Menurut pakar motivasi, Dr Azhar , apabila kita terlalu memikirkan sesuatu masalah atau masalah itu datang kembali di fikiran kita maka bebanan perasaan akan bertambah dan secara tidak langsung kualiti kesihatan akan merudum.Ini jelas sekali akan membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dan kemudaratan yang akhirnya akan menyebabkan kita terpaksa mengeluarkan wang ringgit dan memberi banyak masa untuk merawat penyakit yang kita seru sendiri tanpa sedar.
Kita perlu tahu bahawa 80% hingga 90% penyakit itu datang dari gejala tekanan Keluhan,ratapan atau apa juga yang kita istilahkan tidak lebih dari menanam afirmasi negatif dalam minda kita untuk mencipta persepsi yang negatif terhadap perjalanan hidup.
Kita sebenarnya tidak boleh terus menjadi negatif dan merungut kerana kita akan mengumpulkan semua perasaan dan fikiran negatif untuk disimpan dalam kotak memori yang akan melihat hidup sebagai suatu yang membebankan.
Mulai hari ini,kita tukarkanlah mindset kepada yang berteraskan Allah SWT bukannya mindset masala-masalah yang sering berubah. selagi kita hidup tentu masalah akan sentiasa datang. tapi ingat masalah selepas mati lebih kita takuti, tak ada orang yang dapat membantu kecuali amal kita. .
Islam adalah agama cinta mencintai dan apabila cinta Ilahi dijadikan asas kehidupan segala permasalahan mudah diungkai. Ungkapan ini mudah di cakap kerana kita manusia biasa yang keimananan kita sentiasa turunnaik. Marilah kita mendidik hati kita hidup ini bukan bergantung dengan manusia atau akibat perbuatan manusia tetapi kita hidup bergantung dengan rahmat Allah SWT.
Allah jadikan masalah untuk tingkatkan keimanan. Kita mengadu hal lah pada Allah. Mohon ampun dan taubat kepada . Berdoa lah bersungguh.....Ya Allah kami lemah yang Allah , bantulah kami.....
Renungi lah hadith ini
“ Amat menarik hati keadaan orang beriman, semua pekerjaan nya baik belaka, dan itu ada hanya pada orang yang beriman: Jika memperoleh kesenangan, dia bersyukur. Dan itu memberikan kebaikan kepadanya. Kalau di timpa bahaya, dia sabar (berhati teguh) dan itu membaikkan pula kepadanya.
Jika kita bergantung dengan sepenuh jiwa kepada-Nya pasti akan ditunjukkan jalan untuk keluar dari kemelut masalah yang kita hadapi. Mungkin ia mengambil masa dan ingat lah sayang masa juga merupakan sebahagian dari rawatan. Membincangkan kegeraman terhadap masalah tidak mampu menyelesaikan masalah tetapi kita akan terus terbakar dengan emosi.Emosi yang terbakar itu bukan sahaja membakar kemarahan tetapi ianya turut membakar masa hadapan.Setiap keputusan yang berlandaskan emosi itu amat merugikan.
No comments:
Post a Comment