Friday, October 21, 2011

Wahai jiwa yang tewas....Janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah SWT.........



Assalamu’alaikum wm
Bismilahirrahmanirrahim

Saudara dan saudari yang di muliakan

Alhamdullilah, pertama sekali marilah kita sama-sama memanjatkan kesyukuran kita kepada Allah SWT kerana mengizinkan kita bertemu lagi di alam siber ini…inilah antara nikmat teknologi yang perlu kita gunakan untuk tujuan-tujuan kebaikan…berdoalah juga kepada Allah supaya diberikan kepada kita kekuatan untuk menggunakan teknologi yang ada ini untuk meingkatkan lagi kefahaman kita tentang deen (ugama) Islam yang kita yakini ini.. maaf agak terlewat perkongsian kali ini kerana blog saya telah diblock sekejap oleh sistem teknologi ini….

Suadara dan saudari

Pada kali ini ingin saya memperingatkan kita bersama tentang tajuk janganlah kita berputus asa dari rahmat Allah SWT.

Sebagaimana yang kita yakini, Islam mempunyai sistem (manhaj) yang jelas dan jalan yang terang.
Walau bagaimana pun kadang kadang kita sebagai manusia biasa selalu tersesat disebabkan kita lemah, jiwa terlena dan ruh kita tertidur manakala hawanafsu kita terbebas dan mengaburi  matlamat hidup kita. Dikala itu terhentilah pertarungan antara diri kita  dan nafsu kita.

Dalam keadaan yang teruji ini janganlah kita berkata kepada diri kita bahawa kita  bukan malaikat dan bukan juga sebagai manusia yang maksum. Tetapi hendaklah kita berkata kepada diri kita bahawa di dalam diri kita sentiasa ada pertarungan antara kebaikan dan kejahatan. Kadang-kadang roh kita menang dan ia menjadi tinggi dan kadangkala nafsu kita  menang dan kita jatuh ketempat yang serendah rendahnya.

Saudara dan saudari

Kita hendaklah membetulkan kesilapan kita bila kita tersilap, merawat kesakitan kita bila kita jatuh sakit, membersihkan jiwa kita dari karat-karat yang terlekat pada jiwa kita dan hendaklah kita memulakan hidup baru.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud...
“Setiap anak adam melakukan kesilapan,tetapi sebaikbaik orang yang melakukan kesilapan ialah orang yang bertaubat”.

Dengan kesedaran ini mudah-mudahan terhapuslah segala kesilapan, jiwa kita  kembali kuat, hati kita kembali sejahtera dan akan menanglah kekuatan ruh dan tewaslah kehendak hawnafsu.

Allah SWT  Maha mengetahui tabiat manusia yang lemah ini. Dia tidak mengtaklifkan keatas manusia supaya ismah (suci dari dosa), kerana taklif ini tidak mampu ditanggung oleh manusia. Firman Allah yang bermaksud....
"Allah tidak membebani sesaorang melainkan  sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang diusahakannya dan mendapat siksa dari kejahatan yang dikerjakannya.(Mereka berdoa) ya Tuhan kami jangalah Engkau menghukum kami jika kami lupa atau kami tersalah, ya Tuhan kami janganlah Engkau bebankan kami beban yang berat sebagimana yang engkau bebankan kepada orang-orang yang sebelum kami,  ya Tuhan kami janganlah  Engkau pikulkan kami dengan apa yang kami yang tidak sanggup kami memikulnya, beri maaflah kami,ampunilah kami dan rahmatilah kami. Engkau penolong kami dan  maka tolonglah  kami terhadap kaum yang kafir (Surah al baqarah:286)

Allah SWT mentaklifkan manusia supaya kita sentiasa berusaha kearah ismah setiap kali menyeleweng dan supaya mereka membersihkan diri setiap kali melakukan dosa. Nabi Adam AS pernah melakukan kesilapan. Firman Allah SWT  yang bermaksud…..
“Kemudian Rabbnya memilihnya maka dia menerima taubatnya dan memberinya petunjuk”
(Surah Taha:122)

Saudara dan saudari

Islam sentiasa membuka kita harapan dan mengajak manusia yang telah melakukan dosa supaya bertaubat dan meminta keampunan daripada Allah SWT (beristighfar).

Allah SWT mengampuni mereka sebesar mana pun dosa mereka. Firman Allah yang bermaksud...
"katakan hai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semua. Sesungguhnya Dialah Maha pengampun dan lagi Maha Penyayang”.
(surah Azzumar:53)

Selagi jiwa itu sedar dan kembali semula kepada apa yang sepatutnya dan berusaha memperbaiki kesilapan yang lalu, itulah hakikat taubat yang dikehendaki oleh Allah SWT . Firman Allah SWT yang bermaksud...
"Dan orang-orang yang melakukan perkara keji atau menganiayai diri mereka ingat akan Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa mereka dan siapakah yang dapat mengampunkan dosa-dosa mereka selain Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji tersebut sedang mereka mengetahui. Itulah balasan kepada mereka, keampunan dari Rab mereka dan balasan syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya, itulah sebaikbaik balasan bagi orang yang beramal”.
(surah Ali imran: 135-136)

Allah SWT mengetahui bahawa orang yang melakukan keburukan, kejahatan, kesalahan dan kezaliman dilakukan serta kembali mengingatiNya serta menyedari,  mereka tiada kuasa berbanding kekuasaan Allah SWT.

Dikala mereka melakukan kesilapan mereka terus merasa pedih,sakit dan sedih yang amat sangat, lalu mereka terus berlari pada Alah SWT dan memperbaiki kesilapan mereka.

Saudara dan saudari

Inilah tanda hati yang hidup. Manakala orang yang bedegil melakukan dosa dan berterusan dengannya adalah tanda hati yang sakit atau mati. Sedangkan degil itu adalah sifat orang orang kafir.

Allah SWT telah meletakkan syarat agar taubat yang diterima adalah taubat yang dilakukan dengan segera dan tidak meneruskan lagi kesilapan yang lalu.  Firman Allah SWT yang bermaksud…..
"Sesungguhnya taubat disisi Allah ialah taubat bagi yang telah melakukan kejahatan lantaran kejahilan,  yang kemudian mereka bertaubat dengan segera, maka mereka itulah yang diterima oleh Allah taubatnya dan Allah Maha mengetahui lagi Maha bijaksana"
(surah Annis'a: 17)

Dengan bersegera melakukan amal soleh dan kabaikan akan menghapuskan kejahatan saperti cahya matahari menghapuskan kegelapan malam. Dan apabila amalan yang dilakukan itu disertai dengan keikhlasan dan keyakinan yang sepenuhnya, semua ini akan membersihkan jiwa dan menyucikannya.

Sabenarnya keampunan yang diterima Allah SWT akan menghilangkan semua dosa sama sekali. Oleh itu taubat akan sentiasa diiringi oleh amal solleh.

Firman Allah SWT yang bermaksud...
“Kemudian Rabbmu mengampuni bagi orang-orang yang mengerjakan kesalahan kerana sesungguhnya Rabb mu sesudah itu memang benar-benar Maha pengampun” (surah Annahl:119)

Saudara dan saudari

Antara amalan soleh yang dapat menghapuskan dosa adalah banyak antaranya:
Berwudhuk
Solat
Solah jumaat
Mengerjakan haji dan umrah
Berjihad
Akhlak yang baik
Beristighfar
dll         

Saudara dan saudari

Sekian semoga peringatan di atas dapat memberikan kita sedikit panduan di dalam kehidupan kita yang sementara ini. Sebagai manusia biasa tentu ada masanya kita jatuh dan bangun,kuat dan lemah, lalai dan menuruti hawa nafsu..maka peringatan di atas memberikan kita kekuatan untuk tidak berputus asa dari rahmat Allah yang begitu banyak. Serahlah hati untuk di didik dengan didikan iman. Hadirilah majlis ilmu, halaqah atau usrah untuk bangunkan  kembali jiwa kita dan berlarilah kepada  Allah SWT . Ingatlah bahawa sekiranya kita berlari kepada manusia belum pasti kesilapan dan kelemahan kita dapat di atasi secara hakiki. Cuma amaran dari Allah SWT..kembalilah bertaubat secara sedar dan  bersungguh-sungguh kemudian segera diikuti dengan amalan soleh……...

Maaf dipinta sekiranya terdapat kelemahan....

Rujukan Sayid Sabiq, Islamuna (kitab Attakrif)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...