan di sebabkan oleh paksaan dari luar.  Sekiranya kita melakukan kerja  atas dasar terpaksa, kesan nya tidak lama dan tidak dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik. Sudah tentunya, manusia atau ketua kita tidak dapat memerhatikan kita sepanjang masa..

Saya mengajak diri saya dan kita semua cuba bersungguh-sungguh  untuk berkerja…melakukan apa saja dengan dorongan dari dalam , iaitu kita mepercayai Allah dan risalahNya….Kita cuba kaitkan amalan pekerjaan kita dengan kewajiban kepada Allah dan Ingat Allah sentiasa memerhati kita dan Malaikat juga sentiasa di samping kita…Ini termasuklah di bawah ihsan seperimana yang diterangkan Rasullullah SAW di dalam sabdanya

“Ihsan (bekerja dengan baik) ertinya Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau. [riwayat Bukhari dan Muslim]

Oleh itu, betulkan niat kita ini hanya sanya  kerana Allah dan tujuan kita melakukan apa saja pekerjaan adalah untuk memakmurkan bumi dan menguasai alam ini…

Kita juga harus  meyakini bahawa kebahagiaan kita di hari Akhirat dan kejayaan kita di dunia ini, bergantung kepada amal kita..Syurga di Akhirat bukanlah diberikan kepada orang-orang yang malas dan menganggur, melainkan bagi mereka yang rajin bekerja dengan sempurna,

Allah berfirman di dalam Surah Az Zukhruf : 72 yang bermaksud “ Taman syurga yang dipusakakan kepada kamu, disebabkan perbuatan baik yang telah kamu kerjakan”

Saudara dan saudari,

Ingatlah bahawa Dunia pada dasarnya tidak tercela, sebab dunia adalah satu nikmat yang di berikan Allah kepada kita, sesuatu yang di jadikan untuk kesejahteraan kita, kemudahan untuk mencari ilmu,  mencari rezeki dan beribadah kepada Nya.  Tetapi yang tercela ialah mengambil dunia dari sesuatu tidak dari sumber  yang hak , tidak dengan cara-cara yang dibolehkan oleh syariat  atau menggunakan nya secara berlebihan. Jadi, selalulah kita mengingatkan hati kita bahawa berusahalah bersungguh-sungguh  untuk mencari rezeki yang halal dengan cara-cara yang dibolehkan oleh Islam. Apabila kita melakukan sesuatu,  buat lah yang terbaik kerana Allah..berfikirlah terlebih dulu, apa yang kita akan lakukan sekecil manapun  mestilah berlandaskan syarak….kaitkan dengan balasan Allah di Akhirat nanti….

Sesungguhnya orang yang berakal menjadikan dunia sebagai kenderaan menuju akhirat…Berdoalah supaya Allah masukan kita ke dalam golongan ini dan Allah menerima usaha kita yang sedikit di dunia ini sebagai amal solleh.

Kebenaran itu dari Allah, kelemahan yang ada maaf jua dipinta.

Tangguh dengan tasbih kafarah dan suratul Ars

Wassalam

PERINGATAN DIRI: Bertafakkur......dan bersyukurlah!

PERINGATAN DIRI: Bertafakkur......dan bersyukurlah!

Sunday, October 24, 2010

Panggilan fitrah: kembalilah ke pangkuan Islam



Assalamu'alaikum wm

Alhamdullillah, syukur kita kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya jua dapat kita bertemu lagi di blog didikan hati ini..mudah-mudahan dengan usaha kita yang sedikit ini untuk kita meningkatkan kefahaman dan kesedaran kita tentang Islam, Allah akan bagi kita kefahaman tentang DEEN Allah ini...Inilah yang termaktub di dalam sebuah hadith Rasulullah SAW bersabda” Sekiranya Allah hendakkan kebaikan kepada sesaorang, Allah akan beri faham tentang Deen (cara hidup Islam) ini....Inilah sabenarnya ilmu yang dapat menyuluh kehidupan kita dalam menuju ke alam akhirat...Ilmu yang ada pada kita, kalau kita tidak sandar kan kepada ilmu tentang Deen ini ia akan hanya menyuluh kehidupan dunia yang sementara ini...oleh itu marilah kita serahkan hati kita untuk dididik dengan didikan Islam yang sabenar , yang begitu luas, yang menjamin kehidupan di dunia dan di Akhirat....

Saudara dan saudari yang dimuliakan...

Kalau kita lihat sekeliling masyarakat Islam di negara kita dan juga di negara lain, dan melalui berita yang kita dengar.saban hari.sabenarnya apa yang berlaku adalah   umat Islam di seluruh dunia kini sedang berada di tepi jurang kehancuran yang total dan tidak mungkin dan mustahil boleh di perbaiki lagi....Kehancuran yang akan membuatkan kita  menyesal yang tidak kesudahan dan tidak akan dapat ditebus oleh kebendaan yang ada di dunia ini....harta, pangkat, anak pinak dan lain-lain .....

Kehancuran yang kita maksudkan di sini bukannya  bermaksud kelaparan, kebodohan, rasuah, judi, penyalahgunaan kuasa, peperangan atau sebagainya..yang mana ini hanya tanda-tandanya sahaja.

Kehancuran yang  sabenar adalah apabila manusia menjadi degil dan enggan untuk menerima Allah SWT sebagai Rabb, Malik dan ILah ...sebagai Pencipta kita,  akibat dari kengganan dan kedegilan inilah yang mengakibatkan Allah murka dan akhirnya manusia akan di lontarkan masuk keneraka kelak...

Inilah sabenarnya punca kacau bilau atau kehancuran yang pada kehidupan manusia..semakin canggih teknologi  dan pengetahuan manusia selagi tidak  di kaitkan dengan Allah ini, maka semakin banyaklah  masalah, semakin kejam manusia, semakin mudah untuk membunoh sesama manusia, semakin hilang rasa ehsan, senmakin tidak aman kehidupan, semakin rasa takut dengan jenayah,semakin, semakin....yang tidak mungkin dapat diselesaikan dengan fikiran makluk yang dicipta, yang lemah ini.....

Oleh itu, saya ingin mengajak diri saya dan kita semua supaya menyelamatkan diri dari kehancuran ini....kita tidak ada pilihan lagi kecuali kita kembali kepada fitrah asal kita iaitu kembali kepada Islam.....Allah yang menjadikan kita sudah tentulah Allah Maha Tahu apa yang terbaik bagi kita....

Firman Allah....Sesungguhnya Ad Deen yang diredhai disisi Allah adalah Al Islam (Ali Imran :19)

Juga di surah yang sama ayat 85, Allah memberi amaran kepada kita ” Dan sesiapa yang mencari Deen selain Islam maka tidaklah akan diterima  darinya, dan di Akhirat kelak dia termabsuk orang-orang yang rugi’

Saudara dan saudari

Oleh itu marilah kita tingkatkan keyakinan kita kepada Allah...didiklah hati dengan didikan iman  supaya kita dapat menghabiskan sisa baki kehidupan kita dengan berubudiyah, dimana sahaja kita berada..di rumah, di tempat kerja, di tempat belajar.....dimana sahaja.....sentiasa merperhambakan diri hanya sanya kepada Allah.....

Inilah misi kita di cipta...Tidak Aku jadikan  jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdikan diri kepadaKu” (Az Zaariat: 56)

Segala kebenaran datang dari Allah, kelemahan adalah milik kita sebagai manusia...maaf dipinta.

Tangguh dengan tasbih kafarah dan Suratul Ars....

Wassalamu'alaikum wm

Friday, October 22, 2010

Produktiviti di tempat kerja berkait rapat dengan ketenangan rumah tangga...

 Assalamualaikum warahmatullah...
Saudara dan saudari yang dimuliakan

Sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah kerana dapat kita bersua di alam siber…mudah-mudahan Allah mudahkan kita untuk mendidik hati-hati kita yang sentiasa membolak-balik ini…Ingatlah satu dosa  atau maksiat yang kita buat akan meletakkan titik hitam pada hati kita….bayangkan sekira banyak titik-titik hitam yang menyelubungi hati kita…akaibatnya  susahlah hidayah Allah nak masuk…nasihat manusia pun tak akan hinggap dan akhirnya kita semakin jauh dari Allah ..Nauzubillah…bertaubat lah segera..Namun begitu jika hati ini masih suka kepada kebaikan,  Allah akan membantu dan melindungi kita dari godaan Iblis dan Syaitan…..

 Saudara dan saudari,

Saya rasa terpanggil untuk berbincang sedikit tentang masalah rumah tangga kita setelah terbaca paparan di bawah ini….Ia merupakan satu peristiwa diantara banyak lagi yang berlaku saban hari di dalam masyarakat kita….amat menyedihkan…

9 anak 'buang' ibu kuat makan
JOHOR BAHRU: Hanya dengan alasan ibu kuat makan, seorang wanita tua yang lumpuh separuh badan dihantar anaknya ke pusat jagaan warga emas. Lebih menyedihkan, wang pencen arwah suami yang sepatutnya menjadi haknya turut dikaut sembilan zuriatnya itu setiap bulan.
Wanita berusia 84 tahun yang hanya mahu dikenali sebagai Aminah, dihantar ke pusat jagaan selepas semua anaknya bersikap lepas tangan mengenai kebajikannya sedangkan ada antara mereka berjawatan tinggi termasuk bergelar profesional.

Akibatnya, Aminah bergantung sepenuhnya terhadap ihsan pihak lain bagi meneruskan kehidupan walaupun dia sebenarnya berhak mendapat pencen arwah suami RM700 sebulan.


Saudara dan saudari

Pekerjaan kita untuk mencari rezeki di dunia ini sedikit sebanyak  amat berkaitan  rapat dengan kebahagiaan rumah tangga…Sabenarnya inilah yang diidam-idamkan oleh semua keluarga…Di dalam cerita di atas sekiranya ibu itu mengetahui inilah balasan yang ia akan daripada membesarkan anak-anak , maka sudah tentu ia tidak mahu langsung melahirkan  anak-anak tersebut….tetapi suratan dan musibah ini siapa yang tahu akan berlaku kepada kita…Setiap musibah yang berlaku tentulah ada sebabnya….Allah berfirman didalam Surah Asy-Syura: 30 “ Dan apa saja musibah yang menimpa kamu maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri.” Dalam banyak hal muhasabahlah  diri kita sekiranya  Allah menimpakan  musibah dalam pelbagai bentuk ke atas diri kita….mungkin di sana sini ada sesuatu yang kita buat tidak menetapi kehendak Allah…

Saudara dan saudari

Untuk lebih produktif di tempat kerja atau tempat belajar kita, berusahalah bersungguh-sungguh  untuk kita membina rumahtangga yang dikehendaki oleh Allah swt…
Islam datang  untuk mendorong kita untuk membina keluarga dan rumah tangga yang baik. Islam menggambarkan rumah tangga sebagai nikmat  dari Allah dan mengajak kita agar memberi komitmen pada rumah tangga kita.
Kita diingatkan bahawa kehidupan rumah tangga menjadi kehidupan yang sangat membahagiakan bila mana kita menjauhikan diri dari segala yang di murkai oleh Allah…jadi awasi lah punca-punca maksiat yang mungkin ada di dalam rumah tangga ….termasuklah alatan teknologi moden..
Islam mewajibkan kepada kaum lelaki untuk menjaga dan memelihara rumahtangga dan urusan ini merupakan tanggungjawabnya….ini amatlah  berat pada kaum lelaki yang mana ini termasuklah mengajar akhlak dan agama kepada ahli keluarga mereka..Isteri perlu juga membantu apatah lagi dalam era moden yang mendidik anak, amatlah sukar sekali…punca maksiat dan mungkar datang masuk ke rumah kita… TV , komputer, talipon bimbit  dan sebagainya…awasilah kita dan keluarga kita dari bencana ini…

Saudara dan saudari

Ingatlah  akan Firman Allah di dalam surah At Tahrim: 6 “ Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri dan keluarga kalian dari api neraka yang bahan bakar nya adalah manusia dan batu”  
Begitu juga dengan pesanan Rasullullah SAW kepada kita antaranya “ Perintah lah anak-anak kalian untuk mengerjakan solat apabila umur mereka 7 tahun dan pukul lah mereka (sekiranya mereka tidak mahu mengerjakannya) apabila mereka berumur 10 tahun…, …

Inilah sabenarnya yang perlu di ambil perhatian di dalam mendidik hati kita sebagai ibubapa dan juga bakal ibubapa…, cara-cara untuk mendidik akhlak anak-anak, pelajarilah ilmu yang berkaitan ini. Dengan usaha-usaha kita yang berterusan di samping sungguh-sungguh  berdoa pada Allah..Allah akan elakkan kita daripada musibah yang berlaku berpunca dari ahli keluarga kita sendiri saperti yang dilaporkan di atas....

Sesungguhnya produktiviti di tempat kerja kita bergantung rapat dengan ketenangan di rumah tangga kita…semua orang sudah tentunya mempunyai pengalaman ini….Bersamalah kita berusaha sebaik mungkin  dan kita masih belum terlambat..

Kebenaran itu dari Allah jua dan maaf di pinta diatas kesilapan…

Tangguh dengan tasbih kafarah dan suratul Ars

Wassalam…

Thursday, October 21, 2010

Motivasi: Iman dan amalan

Assalamualaikumwarahmatullah...


Pertama sekali, marilah kita sama-sama memgucapkan kesyukuran kita kepada Allah kerana masih lagi memberikan kita nikmat kehidupan ini...Namun begitu sedarilah bahawa  nikmat yang paling besar yang Allah berikan kepada kita ialah nikmat Iman dan Islam itu....oleh itu jagalah hidayah yang Allah bagi ini dengan sebaik mungkin...Berdoalah supaya Allah beri kekuatan.. Semoga pertemuan 'cyber' ini akan meningkatkan keimanan kita dan mendidik hati kita suapa patuh kepada Allah...gunakan teknologi yang Allah beri ini dengan sebaik-mungkin....


Saudara dan saudari yang di muliakan....


Pada kali ini saya  hendak mengingatkan saya dan kita semua tentang kaitan dengan usaha kita mencari rezeki di bumi Allah ini. Sabenarnya rezeki ada di mana-mana ...tetapi untuk diri kita InsyaAllah kita telah di susun oleh Allah sejak azali lagi untuk kita berada di tempat yang kita  berada sekarang ini...


Kita inginkan kehidupan mencari rezeki ini dapat kita jadikan sebagai ibadah kita kepada Allah. Di sinilah kita menghabiskan sebahagian dari kehidupan kita dan sudah tentulah kita tidak mahu masa kita habis begitu sehaja tanpa dapat ganjaran pahala di sisi Allah...Kita mahu ibadah kerja kita ini diterima sebagai amal solleh...


Apabila kita bercakap dengan amal solleh ini kita tak dapat lari daripada keimanan kita kepada Allah...Iman merupakan kepercayaan , kerja dan keikhlasan..


Rasulullah SAW mengingatkan kita di dalam  sebuah hadith..."Iman itu bukan lah angan-angan, dan bukan pula perhiasan lahir, melainkan yang ternanam dalam hati dan dibuktikan oleh perbuatan" (Riwayat Ibnu Najjar dan Dailami)


Dalam Al Quran terdapat lebih dari 70 ayat yang mengaitkan iman dan amal ini...Amal ini cukup luas pengertiaannya. Ini termasuklah segala yang dapat memberikan kebaikan untuk keduniaan dan keagamaan, untuk persaorangan dan masyarakat dan juga untuk kehidupan rohani dan kebendaan.


Jadi marilah kita sama-sama meningkatkan amalan solleh kita dimana pun kita berada hatta di tempat kita mencari rezeki ini....Jadi untuk Allah terima sebagai amal solleh , pekerjaan kita ini mestilah bermula dengan niat yang betul hanya sanya ikhlas  kepada Allah dan mesti mengikut  jalan yang syarak dan bukan jalan yang maksiat kepada Allah.


Sekian, kebenaran ini datang dari Allah, sama-sama kita pohon kekuatan dari Allah untuk kita amalkan..kesilapan yang ada , adalah kesilapan sebagai kita manusia biasa...maaf jua di pinta..


Tutup dengan tasbih Kafarah dan Suratul Ars...


Sekiranya ada pertanyaan sila hantar di dalam ruang komen ...ini adalah untuk kebaikan bersama


Wasalam

Monday, October 18, 2010

Isu semasa: Lemahnya iman dan akibatnya maksiat berluasa


Berita saperti di bawah ini sudah menjadi biasa di dalam 
masyarakat kita....mengapa ini terjadi? pelbagai faktor 
penyebabnya tetapi tiadanya didikan ugama yang jitu 
dari peringkat awal lagi , ibu bapa tidak memberi 
didikan yang sepatutnya...yang mana akibatnya 
lahirlah manusia yang hanya mengejar keduniaan 
sahaja tanpa menghirau dosa pahala.  

Penekanan kepada keimanan yang sabenar nya kepada
 Allah amatlah kurang...Akibatnya iman tidak dapat mengawal 
kehidupan...dan yang mengawal kehidupan mereka hanya 
nafsu shahwat yang di bimbing oleh syaitan.  Mereka tidak t
akut pada Allah, tidak takut pada Malaikat yang mencatat ,
 tidak takut pada siksaan api neraka...mereka sanggup melakukan 
apa sahaja tanpa segan dan malu....tidak kesah suami orang 
atau isteri orang ...saperti yang dilapurkan  dibawah.....

Inilah dia antara tanda akhir zaman....iman manusia terlalu lemah....
Inilah yang disebut di dalam sebuah hadith  Riwayat Muslim..
."Dari Abu Hurairah RA  bahawa Rasulullah bersabda
 " Dahulukan amal soleh di mana pada waktu itu akan
 terjadi huru hara dahsyat bagaikan malam yang gelap 
gelita, seseorang pada pagi harinya beriman lalu pada 
petangnya harinya kafir, lalu pada pagi harinya menjadi 
mukmin. Ia menjual agamanya dengan keduniaan"

Jadi renungi saudara dan saudari....Didik lah hati kita dan keluarga kita
 dengan didikan iman untuk menghadapi fitnah akhir zaman yang mencabar ini......


PUTRAJAYA: Sama ada suka atau tidak, Putrajaya antara ‘lubuk’ 
perlakuan maksiat sama ada membabitkan pasangan suami dan isteri 
orang yang berstatus kakitangan awam atau atau pasangan remaja yang
 kemaruk melakukan maksiat.
Kegiatan itu semakin menjadi-jadi berikutan sikap kebanyakan penghuni 
Islam di kuarters kerajaan dikenal pasti menggunakan pendekatan 
‘tidak menjaga tepi kain orang’ sehingga memudahkan perlakuan 
maksiat berleluasa.

Tanpa berselindung, Carlos mengakui terkejut apabila mereka 
beranggapan Putrajaya lokasi paling sesuai untuk melakukan maksiat.

“Kenyataan ini sukar diterima, tetapi hakikatnya perlakuan maksiat 
ermasuk membabitkan suami dan isteri orang berstatus kakitangan
 kerajaan banyak dan kerap berlaku.

“Malah, lebih mengukuhkan dakwaan itu apabila beberapa pasangan
 berstatus kakitangan awam dicekup kerana berkhalwat di kuarters kerajaan,
” katanya ketika dihubungi, semalam.

Sunday, October 17, 2010

Khadijah binti Khuwailid -ambillah contoh daripada peribadinya......

Seerah sahabat adalah satu Ilmu yang perlu kita dekati di dalam rangka mengambil contoh pratikal dalam menjalani peroses tarbiah hati....Selalulah kita merujuk seerah sahabat yang sabenarnya kehidupan mereka itu sentiasa hidup.......

Untuk kali ini ingin diceritakan sedikit tentang kehebatan srikandi yang agung yang bernama Khadijah binti Khuwailid..Sekurang-kurang apabila di tanya tentang siapa isteri Rasullullah yang pertama kita tahu juga untuk menjawabnya...adalah tidak adil kalau kita tahu terperinci hanya isteri  orang kenamaan di dunia yang langsung kadang-kadang tak boleh dijadikan contoh...

Sedikit latar belakang

Beliau wanita Quraish yang disegani
Gelaran al Tahirah...wanita yang suci
Ibunya  bernama Fatimah binti Zaydah
Lahir di Mekah tahun 68 sebelum hijrah..
Wanita korporat yang berjaya
Tertarik dengan Muhammad (Rasullullah) -pemuda yang jujur dan baik budi pekerti dimasa itu
Muhammad membawa barang dagangan ke Syam dengan di temani khadam lelaki Khadijah bernama Maisarah
Mendapat keuntungan yang banyak
Khadam Khadijah terpegun dengan sifat amanah dan jujur Muhammad dan disampaikan kepada Khadijah
Khadijah tertarik dan berhajat menjadi suri dalam hidup Muhammad


PERKAHWINANNYA DENGAN MUHAMMAD RASULULLAH SAW

Khadijah menghantar utusan dan menawarkan diri untuk menjadi Isteri kepada pemuda tersebut (Muhammad)-Dari sini antara pengajaran yang dapatkita  ambil ialah dibolehkan perempuan meminang lelaki dengan alasan yang baik...Khadijah tertarik disebabkan oleh akhlak yang terpuji dan bukan tujuan-tujuan yang lain...akhlak yang terpuji yang boleh membimbing beliau kearah yang lebih baik..Sabenarnya ramai lagi pembesar Quraisy yang kaya tapi di tolak disebabkan  oleh tiada akhlak dan tiada contoh dan tauladan...Inilah sabenar asas dalam pemilihan pasangan.  Wanita juga ada hak memilih dan pilih lah yang berakhlak Islam dan bukan atas dasar kebendaan semata-mata....untuk dijadikan suami dan berdoalah pada Allah semoga dipertemukan jodoh yang baik.

Muhammad bersetuju dengan tawaran dan memberitahu bapa saudaranya tentang hal ini...Antara pengajarannya ialah Baginda menggunakan orang ketiga untuk menjawab tawaran tersebut dan menghantar rombongan yang diketuai oleh Abu Talib dan Hamzah  ..Jadi berhati-hatilah pemuda dan pemudi sekarang bukan nya hal nikah kahwinboleh buat  buat direct ...lelaki dan perempuan....sebab yang kita hendak ialah barakah dalam perkahwinan kita...kita nak bina masjid....kalau perbincangan yang penting ini hanya secara direct...ingatlah pihak ketiga ialah syaitan...

Maka berkahwin lah Khadijah dan Muhammad ....mereka hidup dengan penuh rukun damai dan bahagia sebagai pasangan  suami isteri....Wahai pemuda-pemudi inilah yang kita idamkan, bina baitul Muslim dengan mendapat keberkatan dari Allah...Jadi pilihlah ikut Islam ,  InsyaAllah akan bahagia berpanjangan dan mendapat bimbingan dari Allah...Ikut nafsu akan penuh dengan kesusahan...

Umur Rasulullah ketika itu 25 tahun -ketinggian akhlak yang mulia---pengajarannya...pemuda kita sepatutnya apabila meningkat umur 25 tahun boleh bersedia untuk berkahwin tapi yang paling penting persediaan akhlak yang mulia dari pelbagai segi...
Khadijah RA pula berumur 40 tahun...merupakan seafdal-afdal wanita dari pelbagai segi..Beliau merupakan isteri yang pertama dan Baginda tidak mengahwini mana-mana perempuan pun semasa hayatnya, hingga beliau meninggal...

Mereka di kurniakan enam orang anak....Qasim, Zainab, Abdullah, Ruqayyah, Ummu Kalthum dan Fatimah..Anak lelakinya semuanya meninggal semasa kecil..Anak perempuan baginda sempat bersama baginda dan wafat semasa hayat Baginga kecuali Fatimah wafat selepas enam bulan kewafatan Baginda....Kita perlu tahu juga bilangan nama anak-anak Rasullullah SAW bersama Khadijah.RA ..Bukan kita hanya ingat nama-nama yang lain saja...Ini nama anak Rasullullah yang kita kata ikutan kita....

Untuk kali ini ambillah beberapa pelajaran dan Seerah ini bersambung............

Ingat Seerah di fahami untuk dijadikan contoh kehidupan BUKAN setakat bahan sejarah....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...