Tuesday, March 1, 2011

Amalan yang paling disukai Allah SWT: Amalan yang berterusan walaupun sedikit

  
Assalamu’alaikum wm

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullillah, syukur kita kepada Allah SWT kerana masih lagi memberikan kita nyawa untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini…Marilah kita gunakan masa yang ada ini dengan sebaik-baiknya kerana masa yang berlalu tidak akan  kembali lagi sehinggalah ke hari Kiamat.. Di Akhirat kelaklah masa yang berlalu akan diulangtayang kembali kepada kita…tak tinggal sedikit pun amalan baik dan amalan jahat yang kita lakukan dan semuanya di catat dengan terperinci…Di dunia ini kita boleh menipu, ibu bapa, isteri, suami, anak-anak, kawan atau Bos kita…malah bertegas menegakkan perbuatan yang kita lakukan di dunia…dan merasakan tidak salah amalan yang kita buat, kita ada asas walau pun buat maksiat dan pelbagai lagi alasan untuk menang di dunia… tapi di Akhirat kelak semuanya akan ditayang dan mendapat keadilan yang seadil-adilnya..Jadi, Takutlah siksaan Allah SWT.

Saudara dan saudari

Pada kali ini marilah sama-sama kita merenungi satu hadith Riwayat Al –Bukhari dan Muslim yang bermaksud…
Amalan yang paling disukai Allah ialah pekerjaan yang berterusan (istiqamah) walaupun sedikit”.
Rasulullah SAW menegaskan kepada kita bahawa amalan yang paling baik ialah yang dikerjakan secara berterusan bukan secara bermusim dan mengikut semangat kita saja. Walau pun sedikit yang kita lakukan, itulah di sukai Allah SWT dan mendapat keredaan Allah SWT. Kemudian daripada sini, kita tingkatkan sedikit demi sedikit dengan meningkatkan kemampuan kita untuk terus melakukan amalan baik.
Marilah kita renungi diri kita ini adakah kita istiqamah di dalam melaksanakan amalan yang di perintahkan kepada kita melakukannya demi untuk membentuk keperibadian kita termasuk amalan fardu yang wajib kita lakukan.

Antara contoh yang kita boleh kaitkan di dalam amalan harian kita adalah

1.  Membaca Al Quran…cuba lah kita mulai membaca dengan 5 ayat dengan memahami maknanya sehari secara istiqamah dan seterusnya tingkatkan 10 ayat…dsbnya. Perhati dan teliti sambil berfikir kandungan ayat yang kita baca...InsyaAllah dapat membantu menambah keyakinan dan keimanan kita kepada Allah SWT. Al Quran ini mukjizat Allah…amatlah tidak adil sekiranya kita boleh membaca yang lain tetapi tidak boleh memberi masa untuk membaca AlQuran, kitab Allah…

2.  Membaca untuk menambah ilmu pengetahuan deen (ugama)  kita atau pun ilmu realiti…pilihlah buku yang baik oleh pengarang yang kita yakin walau pun satu muka surat sehari..walau pun sedikit dengan kita berfikir maksud penulis atau ulamak tersebut ia mampu untuk membantu kita berubah di dalam pelbagai segi..tapi mesti berterusan

3. Bersedekah…cuba praktikan secara istiqamah dengan sedikit contohnya mulakan kehidupan harian kita dengan sedekah RM 50 sen atau RM 1 terutamanya salepas kita bersolah berjemaah di masjid..masukan ketabung mesjid..atau tabung dirumah sendiri dan di akhir minggu atau bulan berikan kepada jalan Allah….

4.  Berzikir..mulakan dengan zikir mathurat yang ringkas ..yang diambil dari hadith atau Al Quran…Cuma amalkan sedikit secara berterusan

5. Sembahyang sunat…mulakan dahulu dengan 2 rakaat secara berterusan sebagai amalan tambahan kepada solah fardu

6.  Membantu manusia lain terutama ibu bapa, isteri, suami, anak dan lain….mulakan dengan bantuan yang mudah tetapi secara beterusan…InsyaAllah ia akan memberi kesan

7. Telefon atau SMS lah orang tersayang yang ada ikatan keluarga saperti ibubapa, isteri, suami atau anak-anak secara istiqamah sekurangkurangnya sekali sehari atau secara berkala…..mudah-mudahan dapat meningkatkan lagi kemesraan dan kasih sayang sesama kita...
Istiqamah juga di dalam menghadiri majlis ilmu secara berkala..Dan banyak lagi yang kita boleh fikirkan bersama

Oleh itu marilah kita berusaha semampu mungkin untuk berterusan di dalam amalan kita walau pun sedikit. InsyaAllah sekiranya kita melakukan sesuatu perkara yang  Allah suka saperti yang diingatkan oleh Rasulullah SAW di dalam hadith di atas maka kita yakin Allah SWT akan memudahkan kita melalui kehidupan dunia yang penuh dengan cabaran ini.

Marilah kita bersegera melakukan kebaikan walaupun sebesar zarah secara berterusan dan berusahalah bersungguh untuk tidak melakukan kejahatan walau pun sebesar zarah…Ingatlah Firman Allah SWT di dalam surah Az Zalzalah: 7-8 yang bermaksud…

“Maka barangsiapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah niscaya ia akan melihat (balasan)nya dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarah niscaya ia akan melihat (balasan)nya”

Sekian, semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran daripada hadith yang ringkas di atas.
Maaf dipinta.
Wasalam
Rujukan Permata hadith 40 dan Riyadhus shalihin-Imam Nawawi

Friday, February 25, 2011

Pandangan Yusuf al-Qaradawi mengenai perlaksanaan ajaran Islam secara menyeluruh


Pandangan Yusuf al-Qaradawi mengenai perlaksanaan ajaran Islam secara menyeluruh  : Analisa Saudara
NASRUL HISYAM NOR MUHAMAD


Assalamu’alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan
Marilah kita merenungi tulisan seoarang Ulamak komtemporari untuk membantu kita berfikir secara menyeluruh fiqh semasa. Kali ini kita lihat satu aspek penting tentang kesempurnaan sistem Allah ini…..

Perlaksanaan ajaran Islam secara menyeluruh.

Setiap aspek dalam ajaran Islam bukanlah sesuatu yang terpisah. Setiap satunya merupakan penyempurnaan kepada aspek yang lain. Sebagai contoh, hukuman bagi kesalahan zina hanya boleh dilaksanakan apabila peluang untuk berkahwin dibuka seluas-luasnya bagi sesiapa yang ingin berkahwin dan segala jalan yang membawa ke arah zina disekat. Begitu juga hukuman bagi jenayah curi. Keadilan Islam tidak akan tercapai apabila hukuman potong tangan dijalankan, tetapi dalam masa yang sama kewajipan zakat diabaikan, prinsip takaful ijtimaci diabaikan dan penindasan serta kezaliman tidak dihapuskan (al-Qaradawi 1980: 139-141). Bagi al-Qaradawi (1993: 167-171), undang-undang semata-mata belum lagi menjamin kejayaan bagi perlaksanaan syariat Islam. Perkara yang penting ialah mewujudkan generasi Muslim yang betul-betul menghayati ruh Islam sama ada di peringkat individu, masyarakat ataupun para hakim, dan kerajaan sebagai pelaksana undang-undang.

Bersambung….

Wasalam

Tuesday, February 22, 2011

Awasi tipu daya dunia dan syaitan...sedikit renungan ditengah kesibukan...

Assalamu'alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Sedikit renungan buat hati kita...ditengah-tengah kesibukan berkerja....

Allah berfirman yang bermaksud...

"Wahai umat manusia, sesungguhnya janji Allah (membalas amal kamu) adalah benar; maka jangan lah kamu di perdayakan oleh kemewahan hidup di dunia, dan janganlah syaitan yang menjadi sebesar-besar penipu itu berpeluang menyebabkan kamu terpedaya dengan (kemurahan) Allah lalu (kamu lalai dan menderhaka).  Sesungguhnya syaitan adalah musuh bagi kamu, maka jadikan lah dia musuh (yang mesti dijauhi tipu dayanya). Sabenarnya dia hanyalah mengajak golongan nya supaya menjadi dari penduduk neraka.  Orang-orang yang kafir, bagi mereka azab yang berat dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, bagi mereka keampunan dan pahala yang besar" [Fathir:5-7]

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud...
.
"Sesungguhnya syaitan itu meresap dalam diri anak Adam persis saperti mengalirnya darah dalam tubuhnya" [Hadith Muttafaqun 'Alaih]

Jadi, berhati-hatilah dengan tipu daya dunia dan syaitan ini.....berusahalah untuk mengatasi masalah yang sukar ini dengan kekuatan iman kita...mudah-mudahan kita dapat jadikan dunia ini jambatan ke akhirat...InsyaAllah.

Wasalam

Monday, February 21, 2011

Awasilah bahaya lidah...mudah-mudahan kita selamat di dunia dan di Akhirat


Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Sekali lagi kita panjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana dengan izin kurniaNya dapat kita bertemu lagi di alam siber ini. Mudah-mudahan dari hari ke hari dapat kita tingkatkan ilmu, iman dan amal kita…sehinggalah kita kembali bertemu dengan Allah SWT.

Marilah kita berusaha bersungguh-sungguh  kerana  kita tidak tahu berapa masa yang masih berbaki kepada kita untuk kita  tinggal di dunia ini…jadi  kita tidak tidak ada pilihan untuk pantas bangun melaksanakan suruhan Allah…..

Pada kali ini saya ingin mengajak diri dan saudara-saudara kepada satu peringatan ringkas Rasulullah SAW tentang pentingnya kita menjaga hubungan sesama manusia dengan menjaga anggota badan yang telah dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT.  Anggota tersebut adalah  lidah dan tangan kita….

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud….

“Orang Islam adalah mereka yang sejahterakan orang Islam yang lain dari (bahaya) lidah dan  tangannya.”[HR: Al Bukhairi dan Muslim]
Marilah kita memberi perhatian yang serius terhadap  dua anggota yang Allah pinjamkan ini….saya katakan dipinjamkan kerana semua anggota kita hatta nyawa kita sekali pun bukan hak mutlak kita..ia boleh diambil kembali  oleh Allah bila-bila masa saja.  Perhatikan di dalam masyarakat kita ramai orang dari kita yang sebelum ini boleh bercakap tiba-tiba mejadi bisu di sebabkan sakit saraf atau kanser dll. Begitu juga dengan tangan kita , ramai kawan-kawan kita sudah kehilangan tangan disebabkan oleh kemalangan dll..

Oleh itu sementara lidah dan tangan kita masih elok gunakan sepenuh untuk kebaikan dan elakkan di salahgunakan untuk merosakan diri dan masyarakat.  Mengapakah Rasulullah fokuskan kepada dua anggota ini?…Antara jawapannya ialah dua anggota ini terlalu mudah untuk digunakan. Lidah sangat mudah dapat digunakan di dalam semua keadaan samada kita sihat, sakit, gembira,marah, sedih dan lain-lain. Antara urusan lidah yang terbiasa dengan amalan harian kita ialah…….

Lidah kita ini selalu membuat janji kosong, menipu, berpura-pura, menyampaikan berita palsu  yang mana akhirnya  merugikan harta, masa dan tenaga orang lain.

Lidah  boleh menjadikan kita bertelangah sesama sendiri,  sesama ahli keluarga, anak, suami isteri, abang, kakak, menantu, ipar, dll sesama ahli surau, sesama yang berlainan kefahaman ugama atau politik di dalam masyarakat, sesama ahli usrah yang berbeza kemampuan, sesama rakan sepejabat atau ditempat kerja…akibatnya amat buruk sekali sehingga kadang-kadang membawa kepada tidak bertegur sapa dan akhirnya putuslah silaturrahim…kesannya tiada siapa yang untung..dan mendapat dosa….

Lidah kita juga boleh menyebabkan kita berbalah dari jarak dekat atau jauh contoh melalui talipon dsb, samada orang itu ada di depan kita atau tidak…masing-masing menegakkan diri kitalah yang betul…sepatutnya kita bermaaf-maafan kerana itu lebih mendekati kepada tuntutan syarak…sebab kebiasaannya kita tidak mudah mengalah…Kita harus faham masalah salah betul ini pengadilan hakiki adalah di Akhirat….Allah akan menentukan…siapa benar siapa salah tetapi sekiranya kita berlapang dada dan bertolak ansur dan bermaafan di dunia lagi Allah akan beri ketenangan…

Lidah juga selalu kita gunakan untuk mengumpat dan menyakiti hati saudara kita, ahli keluarga suami isteri, kawan-kawan , orang bawahan atau orang atasan kita….akhirnya masalah kecil menjadi besar dan semakin sukar untuk diselesaikan…

Allah SWT memberi amaran kepada kita di dalam firmanNya yang bermaksud…
“Tidaklah sesaorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan disisinya ada malaikat Raqib-pencatat kebaikan-dan ‘Atid-pencatat keburukan” [Qaf: 18]

Ingatlah juga akan beberapa pesanan Rasulullah SAW berkaitan dengan hal mengumpat dan bahaya lisan.
Antaranya
“Sesungguhnya seseorang hamba itu niscayalah berbicara dengan suatu perkataan yang tidak ia fikirkan, baik atau buruknya, maka dengan sebab perkataannya itu ia dapat tergelincir ke Neraka yang jaraknya lebih jauh daripada jarak antara sudut timur dan sudut barat” [Muttafaq ‘alaih]

“Janganlah engkau semua memperbanyak kata, selain untuk berzikir kepada Allah SWT, sebab sesungguhnya banyaknya pembicaraan kerasnya hati dan sesungguhnya sejauh-jauh manusia dari Allah ialah yang berhati keras [HR Tarmizi]

“Jikalau anak Adam-yakni manusia-itu berpagi-pagi, maka sesungguhnya semua anggota itu memberikan sikap tunduk kepada lidah-yakni menasihati agar berhati-hati. Anggota-anggota itu berkata “takutlah engkau kepada Allah dalam urusan kita semua ini, sebab keselamatan kita bergantung kepada kelakuanmu. Jika engkau lurus, maka kita pun lurus, sedang jikalau engkau bengkok, maka kita pun bengkok pula” [HR Tarmizi]

Saudara dan saudari

Keterangan di atas sudah cukup untuk mendidik hati kita supaya berhati-hati di dalam urusan lidah kita. Pelbagai bencana boleh berlaku samada di dalam rumah tangga kita, tempat kerja kita, di dalam masyarakat kita…akibat lidah yang tidak terkawal..kata-kata yang terkeluar tanpa difikirkan dulu baik-buruknya akan merosakan atau melukakan hati samada isteri, suami , anak-anak atau sahabat handai..lukanya mungkin hilang tetapi parutnya tetap ada….malah kadang-kadang segar hingga bertahun…

Jadi apakah yang dapat membantu kita di dalam mengawal lidah kita ini…tidak lain tidak bukan …tingkatkan ilmu dan iman kita…bantu membantulah sesama kita terutama pasangan suami isteri, baik yang baru mahu pun yang telah lama……Takutlah Allah dan takutlah siksaan api neraka di Akhirat nanti…..

Sekian, sedikit peringatan tentang bahaya lidah yang tak terkawal sekiranya ada kebenaran..ambillah sebagai panduan kerana itu sahih dari Allah SWT…kelemahan maaf di pinta..

Penjelasan mengenai bahaya tangan akan dibincang di kesempatan yang lain…
Wasalam
Rujukan Permata hadith 40 dan Riyadhus shalihin-Imam Nawawi

  

Friday, February 18, 2011

KISAH MASYARAKAT: HARIAN METRO-Peringatan untuk ibubapa…..Remaja perkosa budak 5 tahun


Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari

Peristiwa di bawah harus menjadi ikhtibar untuk kita supaya memastikan  anak-anak kita tidur di dalam keadaan selamat dari syaitan yang menyerupai manusia….

KUALA LUMPUR: Pencuri setan. Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang remaja berusia 14 tahun yang merogol seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun selepas menyelinap masuk ke rumah mangsa di sebuah flat di Kepong, di sini, kelmarin.
Difahamkan, suspek dipercayai masuk ke rumah itu untuk mencuri, namun berubah fikiran selepas melihat kanak-kanak itu tidur sendirian dalam sebuah bilik di rumah berkenaan sebelum merogolnya.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, kanak-kanak terbabit tinggal sendirian kerana ibu bapanya berusia 30-an berniaga di bawah flat berkenaan.
Menurut sumber, sebaik menyelinap masuk ke rumah mangsa, suspek yang berkeliaran dalam kediaman itu dipercayai mencari barangan berharga kemudian melihat kanak-kanak perempuan itu tidur sebelum merogolnya.
Beliau berkata, mangsa kemudian turun menemui ibu bapanya dalam keadaan menangis kerana sakit pada kemaluannya.

Sekian, insiden di atas boleh berlaku pada sesiapa sahaja…
Berdoalah kepada Allah semoga di berikan keselamatan pada kita dan ahli keluarga kita semua….
Wasalam
Sumber HM 18211




KISAH MASYARAKAT-Pandangan pakar motivasi Dr Robiah Kulop Hamzah: Wanita berjaya menguruskan daya pemikiran dengan baik, namun gagal mengawal godaan emosi….


Assalamualaikum wm

Saudara dan saudari

Satu pengajaran untuk kita dan anak-anak gadis kita……Emosi perlu sangat suntikan iman …didiklah mereka untuk berjaya bukan hanya di dunia tetapi berjaya…. lebih-lebih lagi Akhirat

KUALA LUMPUR: Kurangnya pengisian emosi dan kerapuhan spiritual menjadi faktor penyebab wanita terutama pelajar semakin mudah terpedaya janji manis dan godaan ‘lelaki hidung belang’ hingga sanggup menghabiskan wang ringgit dan menjadi hamba cinta.
Presiden Pertubuhan Wanita Muslim Antarabangsa Malaysia, Dr Robiah Kulop Hamzah, berkata kebanyakan wanita berjaya menguruskan daya pemikiran dengan baik, namun gagal mengawal godaan emosi yang membuatkan mereka hanyut di alam fantasi.
“Tidak dinafikan wanita kini semakin cemerlang dalam pelajaran, tetapi dalam masa sama jumlah siswi yang menjadi mangsa cinta semakin meningkat,” katanya ketika mengulas laporan muka depan Harian Metro, semalam.
Laporan itu menyebut seorang siswi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) sekitar ibu kota yang sanggup menghabiskan wang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hanya untuk berseronok bersama teman lelakinya berusia 40-an dan beristeri dua.
Siswi itu yang kini menyesal atas kesalahannya mengakui pernah berhutang keliling pinggang dengan rakan selain menipu kedua ibu bapanya dengan alasan perlu membeli buku dan barangan keperluan lain semata-mata untuk mendapatkan wang.
Selepas hampir setahun menjalinkan hubungan dan mengikis wang siswi itu, lelaki terbabit menghilangkan diri.

Sekian, semoga ada bermanafaat untuk renungan hati berkaitan isu masyarakat…

Wasalam
Harian Metro 18211

Wednesday, February 16, 2011

Syair untuk Isteri solehah...juga untuk suami yang soleh

Assalamu'alaikum...
Di rasakan kata-kata syair yang menarik untuk di tenungi dan di teliti....


Jagalah lidahmu
dari segala perkataan keji
diam adalah hiasan dan salam
jika engkau bicara
janganlah banyak-banyak
jika engkau menyesali sekali
kerana engkau diam
maka engkau akan menyesal berkali-kali
kerana bicara
biasakan lidahmu untuk berkata baik
yang membuatmu selamat
dari celaka yang muncul dari ucapan


Sekian, petua untuk di sayangi suami


Wasalam
Petikan buku: Dampingi aku di syurga kekasihku....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...