Thursday, December 2, 2010

Usia kita: Berapa lama lagikah kita di dunia yang sementara ini…….


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, bertemu kita sekali lagi di usrah siber ini dan di doakan saudara dan saudari sentiasa  di beri Allah SWT kesihatan untuk meneruskan kehidupan kita di dunia yang sementara ini….Buatlah kebaikan semampu mungkin hatta dengan melemparkan senyuman kepada saudara kita..selagi kita masih bernyawa….

 Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Peristiwa kematian yang berlaku dan di laporkan setiap hari yang saya catatkan di bawah menjadi bahan tarbiyyah (didikan) yang cukup praktikal untuk kita mengingati tentang usia kita ini….bilalah usia kita kita akan sampai  ke penghujungnya….Daripada lapuran dibawah menunjukkan bahawa kita akan di ambil Allah SWT tanpa mengira usia dan masa…seawal bayi pun Allah SWT telah jemput untuk kembali…renungkanlah diri kita ini…

Saudara dan saudari

Usia atau umur sesaorang merupakan harta dan modal utama dalam kita mencapai kebahagiaan di dunia dan Akhirat.  Barang siapa yang menggunakan waktu nya untuk beribadah kepada Allah, maka ia termasuk dikalangan orang yang beruntung.. Tetapi sekiranya ia menggunakan umurnya untuk berbuat maksiat dan dosa, maka ia benar-benar termasuk orang yang celaka dan rugi.

Maka fikirkan lah semasak-masaknya, adakah kita sudah menafaatkan umur kita sebaik-baiknya? Adakah kita sentiasa menggunakan masa yang AllahSWT berikan ini untuk beribadah? Ataukah kita sibuk melakukan maksiat? Bukankah kita seharusnya menjalani kehidupan kita dengan baik? Sesungguhnya, Allah akan memperhitungkan umur kita dan Allah tidak main-main dalam hal ini.  Allah SWT tegaskan di dalam surah Al Mukminun: 115…yang bermaksud

“Maka apakah kamu menganggap bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main(saja) dan kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami?”

Saudara dan saudari

Marilah kita mengambil ingatan Allah SWT itu secara serius di dalam kehidupan kita, Jangan lah kita mensia-siakan umur kita di dalam menjalani kehidupan kita ini.  Seringkali, kita  selalu mensia-siakan umur kita hanya untuk melakukan sesuatu yang kurang bermanafaat. Kita hanya ingin mengikut hawa nafsu kita seakan-akan kita akan hidup di dunia ini dan bahagia selama-lamanya…

Oleh itu sedarlah hati-hati kita bahawa selagi Allah SWT masih pinjamkan  umur kepada kita , gunakan lah sebaik-baik mungkin untuk beribadah kepada Allah SWT di dalam erti kata yang sebenarnya  di dalam semua aspek kehidupan …baik kita sebagai pelajar atau pekerja, bujang atau berkeluarga……Sesungguhnya setiap detik perbuatan kita akan di minta di pertanggungjawaban.  Allah SWT jelaskan di dalam surah Al Qiyamah:36 yang bermaksud

“Apakah manusia mengira ia akan di biarkan begitu saja (tanpa di pertanggungjawaban”

Sekian, semoga peristiwa yang di catatkan di bawah ini menjadi pengajaran yang praktikal di dalam hidup kita…Umur di panggil pulang oleh Allah tidak mengira usia, muda,  tua, kecil atau besar…sebab musababnya juga pellbagai dan kadang-kadang diluar kemampuan kita untuk berfikir….

Sekiranya ada kebaikan ianya datang dari Allah SWT, kelemahan adalah dari kita manusia biasa,,maaf di pinta

Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan surah Al Asr…..

Wassalam

Rujukan : Pesanan Mahmudin

Bayi terbunuh

BENTONG: Seorang bayi berusia setahun yang dipangku ibunya terbunuh selepas kereta Honda Accord yang dipandu bapanya terbabas ke kiri jalan dan melanggar jambatan kecil sebelum terhumban ke dalam longkang dalam satu kemalangan di Kilometer 65.1, Lebuhraya Karak, dekat sini, malam kelmarin.
Dalam kejadian jam 9.15 malam itu, Wan Nor Syifa Sorfina Wan Ghazali, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala selepas terhantuk pada papan pemuka kenderaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Rosli Abdul Rahman berkata, mangsa yang dipangku ibunya, Ismawati Ismail, 38, bersama ahli keluarga yang lain dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kuala Terengganu.
Maut dirempuh
 Oleh Mohd Nur Asnawi Daud
asnawi@hmetro.com.my
SEREMBAN: Seorang lelaki warga emas maut selepas motosikal ditunggangi terbabas menyebabkannya terjatuh sebelum dirempuh sebuah lori dalam kejadian di Jalan Senawang-Paroi, berhampiran Taman Guru, di sini, semalam.
Dalam kejadian jam 9.55 pagi itu, mangsa Ahmad Abu Samah, 83, pesara tentera mati di tempat kejadian kerana kecederaan parah di kepala.

Harian Metro difahamkan, ketika kejadian, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Taman Rashidah Utama selepas keluar membeli barangan keperluan harian di Pasar Tani Ampangan.
Jurucakap polis berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke lokasi untuk melakukan siasatan sebaik menerima maklumat kemalangan berkenaan.

Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai gagal mengawal motosikal menyebabkannya terjatuh.

“Pada masa sama, datang sebuah lori dipandu seorang lelaki berusia lingkungan 60-an dari arah sama gagal mengelak lalu merempuh mangsa menyebabkannya mati di tempat kejadian.

Maut dirempuh kereta api


KUALA LIPIS: Seorang lelaki yang dipercayai masih bersedih serta tidak dapat menerima hakikat kematian isteri sejak tiga tahun lalu ditemui maut selepas dilanggar kereta api di Kilometer 244.67 di Bukit Bentong, dekat sini, pagi semalam.
Kejadian jam 4.05 pagi itu mengakibatkan Md Arshad Ariffin, 67, dari Felda Sungai Koyan, dekat sini, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Mangsa yang menghidap penyakit nyanyuk sejak tiga tahun lalu selepas kematian isteri dan mempunyai enam anak, tinggal bersama anak perempuan keempatnya di Felda berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan berkata, mangsa dipercayai keluar rumah tanpa disedari anak dan menantunya yang sedang tidur sebelum menuju ke landasan kereta api itu.

Lelaki maut jatuh tingkat 19
       
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 45 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 19 Flat Kuarters Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, petang semalam.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, lelaki terbabit dikatakan cuba memanjat balkoni rumahnya sebelum dia tergelincir dan jatuh.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa memanjat balkoni itu sebelum dia terjatuh.
Menurutnya, mangsa maut di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan parah di kepala dan badannya.

Wednesday, December 1, 2010

Cinta Dunia tak bawa ke mana……


Assalamu’alaikum wm

Alhamdullillah, bertemu kita sekali lagi di medan siber ini dan di doakan saudara dan saudari sentiasa bersemangat untuk memahami  dan meyakini segala perintah Allah SWT ke atas diri kita ....sebagai makluk ciptaanNya….

Saudara dan Saudari yang dimuliakan

Disini saya ingin berkongsi sedikit bahan yang di hantar oleh kawan saya yang dirasakan ada sesuatu yang baik untuk mendidik hati kita ini..mudah-mudahan apa sahaja ilmu yang baik yang dapat mentarbiyahkan diri kita ini kita ambillah ia sebagai yang positif di dalam membina kehidupan kita yang sementara ini.  Berdoalah untuk kebaikan mereka-mereka yang berusaha menyebar luaskan kefahaman Islam  keseluruh alam ini….

Iman nilai sebenar manusia untuk pertimbangan pada hari pengadilan

DUNIA sudah memperlihatkan kepada kita kekejamannya terhadap sesetengah insan yang kurang bernasib baik. Seorang kuli yang bekerja di pasar dengan bermodal tulang empat kerat terpaksa mengangkat barang beratus kilogram sehari demi mendapatkan RM20 atau RM30 untuk nafkah anak dan isteri.

Seorang wanita yang bekerja membersih tandas awam pulang ke rumah hingga jauh malam semata-mata hendak mendapatkan RM500 sebulan demi anak yatimnya. Suami yang bekerja sebagai kerani terpaksa menolong isteri menjual kuih seawal jam 4 pagi semata-mata mahu memberi keselesaan hidup kepada anak mereka.

Mereka semua bukan orang yang malas seperti dianggap golongan kaya serta berkedudukan tinggi yang suka mencemuh, pantang melihat orang miskin. Boleh jadi tenaga dan kecekalan hati orang fakir jauh lebih hebat daripada keadaan orang yang lahir tidak mengenal langsung apa itu kemiskinan.

Untuk berada di puncak kejayaan, ada kalanya seseorang mesti mengorbankan kebahagiaannya. Sedikit demi sedikit wang dikumpul, harta dijimatkan dan digandakan dengan usaha gigih. Selepas jangka waktu yang panjang titik peluh itu kini berbuah hasilnya.

Alangkah susahnya mendapatkan syurga dunia. Padahal ia jauh lebih hina daripada syurga akhirat.

Untuk memiliki sebuah rumah teres yang sempit bagi orang berpendapatan sederhana perlukan masa lima atau 10 tahun untuk mengumpul wang dan dalam tempoh itu terpaksalah berpindah-randah menyewa rumah.

Betapa berharganya wang RM1 yang dikumpul demi impian memiliki rumah sendiri. Itu pun masih harus menghabiskan saki baki hutang hingga 25 tahun lagi. Tidak hairan jika minum air kosong dan makan dengan telur mata kerbau setiap hari pun tidak mengapa demi rumah idaman.

Pernahkah kita menyelami dasar hati dan bertanya: “Mengapa untuk mendapatkan kekayaan dunia manusia sanggup berjaga sepanjang malam, bangun awal pagi, bersesak dan berebut mencari rezeki demi kenikmatan dunia yang sementara ini.”

Padahal Allah sudah menjanjikan syurganya yang lebih hebat lagi kekal selamanya tanpa perlu keletihan bekerja seharian, tanpa perlu tertekan dengan persekitaran yang kejam, tanpa perlu menjadi binatang buas yang kerjanya mengorbankan orang lain demi nafsu serakah.

Ramai yang tertekan dengan persaingan di pejabat, jatuh-menjatuhkan untuk mendapat kedudukan tinggi, bodek-membodek, tikam belakang hingga berhadapan dengan segala ego dan kesombongan melampau.

Golongan fakir pula kecut perut dikejar hutang, dengki dengan harta orang lain, putus asa dengan pendapatan yang licin habis pada tengah bulan. Betapa kita ditertawakan oleh takdir kita sendiri.

Suratan nasib anak Adam yang melakonkan segmen kehidupan cukup melelahkan. Untung atau rugi, bahaya atau aman, kaya atau miskin, pintar atau bodoh, menipu atau tertipu, zalim atau dizalimi, iman atau kufur. Semuanya atas pilihan masing-masing.

Hingga suatu masa nanti mereka yang memilih lorong gelap dalam hidupnya ternganga disentap malaikat maut. Pelik tapi benar, mereka ini sempat juga mahu merasuah dengan apa saja yang pernah dimiliki di dunia supaya boleh terselamat daripada azab Allah.

Al-Quran menceritakan yang bermaksud:
“Sedang mereka saling memandang, orang kafir ingin kalaulah dia dapat menebus dirinya daripada azab hari itu dengan anak, isteri, saudara mara dan kaum keluarganya yang melindunginya di dunia, dan orang di atas bumi seluruhnya (segenap isi dunia sekalipun). Kemudian (mengharapkan) tebusan itu dapat menyelamatkannya. Sekali-kali tidak dapat! Sesungguhnya neraka itu adalah api yang bergolak. Yang menggelupas kulit kepala. Yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling (dari agama). Serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya.” (Surah al-Ma’arij, ayat 11-18)

Demi mendapatkan dunia, mereka sanggup melakukan apa saja untuk membina empayar kekayaan dan kuasa, anak dan isteri yang menjadi cahaya mata, keluarga dan hamba yang sedia menolong menjaga nama baik mereka.
Akhirnya semua itu mahu dijadikan tangkal untuk keselamatan dirinya sendiri. Jika boleh mereka dijadikan benteng bagi melindungi dirinya daripada azab Allah. Tidak hairan siapapun boleh dijadikan mangsa hatta anak dan isteri sendiri.

Jika begitu keadaannya, manusia sebenarnya sudah ditipu oleh hawa nafsunya sendiri. Semua benda yang disukai, dikejar, dikumpul, direbut daripada tangan orang lain akhirnya tidak boleh menolongnya sedikit pun pada akhirat nanti.
Kadang-kala kita berfikir jika Allah memberi segala-galanya yang kita mahu di dunia ini, adakah Dia akan memberi kepada kita juga pada akhirat nanti?
Terbit rasa takut dan risau jika membaca ayat al-Quran yang sungguh menyentap hati yang bermaksud:

“Dan (Ingatlah) hari (ketika) orang kafir dihadapkan ke neraka (kepada mereka dikatakan): Kamu sudah menghabiskan rezekimu yang baik dalam kehidupan duniawimu (saja) dan kamu sudah bersenang-senang menikmatinya.” (Surah al-Ahqaf, ayat 20)

Alangkah ruginya memiliki segala kemewahan dunia tetapi setakat dirasa selama 60 tahun saja. Bahkan ketika ditanya berapa lama kamu hidup di dunia? Mereka menjawab tidak lebih daripada setengah hari saja.

Hidup sebagai orang kaya mempunyai risiko menjadi lalai, begitu pula hidup miskin lagi bahaya kerana manusia boleh jadi lebih dekat kepada kekufuran. 


Bagi mereka orang miskin jangan menyesal dilahirkan ke dunia, kerana di situlah medan pergelutan nasib baik dan buruk.
Kita hanya disuruh memenangi perlawanan itu dengan senjata iman. 

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kekayaan yang sebenar itu ialah kaya hati.”

Bermimpi untuk memilih rumah anda di syurga dengan amalan yang sederhana dan mudah dilakukan, seperti 

sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Tidaklah salah seorang kamu mengambil wuduk kemudian memperbaiki wuduknya dan mengerjakan sembahyang dua rakaat melainkan wajib baginya syurga.” (Hadis riwayat Abu Daud, disahihkan oleh al-Albani). Diwajibkan masuk syurga seperti lafaz daripada Imam Muslim.

Bagi mereka yang miskin atau kaya, yang masih bernafsu untuk menakluk dunia mencapai kemuncak kenikmatan yang fana ini, sampai bilakah jerih payah dan pengorbanan dapat memuaskan diri? Jika suruhan dan perintah Allah Yang Maha Kaya tidak dipenuhi?

Suatu ketika di negeri akhirat nanti, Allah akan menyelamatkan seorang penghuni neraka dan memasukkannya ke dalam syurga. Dia merangkak-rangkak menghampiri syurga Allah dan dialah orang terakhir memasukinya.

Kemudian Allah yang Maha Kaya berfirman yang bermaksud:
“Pergilah dan masuklah ke syurga, untukmu yang sebanding dengan dunia dan sepuluh kali ganda.” Yang demikian itu dikatakan serendah-rendah kedudukan ahli syurga. (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Wahai pencinta dunia, tidakkah rugi menukarkan yang 10 kali ganda itu dengan apa yang kita miliki sekarang? Bukankah banyaknya nikmat Allah yang diberi untuk seluruh makhluk di dunia ini seumpama setitis air daripada jari yang dicelup ke dalam lautan? Kerana yang setitis itu manusia saling menumpahkan darah, sungguh betapa kejamnya dunia yang menipu.

wallahua'lam,

Semoga kita dapat mengambil pengajaran yang berguna di atas bahan yang dikirimkan ini...

Tangguh dengan tasbih Kafarah dan surah Al Asr...

SEDUTAN EMAIL OLD FREES


Monday, November 29, 2010

Ujian Allah di dalam berumah tangga: Satu pengajaran kisah masyarakat….

Assalamu'alaikum warahmatullah

Alhamdullilah, syukur kepada AllahSWT  kerana mengizinkan kita bertemu di alam siber ini.  Mudah-mudahan Allah SWT beri  kekuatan untuk kita memperbaiki diri kita dari hari ke hari..hinggalah kita di jemput  pulang oleh allah SWT.

Saudara dan Saudari yang di muliakan

Saya terpanggil untuk berkongsi dengan saudara dan saudari tentang peristiwa malang yang menimpa seorang insan yang bernama isteri yang dilaporkan di dalam berita pada hari ini…ini lah  hanya satu contoh yang dilaporkan diantara ribuan masalah yang berlaku saban  hari pada seorang isteri..mengapa ini berlaku?

Peristiwa sebegini berlaku dan terus akan berlaku antara lain sekiranya dasar perkahwinan yang tidak diasaskan dengan Islam dan keimanan kepada Allah SWT …….Berkahwin mengikut nafsu tanpa ada Ilmu yang dapat membimbing rumah tangga ke jalan Akhirat..Akibat nya rumah tangga porak poranda…
Hatta mereka yang pada asalnya cuba mengambil dasar Islam sebagai asas perkahwinannya juga hancur kerana tidak menjaga amal dan iman semasa menharungi kehidupan berumahtangga..

Berumahtangga memang nampak mudah tetapi membina baitul muslim dengan penuh tanggung jawab hingga ke alam akhirat memang satu tanggungjawab yang sukar…walau bagaimanapun kita tidak ada pilihan sekiranya kita ingin dikumpulkan kembali di akhirat di dalam satu keluarga di syurga Allah SWT, kita mesti mengikut kehendak Allah dari awal lagi di dalam menjalani  kehidupan berkeluarga. Sebelum, semasa dan selepas perkahwinan dan kemudian semasa berkeluarga semuanya  mesti mengikut  syarak supaya kita mendapat barakah dari Allah SWT dan mendapat kebahagiaan di dunia dan di Akhirat.

Saudara dan saudari

Kepada mereka yang bergelar suami ingatkan tentang amanah dan tanggungjawab yang di berikan Allah SWT. Kita akan di persoalkan tentang apa yang kita laksanakan di dalam memikul tanggungjawab ini. Jangan jadi saperti yang dilapurkan di bawah ini….

Kepada mereka yang bergelar isteri, peristiwa yang berlaku di bawah ini jadilah pengajaran supaya berdoalah kepada Allah supaya suami kita berubah di samping tindakan syarak yang boleh diambil kerana takdir dipertemukan dengan suami  yang tidak berpegang kepada Ugama Islam….Kepada isteri yang mendapat suami yang berpegang teguh kepada  Ugama dan baik…bersyukurlah kepada Allah SWT dan jagalah suami dengan sebaik mungkin dan terima lah seadanya…Berdoalah kepada Allah SWT supaya  Allah kekalkan pasangan kita dan anak-anak hingga ke Akhirat …

Kepada mereka yang bergelar anak…berdoalah sentiasa kepada Allah SWT supaya  Allah SWT tetapkan hubungan baik ayah dan ibu kita dan memberi perhatian pada anak-anak di dalam berusaha menuju keredaan Allah SWT.

Semoga Kita semua dapat mengambil pengajaran daripada peristiwa di bawah ini…
Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Ars

Wasalamualaikum wm

Marah benar suami curang
Oleh Suraya Roslan dan Raja Noraina Raja Rahim
am@hmetro.com.my     291110    
SABAK BERNAM: Seorang isteri diceraikan dengan talak tiga melalui SMS selepas mengadu kepada ketua kampung mengenai tingkah laku suaminya yang membawa pulang wanita lain ke rumah untuk melakukan maksiat.
 Lebih malang, ketika membawa pulang teman wanita itu, isteri berkenaan bersama tiga anaknya berada di rumah dan melihat tingkah laku lelaki terbabit.
Isteri berkenaan, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 29, berkata bukan sekali, malah banyak kali suaminya berkelakuan sedemikian dan jika ditegur, suaminya itu akan memukulnya dan anak-anak dan lapan laporan polis dibuat berhubung kejadian dera itu.
Berikutan tidak tahan dengan perilaku suaminya, dia membuat aduan kepada ketua kampung meminta menasihati suaminya itu.
Bagaimanapun, tindakannya itu menyebabkan suaminya berang dan tidak lama kemudian dia menerima SMS daripada suami yang menceraikannya dengan talak tiga.
“Kejadian berlaku sebulan lalu, kira-kira jam 10.30 malam, suami saya yang juga seorang anggota tentera membawa pulang seorang wanita berusia 21 tahun yang didakwa adik angkatnya.
“Saya sudah tidak sedap hati apabila melihat perilaku suami yang berpelukan dengan ‘adik angkat’ itu di depan mata dan percaya mereka ada hubungan sulit.
“Isteri mana yang sanggup melihat suami melakukan maksiat di depan mata. Ketika itu hancur luluh hati saya.
“Malah, anak saya turut melihat perbuatan ayah mereka itu,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini, baru-baru ini.
Kes cerai itu katanya dirujuk ke Mahkamah Rendah Sungai Besar, di sini, dan mereka disahkan bercerai pada 10 November lalu.
Menurutnya, pernah sebelum ini dia menegur tindakan suaminya yang gemar bertukar wanita dan akibatnya dia diterajang tanpa belas kasihan.
“Saya akan disepak terajang, diketuk seluruh badan dengan tukul besi setiap kali menegur perbuatan terkutuknya yang gemar membawa kekasih ke rumah kami.

“Bukan saya saja menjadi mangsa, malah dua anak kami yang masih kecil menerima nasib sama,” katanya menceritakan nasibnya yang mendakwa sering dipukul suami jika menegur perbuatan suaminya membawa pulang wanita ke rumah sejak berkahwin 11 tahun lalu.
Menurutnya, disebabkan itu, kedua-dua anaknya yang berusia lapan dan sembilan tahun kini trauma.
“Kerana tidak tahan dengan pukulan dan hinaan suami yang memukul kami anak beranak, saya membuat laporan di Balai Polis Sungai Besar dan lebih lapan laporan sudah dibuat, tetapi tiada tindakan diambil ke atas bekas suami saya itu,” katanya.
Hasil perkahwinan itu, mereka turut dikurniakan seorang lagi anak perempuan berusia dua tahun yang kini menghidap penyakit paru-paru berair.
Katanya, walaupun baru berstatus janda, tetapi dia reda kerana terselamat daripada menjadi mangsa belasahan suami.
“Walaupun suami sudah keluar dari rumah, tetapi dia meninggalkan hutang along berjumlah RM15,000 menyebabkan saya kini ketakutan jika samseng datang ke rumah mencari suami saya. Dulu, kami pernah berpindah rumah kerana tidak tahan menjadi buruan along. Kini tak tahu apa pula yang akan berlaku,” katanya.
Siti berkata, kini hidupnya cuma untuk tiga anaknya dan akan cuba membesarkan mereka menjadi insan yang berguna.
Selain itu, anak sulung Siti Aishah terpaksa berhenti sekolah kerana ingin membantunya menjaga dua adiknya. “Anak bongsu saya yang berusia dua tahun terpaksa dijaga rapi kerana menghidap penyakit paru-paru berair dan perlu ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk menjalani rawatan setiap bulan,” katanya.
Beliau yang tidak bekerja kini buntu dan berharap sumbangan orang ramai yang simpati terhadap nasibnya. Mereka yang bersimpati boleh menghubunginya di talian 012-9433226.

Thursday, November 25, 2010

Seerah : Kenalilah Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz ; beberapa pengajaran awal….



Assalamualaikum wm

Alhamdullillah,  sekali lagi kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di berikan kita masa untuk kita mendekali panduan-panduan yang berguna untuk hati kita bersama di  Alam siber ini.  Ajaklah hati kita supaya memilih  apa sahaja bahan-bahan  yang muktabar dan baik yang dapat membimbing kita ke jalan yang lebih terang dari hari ke hari hinggalah kita bertemu dengan Allah SWT.

Pada kali ini saya ingin membawa satu catatan ringkas riwayat awal kelahiran tokoh yang terkenal , tokoh yang menjadi contoh kepada kita kerana sumbangan beliau yang cukup besar dalam sejarah Islam. Semoga dengan kefahaman yang kita dapat dari kelahiran tokoh ini dapat kita mempertingkat lagi keimanan kita kepada  Allah SWT.

Khalifah ‘Umar bin Abdul ‘Aziz di kenali dan masyur sebagai khalifah Islam yang sangat adil dan mempunyai keperibadian yang cukup mulia.

Saudara dan saudari..

Adalah terlalu banyak pengajaran yang kita boleh dapati dari sejarah hidup beliau.  Di ringkaskan  cerita……. ibunya bernama Laila Ummi Ashim binti Ashim bin ‘Umar bin Al Khattab, cucu khalifah Islam yang kedua. Di sini saya ingin mengambil sedikit pengajaran bagaimana Khalifah Umar bin Al Khatab  memilih calon untuk anaknya dan seterusnya dan anak mereka bernama Ummu Ashim kemudian berkahwin dengan ‘Abdul Aziz Marwan seterusnya membuahkan kelahiran ‘Umar Abdul ‘Aziz ini.

Di ceritakan pada suatu malam Khalifah….meronda di sekeliling kota Madinah.  Oleh kerana keletihan, beliau bersandar di sebuah dinding rumah dimana penghuninya adalah penjual susu.  Tiba-tiba beliau mendengar perbicaraan seorang ibu kepada anak perempuannya dari dalam rumah tersebut.

Pengajaran: Inilah pemimpin yang patuh di contohi, mengambil berat tentang perihal rakyatnya…sanggup memgorbankan masa untuk meronda diwaktu malam demi untuk mengetahui masalah rakyatnya…Beliau takut kepada siksaan Allah sekiranya tidak menjalankan amanah yang diberikan kepada nya….

Ibu itu berkata “ Berdirilah dan campurkan susu itu dengan air”
Anak perempuan itu menjawab” Wahai ibu apakah ibu tidak ketahui ketegasan Amirul Mu’minin sekarang  dalam menjalankan perintah?”
Ibunya bertanya apakan gerangan perintahnya itu?
Anaknya berkata “ Beliau telah menyeru semua penjual susu supaya jangan mencampurkan susu dengan air”
“Hai anakku, orang ramai telah melanggar perintah itu, maka langgar pulalah olehmu, engkau berada di satu tempat yang tidak dapat di lihat oleh ‘Umar dan tidak pula oleh pembantunya. Dan dia tidak akan tahu perkara ini, kata ibunya.
“Sekiranya ‘Umar tidak tahu namun Tuhan ‘Umar pasti tahu. Demi Allah, saya bukanlah termasuk orang yang metaatinya di depan umum tetapi mendurhakainya secara arhsia,” anaknya menjawab dengan tegas.

Pengajaran: Inilah contoh orang beriman yang sentiasa merasai Allah berada bersama dan sentiasa memerhatikan kita walau pun manusia tidak tahu. Keimanan inilah kita nak bentuk pada diri dan keluarga kita…..hanya dengan didikan iman sahajalah yang dapat melahirkan insan sebegini….

Sesungguhnya Allah maha mengetahu segala detik aktiviti makluknya di dunia ini.  Allah tegaskan di dalam  Surah Al An’am: 59….

“Dan kunci-kunci semua yang ghaib ada pada Nya; tidak ada mengetahui selain Dia. Dia mengetahui apa yang ada di darat dan di laut. Tidak ada sehelai pun daun yang gugur yang tidak diketahui olehNya., Tidak ada sebutir biji pun dalam kegelapan bumi dan tidak ada sesuatu yang basah atau yang kering, yang tidak tertulis di dalam kitab yang nyata (Lauh Mahfuzh)….

Jadi takutlah Allah SWT walau dimana kita berada atau apa yang kita ingin lakukan….

Saudara dan saudari…

Semua perbicaraan mereka itu dapat di dengar dengan jelas dan ‘Umar memberitahu pembantunya Aslam supaya tandakan rumah ini dan ingatkan  tempat ini baik-baik. Keesukannya ‘Umar menyuruh Aslam pergi dan perhatikan perihal keluarga tersebut.

Ketika Aslam kesana didapati seorang Jariah (hamba perempuan ) janda dan begitu juga ibunya, tidak ada orang lelaki dan keduanya dari kaum bani Bilal.
Kemudian ‘Umar memanggil anak lelakinya bernama Ashim lalu dikahwinkannya dengan Jariyah yang jujur itu. Dari perkahwinan tersebut lahirlah Ummu Ashim yang kemudiannya dikahwini pula oleh Abdul aziz bin Marwan yang membuahkan pula kelahiran ‘Umar Abdul Aziz.

Ini lah sedikit sebanyak peristiwa yang cukup penting dan asas di dalam melahirkan anak yang solleh yang dapat memberi sumbangan besar kepada  masyarakat. Bermula dari permilihan bakal pasangan untuk anak kita yang mengutamakan hubungan dengan Allah, ketaqwaan sebagai asas penting dan tidak diasaskan dengan sebab-sebab lain….Ini bertepatan dengan petunjuk di dalam hadith Rasulalullah SAW yang bersabda

“ Janganlah kamu menikahi wanita kerana kecantikannya, sebab ia akan lenyap, dan janganlah kamu menikahi mereka kerana hartanya, sebab akan membuatnya sombong. Akan tetapi nikahilah mereka kerana agamanya, seorang hamba wanita hitam dan beragama lebih utama (daripada yang tidak beragama) [HR Ibnu Majah]

Semoga peristiwa di atas dapat kita mengambil pengajaran untuk menjadi pendoman untuk kita supaya sentiasa ingat Allah SWT dimana sahaja kita berada.

Sekian, kebenaran itu dari Allah SWT , kelemahan dari kita sebagai manusia biasa, maaf di pinta.

Tangguh dengan Tasbih Kafarah dan Surah Al Asr

Wassalam

Tuesday, November 23, 2010

Solah (sembahyang) mampu merawat penyakit kritikal....



Alhamdullillah , setinggi  kesyukuran  diucapkan kehadrat Illahi kerana di izinkan lagi kita bertermu di alam siber ini. Mudah-mudahan Allah memberkati usaha-usaha kita untuk menambahkan kefahaman dan keyakinan kita terhadap Deen Allah ini......
Saudara dan saudari yang di muliakan
Dalam kita menjalani kehidupan harian kita, sebagai seorang yang mengaku sebagai seorang muslim, kita tidak dapat memisahkan diri kita daripada mengerjakan solah (sembahyang) yang merangkumi solah wajib dan solah sunat. Namun solah bukan sekadar ritual sehaja tetapi ia mengandungi pengajaran, makna dan hikmah dalam perlaksanaannya. Hikmat itu semestinya mewarnai kehidupan kita, dalam semua aspek kehidupan.....ucapan, perbuatan dan lain-lain perilakunya.   Secara rengkasnya , setiap  kita muslim perlu hidup bersama solah....
Saudara dan saudari
Pelbagai tulisan telah menerangkan secara terperinci berkenaan dengan hukum hakam , bacaaan dan pelbagai hikmat solah.  Pada kali ini saya ingin berkongsi hasil penyelidikan pakar Universiti Malaya dari sudut saintifiknya.  Saya rasa ini sedikit sebanyak membantu kita supaya lebih menjaga solah kita yang wajib dan menambah dengan ibadah solah berjemaah dan sunat. Bersyukurlah kepada Allah yang telah memberikan kita satu kewajiban yang sesuai dengan fitrah kejadian kita , SUBHANALLAH...
Saudara dan saudari
HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal    Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. 


Profesor Dr Wan Abu Bakar Wan Abas - Aktiviti Otot

Beliau yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana otot menjadi lebih kuat apabila selalu digunakan.

Katanya, hasil kajian mendapati solat yang membabitkan gerakan tubuh seperti berdiri, tunduk dan bongkok menyamai senaman ringan.

“Kebanyakan otot serta sendi bergerak ketika solat. Umat Islam beruntung kerana solat yang wajib dilakukan setiap hari menyamai aktiviti senaman dan regangan yang memperkuatkan sistem otot dan fizikal tubuh,” katanya.
Malah, katanya solat sama seperti terapi fizikal yang jika dilakukan secara berterusan dan betul menghasilkan kesan positif terhadap tubuh.

Beliau berkata, kajian lebih teliti sedang dilakukan untuk mengenap pasti otot yang aktif ketika solat.

Ng Siew Chok - Isyarat Otak

Beliau berkata, perubahan kimia berlaku apabila otak aktif. Proses kimia yang menyebabkan pergerakan ion atau atom membawa cas elektrik boleh diukur menggunakan elektrod yang diletakkan pada kulit kepala. Sejenis alat, iaitu EEG  (Electroencephalography) digunakan untuk mengukur isyarat otak daripada aktiviti elektrik.
“Gelombang otak mempunyai beberapa frekuensi irama yang dipengaruhi oleh keadaan fizikal dan emosi. Jenis gelombang otak Alfa (8-13 Hz) menunjukkan keadaan tenang,” katanya

Walaupun bukan Islam, Siew Chok kagum terhadap hasil kajian yang dilakukannya apabila mendapati keadaan dan pemikiran orang selepas bersolat tenang dan menyamai keadaan selepas bangun tidur.

“Ada fenomena menarik dalam solat, iaitu keadaan berdiri seketika sebelum sujud sebagai peringkat paling tenang ketika bersolat. Saya bukan Islam dan diberitahu bahawa keadaan itu adalah tamakninah,” katanya.

Ketika itu, katanya isyarat alfa meningkat secara mendadak yang menunjukkan seseorang itu berada dalam keadaan tenang.

Siew Chok berkata, solat juga meningkatkan penumpuan terhadap sesuatu perkara dan memperkuatkan kuasa otak.

Sehubungan itu, katanya solat membolehkan seseorang itu menyediakan otak untuk lebih bersedia terhadap sesuatu cabaran yang perlu dihadapinya dalam aktiviti harian. 

Dr Fatimah Ibrahim - Komposisi Tubuh
Beliau berkata, komposisi tubuh mengandungi empat komponen utama, iaitu tisu aktif, tisu tulang, komponen air dan lemak.

Beliau berkata, ada beberapa kaedah untuk mengukur komposisi tubuh, tetapi kajian itu menggunakan Analisis Penyepadanan Bio yang menghasilkan keputusan tepat, pantas dan selamat, berbanding pengambilan darah.

“Teknik ini tidak digunakan secara meluas di hospital negara ini, tetapi di Amerika Syarikat, teknik ini digunakan untuk menilai status penyakit seperti Aids, diabetes, demam denggi dan pelbagai penyakit kritikal lain,” katanya.

Dalam kajian ini, katanya model untuk mendapatkan komposisi tubuh terbaik adalah dengan melakukan lima perkara, iaitu solat lima kali sehari, memahami maksud bacaan dalam solat, solat berjemaah, rukuk dengan betul (90 darjah) dan melentikkan jari kaki ketika duduk antara sujud dan tahyat akhir.

Dr Fatimah berkata, orang yang tidak melakukan lima perkara ini mempunyai komposisi tubuh yang kurang baik.

Katanya, kajian mendapati secara keseluruhan orang yang solat berjemaah mempunyai kesihatan lebih baik berbanding yang bersolat secara bersendirian.

“Kita mendapati apabila berjemaah, orang yang melakukan solat bersentuh bahu ke bahu. Tubuh manusia seperti bateri. Ketika bersolat, cas tubuh manusia mengalir seperti dalam litar dan akhirnya meneutralkan cas tubuh.
“Sebelum solat, ada orang yang penat dan ada yang tidak penat. Ketika solat, orang yang tidak penat dan mempunyai cas positif akan mengalirkan cas positif kepada orang yang letih dan mempunyai cas negatif,” katanya.

Katanya, ini yang menyebabkan orang yang bersolat jemaah mempunyai badan bertenaga dan lebih tenang.

Dr Fatimah berkata, solat tarawih dan berpuasa juga memberi kebaikan dan ini terbukti berdasarkan kajian yang dilakukan.

Sebelum Ramadan bermula, katanya komposisi badan diukur dan selepas 21 hari berpuasa, komposisi tubuh yang diukur semula mendapati keadaan tubuh sihat seperti kolesterol rendah akibat kadar pembakaran lemak yang meningkat serta paras glukos rendah.

Selain itu, katanya posisi tubuh (posture) dalam solat dapat mengubat sakit pinggang. Malah jika berjumpa doktor, pesakit disuruh melakukan senaman seperti berdiri dan membongkokkan tubuh yang menyamai gerakan solat.

Beliau berkata, keputusan positif itu adalah berdasarkan ukuran saintifik dengan meletakkan beberapa sensor (pengesan) di tulang belakang pesakit untuk melihat isyarat otot.

Katanya, hasil kajian mendapati pesakit yang mengikuti terapi solat selama sebulan, iaitu dengan membuat rukuk 90 darjah, sakit pinggangnya berkurangan.

“Ini membuktikan terapi solat boleh digunakan untuk merawat sakit pinggang. Kita akan menerbitkan buku kedua terapi solat yang bukan saja sesuai untuk wanita normal, tetapi untuk wanita mengandung. Bukan Islam juga boleh mengikuti terapi ini dengan melakukan senaman sama seperti gerakan solat,” katanya.

Jangan terkejut kerana solat boleh merawat Erektil Disfungsi (ED) atau lebih dikenali sebagai mati pucuk, masalah kesihatan yang lelaki amat takut.

Untuk lelaki normal, keupayaan seksual adalah tiga kali penegangan ketika tidur dan volum ketika ketegangan mesti lebih 200 peratus.

“Kajian dilakukan dengan mengukur zakar (pesakit diajar melakukan ukuran). Pada bulan pertama, tiada ketegangan langsung, tetapi selepas melakukan terapi selama dua bulan iaitu dengan melakukan solat tambahan, sudah ada ketegangan dan volum mencapai tahap normal,” katanya.

Beliau berkata, terapi adalah dengan cara melakukan solat sunat sebanyak tiga kali seminggu dengan setiap terapi sebanyak 12 rakaat atau kira-kira 30 minit

Selain itu, katanya antara hasil kajian yang menarik perhatian pakar sakit jantung ialah mengenai kadar denyutan jantung kerana selama ini, kajian saintifik lain menyatakan bahawa kadar denyutan jantung paling rendah adalah ketika berbaring.

“Kajian mendapati ketika solat, keadaan sujud mencatatkan kadar denyutan paling rendah dan lebih baik berbanding ketika baring. Ini menunjukkan posisi tubuh ketika solat adalah bagus,” katanya.

Sehubungan itu, katanya kajian akan dilakukan dengan lebih meluas untuk melihat sama ada posisi tubuh ketika solat boleh merawat sakit jantung.

Katanya, pakar jantung gembira dengan hasil kajian itu kerana boleh memperkenalkan terapi solat kepada pesakit jantung untuk melakukan senaman.
Ketika ini, setiap pesakit jantung perlu melakukan senaman selama 30 minit setiap hari.


Semoga hasil penyelidikan ini dapat menambahkan lagi keyakinan kita kepada Allah SWT.

Kebenaran dari Allah, kelemahan dari  kita manusia biasa...maaf di pinta

Sudahi dengan tasbih kafarah dan surah Al Asr

Wasalam

Sedutan dari Berita Minggu

Monday, November 22, 2010

Doa mula dan akhir kerja dan mudahkan urusan ..cuba laksanakan



Petikan kawan

Wasalam



Mari kita fikir sejenak urusan hidup harian kita.....



Assalamualaikum wm

Alhamdullillah, bertemu lagi di alam siber. mudah-mudahan di berkati Allah SWT kehidupan kita pada hari ini.

Saudara dan saudari yang di muliakan

Di sini saya ingin memanjangkan apa yang di hantar oleh kawan lama saya untuk kita renungi bersama-sama aktiviti-aktiviti yang kita lakukan….adakah kita mudah untuk melakukan maksiat pada Allah SWT atau kita berusaha mengorbankan kehendak nafsu kita untuk metaati Allah SWT. Semoga catitan ringkas ini dapat membantu kita berfikir secara serious masa yang Allah SWT pinjamkan sementara pada kita. Gunakan sebaik mungkin umur kita yang berbaki…  

SEMINIT SAJA
 
Betapa besarnya nilai wang kertas bernilai RM1 apabila dibawa ke masjid
untuk disedekahkan; tetapi betapa kecilnya kalau dibawa ke Mall untuk dibelanjakan! 

Betapa lamanya melayani Allah selama lima belas minit namun
betapa singkatnya kalau kita melihat filem 1 jam.

betapa sulitnya untuk mencari kata-kata ketika berdoa (spontan) namun
betapa mudahnya kalau mengata atau mengumpat tanpa harus berfikir panjang-panjang. 

Betapa asyiknya apabila pertandingan nyanyi dipanjangkan waktunya namun
kita mengeluh ketika khutbah di masjid lebih lama sedikit daripada biasa. 

Betapa sulitnya untuk membaca satu helai Al-qur'an tapi
betapa mudahnya membaca 100 halaman dari novel atau majalah yang laris. 

Betapa beria-ia orang untuk duduk di depan dalam pertandingan atau konsert namun
lebih senang berada di saf paling belakang ketika berada di Masjid 

Betapa Mudahnya membuat 40 tahun dosa demi memuaskan nafsu berahi semata, namun
alangkah sulitnya ketika menahan nafsu selama 30 hari ketika berpuasa. 

Betapa sulitnya untuk menyediakan waktu untuk solat 5 waktu; namun
betapa mudahnya menyesuaikan waktu dalam sekejap pada saat terakhir untuk event yang menyenangkan. 

Betapa sulitnya untuk mempelajari erti yang terkandung di dalam al qur'an; namun
betapa mudahnya untuk mengulang-ulangi gosip yang sama kepada orang lain. 

Betapa mudahnya kita mempercayai apa yang dikatakan oleh surat khabar namun
betapa kita meragui apa yang dikatakan oleh Kitab Suci Al-Quran.

Betapa Takutnya kita apabila dipanggil Boss dan cepat-cepat menghadapnya namun
betapa kita berani dan lamanya untuk menghadapNya saat kumandang azan bergema. 


Semoga mesej di atas dapat kita tatapi secara positif dan membuat perubahan pada diri.  Berdoalah bersungguh-sungguh dan usah bertangguh...

Maaf di pinta..

Wasalam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...