Thursday, July 25, 2013

Pilihlah bakal suami yang dapat menjadi pelindung kepada keluarga...berita semasa



Assalamualaikum wm
saudara dan saudari yang di kasihi..
Ramadhan Al Mubarak saya ucapkan pada semua, dan saya doakan moga Ramadhan kali ini jauh lebih baik dari Ramadhan sebelumnya.Sedikit berita semasa yang boleh saya kongsikan bersama untuk dijadikan bahan didikan hati kita semua. InsyAllah..

Kepada wanita carilah lelaki yang ada kefahaman ugama untuk dijadikan pasangan hidup. Kepada Ayah dan Ibu pilihlah lelaki yang juga berugama untuk menjadi pelindung kepada anak kita yang akan kita serahkan…usah sesal kemudian….


Berita 1: Ayah macam binatang!
Oleh Zatul Iffah Zolkiply
Kuala Terengganu: Tangisannya yang didengar jiran menyelamatkan seorang budak lelaki berusia tujuh tahun daripada terus menderita kelaparan selepas beberapa hari dikurung sendirian tanpa diberi makan dan minum di Taman Perumahan Gong Badak, di sini.
Lebih menyayat hati, ketika diselamatkan polis kira-kira jam 4.30 petang kelmarin mangsa ditemui dengan kesan cucuhan puntung rokok di badannya dipercayai akibat didera, selain kedua-dua kaki melecur serta bernanah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu Asisten Komisioner K Manoharan berkata, kanak-kanak itu ditemui polis dan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam keadaan lemah akibat kelaparan serta kesakitan.

Menurutnya, sebelum itu pegawai JKM terbabit yang berusia 41 tahun itu menghubungi Balai Polis Gong Badak, di sini, dan memaklumkan aduan diterimanya mengenai mangsa yang dikurung serta meminta bantuan polis untuk ke tempat kejadian.
“Pegawai JKM itu dihubungi jiran mangsa yang terdengar tangisan seorang kanak-kanak di dalam rumah yang disewa bapa tirinya berusia 26 tahun.



Berita 2: Ayah berhati setan
Oleh Shamsul Munir Safini
Kangar: Sukar digambarkan penderitaan mental dan fizikal seorang remaja perempuan berusia 13 tahun dari Utan Aji, di sini, apabila dijadikan hamba seks oleh ayah kandungnya sejak setahun lalu dengan kejadian terbaru, Isnin lalu.
Selain berulang kali mencabul kehormatan anak bongsunya, lelaki berusia 46 tahun itu turut melakukan perbuatan amat menjijikkan apabila menyumbat lobak merah ke dalam kemaluan mangsa. 
Lebih mengaibkan, lelaki terbabit yang juga pemandu lori itu memaksa anaknya merakam segala aksi menggunakan telefon bimbit sebelum rakaman itu dijual kepada rakannya.

Menurut sumber, mangsa yang juga anak bongsu daripada empat beradik diperlakukan sedemikian sejak berusia 12 tahun ketika ibunya tiada di rumah dan dipukul jika enggan menuruti kemahuan ayahnya.

Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan sama-sama membantu menyelesaikan masalah masyarakat yang semakin meruncing….


Friday, July 12, 2013

Berhati-hatilah memilih pasangan hidup…utamakan Deen (berugama,beriman)


Assalamu'alaikum wm

Laporan di bawah ini membuat semua kita tersentak hati…apakah yang dikejar …pahala ke dosa apatah lagi di bulan Ramadhan Al Mubarak yang penuh dengan barakah….mengejar yang sunat di buat yang haram…
Maka kembalilah kita  semua kepada panduan syarie di dalam memilih pasangan hidup anda…sekurang-kurang pasangan kita selesai kefahaman dan praktik yang wajib….jangan pilih berdasarkan yang lain sahaja…rupa paras, kaya, berpangkat dan lain-lain atas dasar kebendaan sahaja…akibatnya berlakulah sebagaimana yang di laporkan dibawah…

Berdoalah seawal mungkin untuk Allah kurniakan kita pasangan yang solleh…berdoalah siang dan malam…




Mengamuk tak sahur
Laporan oleh…Oleh Mohd Firdaus Ibrahim untuk renungan hati kita…
Kuala Lumpur: Kepalanya dihentak ke dinding selain ditampar, ditumbuk dan disepak lebih 20 minit. Itu ‘harga’ terpaksa dibayar seorang wanita berusia awal 20-an kerana dikatakan tidak mengejutkan suaminya bangun bersahur, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi di rumah mereka di Kampung Baru, di sini, isteri yang cedera di kepala dan badan akibat tindakan ganas suaminya membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya.

Sumber polis berkata, sebelum kejadian isteri muda yang belum mempunyai anak itu terjaga daripada tidur apabila mendengar bunyi pinggan pecah di dapur rumahnya.
“Dia bergegas ke dapur dan melihat suaminya sedang menghempaskan pinggan. Apabila ditanya mengapa, lelaki itu tidak memberi jawapan sebaliknya memaki hamun mangsa.

“Selepas puas memaki hamun baru suaminya yang berusia 20-an itu menjelaskan dia berang kerana isterinya tidak mengejutkannya bangun bersahur,” katanya. Menurutnya, mangsa memberitahu dia sudah mengejutkan suaminya jam 5 pagi namun tidak diendahkan menyebabkan dia bersahur seorang diri.

Sumber itu berkata, mangsa kemudian cuba menenangkan suaminya itu dengan meminta maaf di atas kesilapannya, namun dia dibelasah.
“Mungkin disebabkan tidak puas hati dengan penjelasan isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu menumbuk, menampar dan menyepak isterinya itu.

“Lebih kejam, lelaki terbabit turut menghentak kepala isterinya ke dinding rumah dan hanya berhenti memukul mangsa selepas wanita itu hampir pengsan,” katanya.
Menurutnya, suspek kemudian dengan selamba meninggalkan rumah tanpa menghiraukan isterinya yang kesakitan manakala mangsa segera menghubungi rakannya meminta bantuan sebaik saja ditinggalkan.

“Mangsa yang dibantu rakannya itu membuat laporan di balai polis berhampiran rumahnya sebelum menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Kuala Lumpur (HKL), di sini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian dan siasatan masih dijalankan.

Sekian, selamat berpuasa dan maaf zahir batin
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...