Friday, May 16, 2014

Peringatan semula bagi mereka yang terlalai: awasi penipuan siber...


Assalamualaikum wm
Alhamdulillah sedikit peringatan bagi kita yang sering terlupa..peristiwa di bawah ini sekali lagi mempaparkan bahawa manusia mudah sangat  di tipu oleh manusia penipu yang menggunakan kaedah penipuan yang sama. Mengapakah kita ingin sangat untuk mendapatkan wang cara mudah…? Mana ada manusia di dunia ini yang mahu memberikan wang sebegitu banyak dengan begitu cepat…pun begitu manusia terutama kaum wanita yang mudah tergoda…berjaga-jaga setiap tawaran daripada orang yang tidak dikenali..terutama lelaki “buaya” yang sentiasa membuka mulut untuk menangkap mangsa…semuanya boleh di makan oleh manusia yang berperangai buaya ini….
Bagi mereka yang berugama Islam…kita sentiasa diajar bagaimana untuk berhati-hati di dalam setiap aktiviti kita…mohon kepada Allah  sekiranya kita buntu kerana Allah sentiasa bersama kita…


‘Rezeki terpijak’ bertukar malang
Oleh Mohd Fadly Samsudin
Kuala Lumpur: Impian seorang wanita untuk mendapat rezeki terpijak melalui perkenalan dengan seorang lelaki warga Kanada di Facebook berakhir dengan kerugian apabila dia terpedaya dengan sindiket penipuan didalangi warga Afrika.
Mangsa yang berusia 20-an dikatakan terpedaya selepas lelaki yang dikenali selama sebulan itu mendakwa mahu memberikan wang simpanannya iaitu £10,000 (RM50,000) kepada mangsa sebagai hadiah.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh Tara Singh berkata, suspek juga meminta nombor akaun serta telefon mangsa dan berjanji membuat pemindahan wang dalam tempoh dua hari.
“Selepas dua hari, mangsa dihubungi seorang wanita yang memperkenalkan dirinya sebagai perunding lalu meminta dia memasukkan wang RM1,350 sebagai yuran pelepasan urusan pemindahan wang ke dalam akaun mangsa.
“Tanpa berfikir panjang, mangsa memasukkan jumlah wang yang diminta ke dalam akaun tetapi menyedari ditipu selepas tidak pernah menerima wang yang dijanjikan menyebabkan dia membuat laporan polis,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Menurutnya, susulan laporan itu, polis Bahagian Operasi dan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras melakukan operasi bagi mengesan suspek.
“Dalam operasi itu, kami ke sebuah rumah di Bandar Mahkota Cheras pada jam 1 tengah hari semalam (kelmarin) dan menahan lima lelaki warga Nigeria berusia antara 25 hingga 35 tahun.
“Hasil pemeriksaan, semua suspek adalah pelajar di beberapa kolej swasta sekitar Lembah Klang.

Kami merampas enam komputer riba dan sembilan telefon bimbit,” katanya.
Beliau berkata, semua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan (KK).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...