Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul: Kembalilah mencintai Rasulullah SAW dengan sebenarnya...

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullilah bersyukur kita sekali lagi kepada Allah SWT kerana dapat lagi kita bertemu di alam siber ini....semoga pertemuan ini dapat menambah sedikit sebanyak kebaikan kepada kita dan InsyaAllah sedikit kefahaman yang kita dapat akan menerangkan lagi jalan-jalan untuk kita kembali ke kampong Akhirat....

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini marilah kita merenung sejenak kehidupan kita ini ...adakah kita menjadi hamba Allah yang bersyukur dengan penghantaran utusan Allah Nabi Muhammad SAW kepada kita..yang telah  membawa rahmat kesekelian alam ini...sekiranya kita bersyukur adakah betul cara nya saperti yang Allah kehendaki...

Dikesempatan ini saya ingin mengajak diri dan kita semua supaya melihat secara ringkas masalah kecintaan kita kepada Rasulullah SAW. Ada tiga kewajiban di dalam mencintai Rasulullah SAW
1. Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita pada diri sendiri
 Imam Bukhari meriwayatkan dari Abdullah bin Hisyam ra. bahawa dia berkata: Kami pernah bersama Nabi SAW sementara baginda mengganding tangan Umar bin Khattab ra, maka Umar berkata kepaad beliau: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau lebih aku cintai  dari segala sesuatu kecuali diriku. Maka Nabi besabda: Tidak demi Allah yang jiwa berada di dalam tanganNya! Hingga kamu lebih mencintai lebih dari dirimu sendiri.  Umar berkata kepadanya: Sesungguhnya sekarang engkau lebih aku cintai dari diriku sendiri. Nabi bersabda: Sekarang wahai Umar" [HR Bukhari]

2.  Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita kepada orang tua dan anak
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda" Demi dzat yang jiwaku ada di tanganNya, tidaklah diantara kalian beriman sehingga aku lebih di cintai daripada orang tua dan anaknya[HR Bukhari]

3.  Kita wajib mencintai Rasulullah SAW melebihi cinta kita kepada keluarga, harta dan seluruh manusia
Imam Muslim meriwayatkan dari Anas ra bahawa Rasulullah SAW bersabda" Tidaklah seorang hamba beriman sehingga aku lebih di cintai daripada keluarganya, hartanya dan seluruh manusia" [HR Bukhari]

Saudara dan saudari

Petikan hadith di atas menunjukkan kepada kita satu kaedah yang kita tidak ada lagi pilihan sekiranya kita mahu keredaan dan kebahagiaan hakiki dari Allah SWT di dunia dan di akhirat. Cubalah kita berusaha mengambil contoh ikutan setiap masa segala amalan yang telah di lakukan oleh Rasulullah SAW. dan bukan nya pada hari-hari yang tertentu sehaja saperti pada 12 Rabiul Awwal.  Lihat juga contoh amalan para sahabat hasil didikan Rasulullah SAW sehingga mereka di ikhtiraf Allah sebagai ummah yang terbaik...
Firman Allah yang bermaksud....
" Kamu umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia...." [Ali 'Imran:110] 

Marilah kita berdoa supaya diberikan Allah swt kekuatan untuk merasai kewajiban meletakkan Allah dan Rasul di depan kita dan dapat merasai kemanisan iman.
Rasulullah SAW bersabda
" Tiga perkara barang siapa yang berada di dalamnya maka  ia mendapat manisnya iman.; bahawa Allah dan rasulNya  lebih  dicintai daripada selainnya, bahawa ia mencintai sesaorang dan tidak mencintai  kecuali hanya kerana Allah, dan ia benci untuk kembali kepada kekafiran saperti kebencian dia bila bila dilemparkan kedalam api"[HR Bukhari dan Muslim]

Sekian, semoga kita dapat mengambil pengajaran dan bahan didikan hati kita, InsyaAllah.....

SELAMAT MENGHAYATI MAULIDUR RASUL ...

Wasalam

Rujukan : Majalah HALUAN





Saturday, February 12, 2011

Dua kunci megurus hati...K.H. Abdullah Gymnastiar dengan ulasan pakar motivasi Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah....

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Di dalam buku Tip menjadi insan menarik Dato' Fadzilah Kamsah ada mengatakan asas pengurusan hati adalah memahami diri dan kemudiannya kemampuan mengenadalikan diri sendiri salepas kita memahami diri kita sabenarnya....

Ustaz Abdullah Gymnastiar menerangkan bahawa konsep dan praktikal daripada pengurusan hati yang baik bukannya datang daripada sumber luaran, tetapi dari dalam diri kita sendiri. Ia semuanya bermula dari kita. Sekiranya kita mempunyai hati yang bersih, maka hati itu akan menjadi pusat segala kebaikan di muka bumi ini.....

Dua kunci mengurus hati
1. Membiasakan diri membersihkan hati
2. Berazam meningkatkan kemampuan diri di dalam pelbagai bidang.

Jadi bagi kita dengan nasihat ringkas ini cubalah  kita asuh dan didik hati ini supaya ia menjadi rutin harian kita...cuba berusaha buang kekotoran yang menganggu hati kita...dengan meningkatkan iman dan taqwa kita kepada Allah SWT..barulah mudah untuk ayat-ayat Allah, Hadith Rasulullah SAW, nasihat ulamak dapat bertapak di hati kita....Hasilnya mudah lah kita berubah kearah kebaikan...

Marilah kita berusaha juga untuk meningkatkan kemampuan kita di dalam pelbagai bidang selari dengan peningkatan umur kita di dalam usaha untuk memberi sedikit sebanyak sumbangan pada Islam itu sendiri....

Sekian, Wasalam

Rujukan Tip menjadi Individu menarik..Dato' Dr Mohd Fadzilah Kamsah..dan Ahmad Naim Jaafar

Thursday, February 10, 2011

Marilah kita menjaga silaturrahim sesama kita...HR Al-Bukhari dan Muslim

Assalamualaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan
Alhamdullillah, bertemu lagi di alam siber yang tiada sempadan ini...semoga kemudahan yang Allah beri ini kita gunakan untuk kebaikan bersama.  Didiklah hati kita supaya tahu membezakan yang mana baik dan yang mana buruk di dalam menggunakan segala rezeki yang Allah beri ini termasuk teknologi moden ini...buat lah pahala dan jangan sekali buat dosa dengan teknologi canggih sekarang ini......

Pada kesempatan ini ingin saya mengajak diri kita bersama-sama melihat satu hadith riwayat Al Bukhary dan Muslim yang bermaksud.....

" Tidak akan masuk syurga orang yang memutuskan silaturrahim" 

Saudara dan saudari

Rasulullah SAW amat menitikberatkan dalam hal ini dan menegaskan kepada kita tentang kepentingannya dan kesannya yang mana akan menyebabkan kita tidak dapat masuk syurga...nauzubillah..

Didalam masyarakat kita kadang-kadang kita melihat orang tidak peduli sangat tentang silaturrahim ini...
Didalam huraian penulis kitab permata hadith 40 ini...mengatakan antara lain ialah

  • Kekurangan didikan atau tarbiyyah, taqwa dalam diri, menunjukkan sifat sombong kerana dia kaya kesihatannya (dia merasakan tak memerlukan orang, dia tidak akan sakit malah tak rasa yang ia akan mati), kewangannya (tidak perlu bantuan orang gaji tinggi dan simpanan banyak), kepakarannya, kekuatannya, kebolehannya...Jadi di peringatkan kepada kita sifat begini amat buruk dan bahaya jika kita tidak sedar, tidak bertaubat atau tidak mengubah hidup kita.  Jadi marilah kita berfikir untungbaiknya jika kita menghubung kembali silaturrahim walau pun kita rasa pahit dan sukar malah kita rasakan  pihak satu lagilah yang sepatutnya menghubungi kita dulu dan meminta maaf...tapi kalau masalah ini  akan menyekat kita ke syurga...perlulah bermula dengan kita...


Mulakan dengan memaafkan saudara kita di dalam hati dan dengan teknologi moden kita boleh SMS atau email tanpa perlu bersemuka dulu...InsyaAllah sekiranya kita ikhlas dan mengambil kira manusia ini tidak perfect Allah SWT akan memudahkan usaha murni kita...inilah gunanya teknologi moden untuk buat pahala.....

  • Perkara ini banyak berlaku di kalangan masyarakat kita di antara keluarga (kadang-kadang disebabkan harta, atau lidah...amalan sihir), di antara jiran tetangga (disebab anak atau sempadan rumah, pokok-pokok tanaman dll), di antara pekerja setempat (akibat dengki, mengumpat, sombong dll), di antara rakan se kelas atau rakan se usrah (kecil hati dsb) dan sebagainya. Ini menyebabkan kita tidak bertegursapa selama lebih daripada 3 hari....


Oleh itu cubalah kita awasi punca-punca putusnya silaturrahim di antara kita.  Antara lain prasangka sesama kita...sapertimana yang  di sebut di dalam Hadith Rasulallah SAW yang bermaksud

" Jauhkan dirimu dari prasangka. Kerana prasangka adalah ucapan  yang paling bohong [HR Bukhari dan Muslim]

Saudara dan saudari

Antara pengajaran hadith di atas adalah
1. Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang mengembirakan syaitan
2.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang di murkai oleh Allah SWT
3.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang merugikan kepada orang yang terlibat dari segi hubungan duniawi (hilang kawan atau saudara)
4.Sifat memutuskan silaturrahim adalah satu amalan yang merugikan kita sehingga kita tidak dapat masuk syurga. (apa guna kehidupan kita jika akhirnya kita ke neraka, pohon pelindungan Allah)

Oleh itu marilah kita sama-sama  sedar dan jaga lah hubungan baik sesama kita. Yang telah berlaku cuba bagi pihak kita menghubungi semula kerana ALLAH semata-mata, buanglah ego kita yang ditakuti akan menyekat kita masuk kesyurga...
Kepada yang belum ada masalah...jagalah punca-punca nya..Tingkatkan iman, didiklah hati, lawan lah godaan syaitan dan hawa nafsu kita dan jangan lupa berdoa, berdoa, berdoa kepada yang Maha Kuat kerana kita terlalu lemah.....
Maaf di pinta
Wasalam
Rujukan Kitab permata Hadith 40.....







Wednesday, February 9, 2011

Ulasan Ustaz Hj Dr Zahazan Mohamed: Bagaimana syaitan menakluki hati manusia......Kitab 101 doa

Assalamu'alaikum wm
Bismillahirrahmanirrahim
Saudara dan saudari yang di muliakan.
Saya ingin mengajak diri  dan saudara-saudari tentang ulasan menarik Ust. Dr Hj Zahazan di dalam ulasan mengenai    kerja jahat syaitan di dalam menggoda hati kita...
Beliau mengambil penjelasan dari kitab Fathu al -Mannan Bi Ahkam al-Jan tentang gambaran penguasaan syaitan ke dalam hati manusia melalui perbandingan.....
Hati laksana benteng, benteng itu berpagar, dan pagar mempunyai pintu.  Penghuni di dalam nya adalah akal.  Para Malaikat sering berjaga di kawasan benteng itu. Tetapi di situ ada juga tempat bersembunyi yang akan di datangi oleh syaitan. 
Peperangan akan sentiasa berlaku di antara penghuni kota iaitu akal dan syaitan berserta ghurkanya iaitu nafsu. Syaitan tak pernah berhenti mencari helah dan waktu untuk menyerang. Maka penjaga hendaklah mengetahui berapa bilangan pintu kota dan bagaimana menangani kemaraan musuh. Kota ini akan diterangi dengan zikir  yang diamalkan, menjadikan padanya cermin yang akan menerbalikkan imej setiap yang melaluinya. 


Maka syaitan dan tenteranya akan berusaha mencari helah, antaranya dengan mengwujudkan kepulan asap.  Asap yang akan menggelapkan suasana sehingga pengawal tak nampak apa yang berlaku.Asap juga turut melekat pada cermin yang mengakibatkan kita tak nampak imej yang sabenarnya. 
Istiqamah dengan zikir mampu membersihkan cermin menjadikan nya reflektif semula.  Demikianlah pertarungan sengit sentiasa berlaku di dalam diri kita.  Semakin kuat keimanan, makin dasyat cabaran yang harus di tempuhi.  Kadangkala angin kencang bertiup menyemarakkan asap nyalaan iblis hingga para penjaga terlepas musuh masuk ke dalam mempengaruhi penghuninya iaitu akal"
Semoga penjelasan Ustaz Zahazan dapat kita mengambil pelajaran dengan berhati-hati dengan musuh yang ghaib dan sangat merbahaya ini......


Wasalam

Tuesday, February 8, 2011

Trend akhir zaman: Isteri berminat untuk tidak mencium Syurga: Ulasan Peguam Syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain


Assalamu'alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Sedikit peringatan untuk Isteri-isteri  ……..renungi lah Hadith  dibawah……
Sesungguhnya ganjaran Allah Subhanahu wa Ta‘ala terhadap isteri yang shalehah dan diredhai oleh suaminya adalah syurga yang penuh kenikmatan, sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan daripada Ummu Salamah Radhiallahu ‘anha:

Maksudnya:
    “Setiap perempuan yang mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan masuk syurga.”
(Hadis riwayat at-Tirmidzi )
TETAPI MENGAPA MEMILIH JALAN  MUDAH KE NERAKA……………….BACA PETIKAN HARIAN METRO 8211 DI BAWAH …………

KUALA LUMPUR: Bilangan kes perceraian yang berpunca daripada sikap curang isteri dilihat semakin meningkat di mahkamah syariah, seolah-olah menjadi trend ketika ini.

Peguam syarie, Datuk Zaidi Mohd Zain (gambar) berkata, golongan isteri yang curang juga dilihat semakin berani hingga ada yang mencabar suami supaya tidak menjadi dayus dan melafazkan saja talak kerana mereka sudah ada lelaki lain.

Beliau berkata, kebanyakan kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah difailkan oleh isteri atas alasan suami tidak bertanggungjawab, sedangkan daripada pihak pembelaan suami, mereka mengatakan isteri ada hubungan dengan lelaki lain.

“Daripada jumlah kes perceraian yang dibawa ke mahkamah syariah, memang ketara trend golongan isteri ditangkap berkhalwat dengan lelaki lain dan keadaan ini meruntuhkan institusi keluarga.

“Kes perceraian seperti ini dilihat banyak membabitkan golongan wanita yang berada dalam lingkungan 30-an hingga 40-an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Zaidi berkata, masalah bermula apabila ada isteri masih mendapat perhatian lelaki lain kerana bentuk tubuh menarik atau menjadi idaman jejaka lain selepas menjalani perubahan dengan mencantikkan diri.

Sekian, semoga bahan ini boleh mendidik hati kita......

Wasalam

Monday, February 7, 2011

Bahaya di alam siber : peringatan Datuk Mohd Zawawi Yusof


Assalamu'alaikum wm


Bismillahirrahmanirrahim

Peringatan yang berguna bagi mereka yang tidak takut dengan Allah SWT....

Berduaan di alam siber sama seperti khalwat

KUALA LUMPUR: Wanita dan lelaki bukan mahrim yang berbual berduaan biarpun di alam siber, melakukan perlakuan sama seperti berkhalwat kerana ia mengundang bisikan syaitan yang akhirnya akan menarik mereka melakukan perbuatan mungkar, termasuk curang pada suami atau isteri.

Sehubungan itu, penceramah dan pakar motivasi, Datuk Mohd Zawawi Yusoh, berkata mereka yang menggunakan kemudahan Internet perlu meletakkan sempadan syariat dan sempadan hati supaya teknologi itu tidak disalah guna atau menjadi alat perantaraan untuk membuat maksiat.

Beliau berkata, isteri tidak seharusnya membenarkan lelaki bukan mahrim memasuki rumahnya ketika suami tiada di rumah, begitu juga halnya dengan perbuatan isteri berbual dengan lelaki lain menerusi Internet, seumpama membenarkan individu itu memasuki rumahnya, seterusnya merosakkan rumah tangga.

“Membenarkan perkara sebegini memasuki rumah bermakna membenarkan ia memasuki hati dan apabila manusia sudah keluar daripada sempadan, manusia itu akan menjadi rosak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, bisikan syaitan menjadikan seseorang itu merasakan sesuatu perkara itu begitu menyeronokkan hingga sanggup melakukan perkara mungkar termasuk meninggalkan suami, isteri atau anak-anak, sedangkan ia bakal menyesali perbuatannya kerana keseronokan berkenaan hanya bersifat sementara disebabkan ia berada dalam alam fantasi.

Katanya, alam khayalan dan realiti tidak sama dengan di alam nyata, kita semua mempunyai tanggungjawab dan amanah yang perlu dipikul, bukan sekadar untuk berseronok.

Rujukan : Harian Metro 7211

Sunday, February 6, 2011

Renungan Hadith:Perbetulkan niat dan amalan kita

Assalamu’alaikum wm

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdullillah bertemu sekali lagi di alam siber dan mudah-mudahan Allah berikan keberkatan kepada kita di dalam usaha kita mendidik hati kita untuk kembali mengambil Islam sebagai cara hidup kita.

Di dalam renungan hadith kali ini marilah sama-sama kita mendekati satu hadith ringkas yang dirasakan penting untuk penekanan di dalam perkara  asas untuk melakukan amalan harian kita.
  
“Setiap pekerjaan itu bergantung pada niat” [HR Al Buhkairi dan Muslim]

Saudara dan saudari yang dimuliakan

Hadith di atas mengingatkan kita tentang nilai setiap amalan dan pekerjaan kita disisi Allah SWT adalah bergantung kepada niat pelakunya.

Islam amat menitikberatkan tentang niat di hati dan  ia menjadi kayu pengukur dalam setiap amalan yang kita dilakukan . Apa pun amal yang kita lakukan sabenarnya bergantung pada niat dan keikhlasan kita. Maka sudah sepatutnya kita melakukan sesuatu pekerjaan dengan niat yang baik, dengan penuh redha dan lahir dari hati yang bersih, bukan sebab-sebab lain saperti  riya’ atau menunjuk-nunjuk pada orang lain . 

 Hadith ini ada kaitan dengan peristiwa Hijrah dari kota Makkah  ke kota Madinah Al Munawarrah di mana Rasulullah SAW mandapat tahu ada seorang sahabat yang berhijrah untuk tujuan berkahwin. Rasulullah SAW bersabda “Sesungguhnya setiap pekerjaan itu bermula daripada niatnya”

Walaubagaimana pun kita mesti ingat bahawa setiap amalan kita mestilah mengikut hukumnya dari segi halal, haram dan makruh yang ditetapkan oleh hukum syarak.  Oleh itu kita dilarang untuk melakukan pekerjaan yang bertentangan dengan suruhan Allah SWT dengan alasan niat yang baik sahaja. 

Kadang-kadang kita melakukan sesuatu amalan saperti kutipan derma dengan niat ikhlas untuk beramal tetapi melalui cara-cara yang tidak halal saperti konsert nyanyian yang melalaikan , tidak menutup aurat dan pergaulan bebas. Begitu juga kita tidak boleh melaksanakan sesuatu amalan atau pekerjaan baik dengan niat yang buruk saperti solah untuk menunjuk-nunjuk, bersedekah untuk tujuan riya, berceramah atau menulis buku atau blog untuk tujuan sanjungan ramai dan lain-lain lagi. 

Apa saja amalan yang di buat tanpa ikhlas kerana Allah, ia tertolak  dan tidak akan mendapat balasan baik dan keredaan Allah SWT….Maka sia-sialah pekerjaan kita.  Malah kita takut ia akan membawa kita kepada kemurkaan  dan siksaan Allah SWT..............

Oleh itu sentiasalah kita mengingati diri kita ini tentang perkara paling asas  iaitu mengenai urusan niat dan keikhlasan kita di dalam kita melakukan apa saja perkerjaan atau amalan kita. 

Bagi kita yang bekerja makan gaji ini pun perlu sangat berhati-hati tentang niat kita…............Sekiranya niat kita baik, pastikan juga segala aktiviti semasa kita bekerja di kawal mengikut acuan Allah… janganlah kita  menipu, malas, curi tulang, banyak bersembang dari buat kerja, tidak mahu bekerjasama dengan orang lain, tidak  menggunakan masa dengan  baik semasa kita bekerja makan gaji ini……..Takut-takut rezeki yang kita bawa balik untuk keluarga kita tidak berkat disebabkan kita  tidak betul-betul bekerja  kerana Allah.............!.

Sekian, semoga hadith pendek ini dapat mendidik hati kita insyaAllah……….

Wassalam

Rujukan Permata hadis 40, 
Pedoman Hidup Muslim

   
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...