Friday, February 17, 2012

Renungan ayat Alquran...

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Saya mengajak diri dan saudara dan saudari untuk menggunakan kesempatan umur ini dengan menggunakan pancaindera yang Allah bagi kepada kita untuk mendekatkan diri pada Allah SWT...Semua kita sya yakin tidak mahu dilemparkan ke neraka di Akhirat kelak..
Renungilah amaran Allah ini...firman Allah di dalam surah Al 'Araf ayat 179 yang bermaksud.....
"Dan sungguh akan Kami isi neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak digunakan untuk memahami ayat ayat Allah dan memiliki mata tetapi tidak digunakan untuk melihat tanda tanda kekuasaan Allah dan mereka mempunyai telinga tetapi ridak digunakan untuk mendengar ayat ayat Allah. Mereka saperti hewan ternak bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang orang lengah.

Mudahan kita dapat ingat kan diri kita dan juga sudara saudara kita yang lain.
Waslam dan maaf sekiranya tersilap ejaan dll...maslah komputer..

Saturday, February 11, 2012

Renungan Sunnah Rasulullah SAW...memakai kasut..

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Kita memakai dan menanggalkan kasut setiap hari..tetapi kita tak kesah pun cara kita memakainya...antara panduan yang diberikan ..hadith Rasulullah SAW yang bermaksud...
"Apabila kamu memakai sepatu, mulakan dengan kaki kanan dan apabila kamu menanggalkannya hendaklah memulakan dengan kaki kiri dan hendaklah kamu memakai semuanya (kedua dua belah) atau meninggalkan semuanya"

Cubalah amalkan dan janganlah lupa membaca Bismillah..pada setiap amalan kita dan niat kita kenalah betul juga...semoga dapat kita sama sama amalkan...

Sekian
Wasalam

Renungan Sunnah Rasullullah SAW...Ketika memasuki bilik mandi

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

saudara dan saudari yg dimuliakan

Antara lain sunnah kita melangkah dengan kaki kiri masuk ke bilik mandi dan keluar dengan melangkah kaki kanan.

Membaca doa ketika masuk...yg bermaksud
"Ya Allah aku berlindung dari syaitan betina dan syaitan jantan" HR Bukhairi dan Muslim.
Jadi bagi kita kenalah berhati-hati supaya jangan terlalu lama di dalam bilik air...biasanya idea tak elok, ingatan yang berserabut keinginan kepada nafsu liar dll..biasanya datang di dalam bilik air ini...oleh itu cubalah hafal dan fahamlah makna doa ini baik baik...lebih menakutkan lagi kita keluar dengan membawa perangai syaitan betina atau perngai syaitan jantan....

Apabila keluar dari bilik air bacalah doa yang bermaksud...Aku mengharapkan keampunanMu
Inilah sunnah yang kita diajar oleh Rasulullah SAW dan kita selalu lalai untuk memperaktikannya...
Sekian, semoga cuba amalkan didalam kehidupan harian kita...
Waslam

Sunday, February 5, 2012

Selamat memperingati hari kelahiran Nabi Muhammad SAW

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wm


Alhamdullillah sekali lagi Allah panjangkan umur kita untuk bertemu lagi tarikh kelahiran junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.....muhasabah lah kembali perjalanan hidup kita ...adakah kita telah berusaha untuk mengikut segala ajaran dan contoh yang ditunjukkan kepada kita..ataukah disebaliknya yang kita lebih mengikut telunjuk hawa nafsu kita....apakah nilai hidup kita..nilai Allah atau nilai nafsu kita.....selalulah bertanya Allah sebelum kita melaksanakan tindakan kita...ha
lal ke haram..pahala ke dosa...walau dosa kecil...jangan kita logik akal didalam hukum hakam....

Jadi sempena mengingati hari yang agung ini marilah kita cuba laksanakan risalah yang di bawa oleh Rasullullah SAW antara kandungan besarnya

1. Mengesakan Allah
2. Mengimani hari Akhirat
3. Berusaha membersihkan diri dengan meninggal segala mungkar dan kejahatan yang boleh membawa kepada akibat buruk dan  berusaha mencapai kebaikan ,kesempurnaan dan amalan baik.
4. Menyerahkan segala tindakan kepada Allah SWT

Semoga kita dapat mendekati seerah perjalanan Rasulullah SAW secara keseluruhan.  Kita yakin apa aktiviti dan masalah kehidupan sudah ada cara dan kaedah yang telah terlaksana semasa kehidupan Rasulullah SAW...cuma bentuknya nya saja yang berlainan.

Sekian, wasalam

Thursday, January 5, 2012

Jagalah solat kita: laksanakan beberapa adab solah....

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan sudari yang dimuliakan

Antara adab solat yang perlu kita jaga dan beri perhatian.....antaranya

a. Menunaikana solat diawal waktu dan tidak menangguhkan perlaksanaannya
b. mengerjakan solah berjemaah
c. melazimkan diri dengan membaca ayat  ayat al Quran dan zikir selepas solat serta berdoa kepada Allah dengan mengharapkan doa itu diterima oleh Allah.
Semoga peringatan ringkas dapat dijadikan panduan....
rujukan kitab.ustz Hasnan Kasan

Thursday, December 8, 2011

Marilah kita berdoa memohon pertambahan ilmu yang manafaat ........

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim


Saudara dan saudari yang di muliakan


Menurut Prof Dr Yusuf Al Qardawi , Sesungguhnya ilmu pengetahuan itu bukan musuh atau lawan dari iman, melainkan petunjuk jalan yang membimbing ke arah iman. Inilah hakikat ilmu pengetahuan yang bermanafaat kepada kita . Ilmu yang dapat menyedarkan kita 


1. Tentang peranan dan tanggungjawab kita sebagai seorang manusia yang dicipta Allah SWT.


2. Untuk menjauhkan diri dari kehidupan dunia yang menipu serta mengharap Akhirat yang lebih baik (Dr Abdul Karim Zaidan)


Mudah-mudahan kita dapat  selalu  berdoa dan antara doa mathur yang boleh kita amalkan.....


اللَّــهُمَّ انْـفَعْنِي بِمَا عَلَّمْـتَنِي ، وَ عَلِّمْنِي مَا يَنْـفَـعُـنِي ،
وَزِدْنِي عِلْماً ، الْحَمْدُ للَّـهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ،
وَأَعُوذُ بِاللَّـهِ مِنْ حَالِ أَهْلِ النَّارِ


Maksudnya : “ Ya Allah berikanlah kepadaku manafaat atas segala yang Engkau ajarkan, dan ajarkanlah kepadaku apa yang memberi manfaat dan tambahkanlah ilmuku, syukur kepadaMu atas segala yang perkara, aku memohon perlindungan dariMu dari keadaan ahli neraka”.[HR Tarmizi]



Semoga kita sama-sama dapat beramal dengan doa di atas dan dengan ilmu pengetahuan yang manafaat ini dapat menyuluh hati kita untuk menghadapi kehidupan di dunia lebih-lebih lagi kehidupan Akhirat....


Sekian, Wasalam
Rujukan: blog dan buku ulama' Muktabar...


Friday, December 2, 2011

Peringatan Ibnu Qayyim: Maksiat dan kesannya di dunia


Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurnianya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Walau pun kita tidak bertemu wajah tetapi dengan keimanan dan keyakinan kita untuk kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita maka Allah akan berikan kita taufik dan hidayah kepada kita untuk seronok mendengar atau membaca peringatan dari  pelbagai pihak yang kita yakin sumbernya.  Sabenarnya bukan mudah kita nak asuh hati kita supaya mengikut jalan Allah kerana jalan itu hanya satu sedangkan jalan lain yang dijaga oleh syaitan terlalu banyak yang sentiasa menunggu kita dan hendak menyesatkan kita....jadi berhati-hati dan berwaspadalah sentiasa..Jagalah Allah maka Allah akan menjaga kita……InsyaAllah.

Suadara dan saudari

Pada kali ini ingin saya bawakan peringatan oleh ibnu Qayyim tentang kesan maksiat ke atas kita supaya dapat kita berusaha bersungguh-sungguh untuk  tidak terlibat  atau terjebak dengannya. Sempena kita menyambut tahun baru 1433 hijrah  ini marilah sama-sama kuatkan azam kita untuk bersunguh-sungguh  meninggalkan maksiat atau dosa kepada Allah SWT.  Ibnu Qayyim menegaskan bahawa maksiat mempunyai kesannya sapertimana taat juga mempunyai kesannya.  Ketaatan menjadi sesuatu yang manis bagi simukmin manakala maksiat adalah satu kelazatan bagi penderhaka kepada Allah SWT.

Sesungguhnya maksiat dan pengaruhnya sangat membahayakan insan di dunia dan di akhirat. Mukmin sentiasa berhati-hati dalam kehidupan hariannya agar tidak terperangkap dalam kemaksiatan.

Suadara dan saudari

Sabenarnya menurut Ibnu Qayyim kesan-kesan kemaksiatan yang dilakukan oleh sesorang hamba dapat dilihat semasa hidupnya di dunia ini lagi. Antara kesan-kesannya  itu ialah:

1.  Tidak mendapat ilmu yang sabenarnya.

Ilmu adalah sinar yang diletakkankan Allah SWT  ke dalam hati. Sedangkan maksiat pula memadamkan sinar tersebut.  Di dalam satu peristiwa imam Malik menasihatkan imam Syafie yang belajar dengannya….

“Saya melihat Allah telah meletakan sinar di dalam hatimu. Jangan engkau padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Imam syafie juga pernah mengeluh “Saya mengeluh kepada wakii' bahawa hafazan ku jelek lantas dia menasihatiku untuk meninggalkan maksiat. Sambung wakii..ketahuilah bahawa ilmu itu adalah anugerah Allah dan Allah tidak akan memberikan kepada pelaku maksiat.

Jadi renungilah diri kita…. kadang kadang ilmu kita tak ada keberkatan malah sangat sukar untuk mengamalkan ilmu yang ada pada kita.

2.  Tidak mendapat rezeki yang diberkati

Didalam Musnad imam Ahmad ada menyebut
"sesungguhnya seorang hamba tidak mendapat rezeki kerana dosa yang diperbuat"

Sabenarnya jelas bahawa taqwa kepada Allah SWT itu akan membawa kepada kemurahan rezeki yang diberkati sedangkan meninggalkan taqwa mendatangkan kefakiran dan kemiskinan yang sebenar.

3.  Kerisauan dan kesepian hati

Hati seorang pelaku maksiat kepada Allah SWT tidak ada keseimbangan dan kenikmatan, malahan yang terbit dari hatinya hanyalah kegelisahan dan kesepian. Sekiranya kenikmatan dunia seisinya diberikan kepadanya tetap tidak dapat mengimbangi keresahan tersebut.

Tidak ada yang lebih pahit bagi hati insan daripada kerisauan kerana kesepian atau keterasingan antara dirinya dengan orang-orang lain, lebih-lebih lagi dengan orang yang sebelumnya ini baik dengannya. Apabila perasaan keterasingan ini menjadi kuat ia akan akan menjauhkan dirinya dari lingkungan orang-orang tadi.

Akhirnya, jika hati yang terasing itu banyak melakukan maksiat, dia  akan mendekati kelompok syaitan dan jauh dari kelompok yang dekat dengan Allah SWT. Kesan seterusnya, perasaan keterasingan ini akan menguasai dirinya dan dia akan mula terasa asing dari keluarga dan anak-anaknya, dan ini akan terus menambah kerisauan dan rasa tertekan dalam dirinya.     
  
4.  Banyak mendapat kesulitan

Orang yang tidak bertakwa akan mendapat kesukaran dalam pelbagai urusannya. Kehidupannya  banyak menemui kesulitan, jalan buntu dan jalan penyelesaian yang serba sulit.

5.  Kegelapan di dalam hati

Kegelapan dalam hatinya akan sungguh dia rasakan saperti gelap pekatnya malam. Apabila dia diberi petunjuk, maka kegelapan naksiatnya itu akan menutupi hatinya.

Berkata ibnu Abbas
“Sesungguhnya pada kebaikan itu ada cahaya pada wajah, sinar pada hati , kelapangan pada rezeki dan kekuatan pada badan serta kecintaan di hati ramai terhadap dirinya.  Ada pun pada perbuatan buruk terdapat warna hitam pada wajah, kegelapan dalam hati, kelemahan pada badan, kekurangan rezeki dan rasa benci kepadanya di hati ramai orang”



6.  Melemahkan hati dan badan

Orang mukmin itu kekuatannya  terletak pada hatinya. Apabila hatinya kuat maka badannya pun akan menjadi kuat. Sedangkan orang yang jahat dan penuh dengan maksiat, walaupun badannya kuat namun hatinya sangat lemah.

7. Kehilangan ketaatan kepada Allah SWT

Tidak ada hukuman bagi sesuatu dosa  kecuali hukuman nya adalah terhalangnya sesaorang dari pada ketaatan terhadap Allah SWT. Juga terputuslah jalan-jalan kebaikan baginya. Ketaatan itu lebih baik daripada dunia seisinya.

8.  Mengurangi umur dan mengikis keberkatan.

Sebahagian ulama mengatakan bahawa kurangnya umur orang yang melakukan maksiat bermakna hilangnya keberkatan umur. Hidup ini sbenarnya kehidupan hati.

Umur manusia beriman ialah apabila hatinya hidup bersama samanya dan bersama-sama Allah SWT. Itulah umur yang sabenarnya. Apabila hidupnya berpaling dari Allah SWT dan sibuk dalam kemaksiatan,  maka hilanglah kehidupan yang hakiki. Sehingga pada akhirnya (di akhirat nanti) pelaku maksiat akan berkata saperti Firman Alllah SWT yang bermaksud…..
“Dia mengatakan:” Alangkah baiknya sekiranya aku dahulu mengerjakan (amal soleh) untuk hidupku ini” [Surah Al Fajr:24]

Suadara dan saudari

Semoga peringatan dari ibnu Qayyim ini akan memberikan kita kesedaran untuk berusaha meninggalkan maksiat kita kepada Allah SWT ..mungkin dengan kita membuat maksiat sekarang ini kita akan mendapat keseronokan dan kelazatan yang sementara di dunia ini tapi ketahuilah bahawa kita akan di azab dan disiksa di Akhirat kelak. Ingatlah bahawa Akhirat adalah kehidupan kita yang kekal dan sebagai seorang muslim kita kena yakin akan kehidupan selepas mati ini. Dan perlu bersedia.....setiap masa.

Sekian, Sekira ada kesilapan maaf dipinta.....

Rujukan: Ibnu Qayyim (Kitab  Attakrif)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...