Thursday, September 30, 2010

Taqwa dan kehidupan

Persoalan Taqwa selalu diperingatkan kepada kita malah adalah wajib kita diingatkan setiap minggu (rukun Jumaat) tentang persoalan ini...Di daalm kitab hadith 40 kita diperingatkan oleh Rasullullah SAW .....Daripada Abu Zar Jundub ibn Junadah dan Abu Abdul Rahman Mu'az ibn Jabal, r.a., رضي الله عنهما
daripada Rasulullah SAW, bahawa Baginda bersabda:
Bertaqwalah engkau kepada Allah walaupun di mana engkau berada, dan iringilah kejahatan dengan kebaikan, nescaya ia akan menghapuskan kejahatan tersebut dan bergaullah sesama manusia dengan budi pekerti yang baik.
Hadis riwayat al-lmam al-Tirmizi. Beliau berkata: la adalah Hadis Hasan. Dalam setengah manuskrip,
ia adalah Hadis Hasan Sohih.


Marilah kita bersama-sama mengingatkan diri kita , keluarga kita, sahabat-sahabat kita tentang persoalan taqwa.  Ianya mudah disebut tetapi dari segi amalan kita amat sukar sekali.  Mengikut tafsiran hadith di atas….Bertaqwalah kepada Allah dimana saja engkau berada. Mengikut pengertian yang selalu kita fahami…. Takutlah Allah dimana sahaja kita berada, samada ditempat yang ramai mahupun ditempat yang sunyi jauh dari pandanagn mata manusia. Inilah yang hendak kita tanam di dalam jiwa kita, kena peroses betul-betul hati ini, nak merasakan kita tak terlepas dari pandangan Allah….

Pengertian taqwa antaranya adalah …. mengerjakan  segala yang wajib dan meninggalkan yang segala yang haram. Perlaksanaan ini tetap disempurnakan dengan tidak memilih waktu dan tempat, sebab taqwa menurut Rasulallah , hendaklah dilakukan dimana sahaja sesaorang itu berada. INGATLAH ALLAH SENTIASA MEMERHATI KITA….DUA MALAIKAT SENTIASA DISISI KITA…

Taqwa kepada Allah bermakna berbakti kepada Nya dengan sepenuhnya pada segala tempat dan masa. Menurut ketentetuan hukumnya, berbakti kepada Nya bermaksud mematuhiNya, tidak menderhakaiNya, mengingatiNya tidak melupaiNya, mesyukuriNya tidak mengingkarinNya. Malah segala kehidupan kita wajib mengikut kehendak Allah semata-mata. TIDAK ADA PILIHAN SEBAB KITA DICIPTAKAN UNTUK BERUBUDIYAH SEMATA-MATA KERANA ALLAH….

Taqwa kepada Allah diperlukan dimana sahaja sesaorang itu berada, samada seorang diri, tidak ada yang melihatnya, mahu pun didepan orang ramai yang memandang gerak gerinya. Taqwa itu tetaplah tidak mungkin dihalang atau ditinggalkan oleh suatu keadaan yang menimpa dirinya. Tidak ada dolak dalih untuk membolehkan kita membelakangkan Allah…..berilah apa sahaja sebab-sebab logik  untuk menipu diri dan menyedapkan diri tetapi sabenarnya kita menipu Allah  kerana setiap detik niat dihati pun Allah sudah ketahui ….Ini yang berlaku di dalam seerah dimana ada dikalangan manusia yang mengengkari Allah kerana peristiwa yang telah berlaku dahulu semasa jahiliah,.... nenek moyang dah laksanakan jadi mengapa perlu ubah lagi dan pelbagai alasan..lagi

Kalau kita merujuk Al Quran (kehidupan kita mesti sentiasa bermula dengan  merujuk kepada Al Quran dahulu…) banyak ayat-ayat yang menegaskan faedah taqwa kepada Allah.
Antaranya  Banyak di dalam surah AlBaqarah…, ayat 21, 183, 179, 188…Firman Allah Surah al Thalaq 2-3

“Dan Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, niscaya Ia jadikan baginya satu jalan keluar dan ia dikurniakan dia jalan yang ia tidak sangka-sangka”

Jadi, kita yang lemah ini marilah menilai kembali taqwa kita kepada Allah, memperbaharui dan tingkatkan dari masa ke semasa…kita tidak ada pilihan sekiranya kita ingin kebahagiaan di dunia lebih-lebih lagi di akhirat….serahkan hati kita  untuk diperoses untuk di buang segala karat  jahiliah dan masukan kekuatan keimanan untuk menghabiskan  sisa sisa umur yang masih berbaki tak seberapa ini ……..

YA ALLAH BANTU LAH KAMI YANG LEMAH INI UNTUK MELAWAN NAFSU DAN SYAITAN YANG SENTIASA MENGANGGU  GUGAT KEIMANAN DAN KETAQWAAN KAMI…..AMEEN….

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...